December 23, 2018

TTC : Hanya Sedikit Ruang

Selamat Malam semua.....


Sedih.

Takde orang yang akan rasa sesuatu tu kecuali dia mengalaminya sendiri.
Nurr tak pernah cerita atau luahkan kepada sesiapa pun. Sape yang baca ni tahu lah..

Nurr tak pernah pun kata apa-apa bila ada yang annouce about their pregnancy.
Nurr tak tak pernah pun kata apa-apa bila mereka ceritakan pasal mengidam, baby bergerak, check up kat hospital. I just listened to them and I'm happy for them. I just sad for myself. I just down.....tapi Nurr tak pernah tunjuk rasa tu. 

Bila berkumpul ramai-ramai dengan family, sanak saudara.. Nurr rasa awkward dan tersisih. 
6 tahun lebih korang....6 tahun lebih.. 2,3 tahun kebelakangan ni Nurr cuba menjauh... Hanya untuk jaga hati diri sendiri. Hati kami berdua. Salah ke? Ye salah bagi mereka sebab meraka tak rasa apa yang Nurr rasa.

Nampak luaran Nurr ok tapi sebenarnya Nurr tak ok. I'm not strong enough.
Please jangan kacau ruang peribadi Nurr. Itu je yang Nurr mintak. Susah sangat ke?
Tapi.....takde orang yang ambil tahu. They don't care. 

Kami cuma ada kami berdua. We need support each other. Nurr tahu hati husband Nurr pun dan tak kuat. Kami sama sekarang.

Mereka? Just asking and judge us.
Why? Why? Why?

Kami bahagia dengan cara kami.
Please...bagi kami ruang untuk bahagia.


P/s : taip entry ni sambil berjurai-jurai air mata 

December 17, 2018

Felda Residence Hot Springs Sungkai, Perak

Selamat Malam Semua 😊

Tiba-tiba baru teringat, ada satu tempat yang Nurr pergi baru-baru ni dan nak kongsi dengan korang semua. Nurr pergi pun masa team building. Kalau tak, tak tahu pun.

Felda Residence Hot Springs Sungkai, Perak.
Serius best!
Sebabnya ada hotspring kat sini. Ni kali pertama tau Nurr pergi hotspring. Sedih! Hahaha.. Sebelum ni tak pernah pergi sebab Nurr was-was dengan kebersihan. Mengada kan?

Korang tengok la sendiri gambar-gambar ni best ke idokkkk


Baru sampai, haruslah bergambar kat depan dulu


 Ni bilik orang 😆




Kat sini kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan menginap di bilik macam kat atas ni. Nurr kumpulan ke-2 kena stay kat Villa. Kami redha walaupun jauhhhhh...... Sebabnya...


Master bedroom

Ada 2 bilik macam ni

Ruang tamu

Dapur

Jakuzi tengah-tengah Villa

Jakuzi kat dalam Villa! Kami sangat redhaaa..haha

Villa ni dekat dengan spring pool. Manakala bilik pula dekat dengan lobi, dewan dan cafe. Ada kelebihan masing-masing. Ok Nurr bawak korang tinjau hotspring pula ye!



Spring pool (area kanak-kanak)

Spring pool (area dewasa)

Yang ni sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun sebab dia kecik

Sebelah sana tu tempat rendam kaki

 Rebus telur


Hot springs pool
Kami singgah selepas habis aktiviti dan masa ni lepas hujan. Serius panas.

Kenapa Nurr letak gambar banyak-banyak? Sajerrr..hahaha. Sebab sebelum Nurr pegi sini, kebanyakan blogger letak gambar 2,3 ketul je. Tak boleh nak imagine best ke tak tempat ni. Hahaha. Kalau ikutkan banyak lagi gambar yang tak sempat nak ambil sebab masa suntuk sangat. Maklumlah duk Villa jauhhh dari dewan utama.

Kami bertolak dari Cyberjaya ke tempat ni dalam 2 jam kot lebih kurang. Dekat jer. Nak mandi manda, ni salah satu lokasi yang dicadangkan. Tak nak menginap di dalam, boleh sewa homestay kat luar. 

Rate penginapan kalau tengok kat web felda travel macam mahal sikit. Cuba search kat agoda ke trivago ke. Pandai-pandai korang la ye..hehehe..

Ohh Villa yang Nurr stay tu ada 3 bilik. Rate dalam RM1500++ . Kami FOC je..jangan mareee

Ok dah tahu next destination nak pergi mana?

Bye.....jumpa lagi lain masa 😉


May 18, 2018

Tokyo Organic Rose Serum | Review

Salam semuaaa...
Hai hai hai

Ramadhan yang ke-2..ceriakan diri 😁
Hari ni Nurr nak share pasal Tokyo Organic Rose Serum. Review ikhlas dari diri sendiri.

Tokyo Organic Rose Serum atau nama manjanya Serrose (serum rose), dihasilkan di Jepun. 100% pembuatan dan R&D semuanya di negara matahari terbit berkenaan. Disebabkan nurr dh sedia maklum yang Jepun merupakan negara yang mempunyai teknologi canggih serta sangat pentingkan aspek kualiti. Jadi, Nurr tak teragak-agak untuk cuba serum ni. Yang lagi best, serum ni natural dgn 5 bahan diiktiraf organik oleh ECO CERT, OTCO dan IMO Control. Kandungan dalam serum tu Nurr dah check kat cosdna & TERBUKTI selamat (99% Hijau)



Serum ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Sesiapa yang kulit sama macam nurr (oily to combination, senang naik jerawat), recommended guna serum ni.

Macam biasa kalau produk natural & organik, perlu guna dengan sabar & konsisten. Tempoh untuk nampak kesan tu bergantung kepada tahap mana masalah kulit kita dan faktor umur juga memainkan peranan. Sebab apa Nurr cakap macam ni, sebabnya semakin meningkat usia kita semakin kurang kolagen dihasilkan.


Tekstur : Watery, tak melekit
Warna   : Tiada pewarna tiruan , colourless
Bau       : Bau bunga ros (bau tak kuat. Sama macam bau ros segar)
Kesan kpd kulit Nurr : less oily, kalau jerawat pasir tu 1-2 hari dh hilang. Cuma kalau jerawat yang takde mata tu, dia akan membesar dan keluarkan mata tu (tang ni kne sabar sikit). Bila dh pecah, jerawat akan kering & dah jarang jerawat naik kat tempat sama. Sebelum ni asyik naik kat situ je. Perasan juga parut kat pipi dh semakin pudar.

Cuba teka Nurr dah guna bape botol?
Botol ke-4. Dah nak masuk botol ke-5

Sesiapa yang nak cuba, boleh terus ke IG : Tokyo Organic Skincare atau FB : Tokyo Organic Skincare

May 17, 2018

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...

Hari pertama di bulan Ramadhan. Nurr ambik kesempatan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini memberi banyak manfaat dan keberkatan olehNya.

Dengan rendah hati, nurr nak minta doa dari pembaca semua.
Doakan NURUL ASNIRA BINTI MAT NUH dikurniakan rezeki zuriat pada tahun ini.
Dah masuk tahun keenam nurr berTTC. Semoga ada rezeki dan sinar kegembiraan. Nurr doakan semua yang masih berTTC diluar sana juga dikurniakan rezeki zuriat. AMINNN

Selamat berpuasa uols.


April 24, 2018

4 Tips Pemakaian Serum

Selamat Malam semua..

Lewat sikit bersiaran hari ni. Sementara masih ada idea nak menulis ni, baik kita up cepat-cepat. Malam ni nurr nak share sikit 4 tips untuk pakai serum supaya lebih berkesan.


4 TIPS PAKAI SERUM:
.
1) “Patch Test”
- Cuba serum terlebih dulu pada kawasan kecil di muka untuk memastikan kesesuaian terhadapnya. Jika ianya sesuai, biasa­nya ia tidak berminyak dan tiada reaksi seperti kemerah-merahan atau gatal.

2) Pakai Selepas Cuci Muka/Penyegar
- Serum harus dipakai selepas mencuci muka/ penyegar iaitu sebelum memakai krim. Jika sudah memakai krim, kadar penyerapan serum akan berkurangan kerana bahan pelembap dalam krim sudah menyelaputi permukaan kulit dan menghalang penyerapan serum secara efektif.

3) Kulit Berminyak
- Jika anda mempunyai kulit berminyak, serum saja mungkin sudah cukup, tidak perlu krim pelembab. Tetapi jika anda mempunyai kulit kering sangat disarankan pakai krim pelembab.

4) Pori Tersumbat
- Jika pori muka tersumbat dan banyak bintik putih dan bintik hitam, lebih baik lakukan rawatan menggunakan scrub terlebih dulu supaya serum lebih menyerap ke dalam kulit.

Ok dah tahu tips pakai serum dengan betul kan. Pegi pakai sekarang..hihihi. Yang takde serum tu boleh pegi beli serum yang bersesuaian dengan kulit masing-masing.


- Nurr -
Tokyo Organic Skincare

March 19, 2018

Penting ke Pakai Sunblock?

Hai semuaaaaa

Hari ni nak share pasal topik KEPENTINGAN MEMAKAI SUNBLOCK.
Mesti semua tertanya-tanya penting ke pakai sunblock? Nurr sendiri pun baru 1-2 bulan pakai sebab kesedaran tu baru datang...sebabnya ada kesan-kesan penuaan / pigmentasi akibat sinar UV. SPF dalam foundation / compact powder je tak mencukupi.

Kenapa kita perlu pakai sunblock? Untuk melindungi kulit kita dari UVA & UVB.

UVA - Sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan penuaan, kedut, kusam dll masalah dalaman kulit.
UVB - Sinaran ini tidak menembusi lapisan kulit. Ia menyerang lapisan luar sahaja yang menyebabkan sunburn.
** Pastikan sunblock korang ada perlindungan dari UVA dan UVB

Produk sunblock ada pelbagai jenis dan ada banyak SPF sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu kan?

Ok ni tips yang Nurr akan beritahu.

Keupayaan setiap warna kulit berbeza untuk menahan sinar UV.
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan melanin yang tinggi. Beza SPF cuma jangka masa sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama. Jadi pilih SPF yang bersesuaian dan jangan berlebihan. SPF yang berlebihan cuma memudaratkan kulit sahaja.

Berapa SPF yang kita perlu pilih?
SPF15 - tidak begitu terdedah dengan cahaya matahari ( kurang 4 jam )
SPF30 - terdedah lama dan sentiasa berpeluh
SPF50 - Kalau kulit korang putih giler, korang perlukan SPF50



1st sunblock nurr guna Biore face milk SPF50  tetapi nurr skip-skip pakai sebabnya kulit rasa kering. Lepas cari-cari maklumat baru tahu SPF tinggi sangat dan tak sesuai dengan nurr. Lepas tu nurr tukar ke Bio-essence SPF30 baru ok dan sekarang setiap hari memang pakai. Kulit tak berminyak sangat dan mekap pun lebih tahan lama. Yang penting terlindung dari sinaran UVA/B. Sebelum pakai sunblock, pakai la skincare yang sesuai dengan kulit masing-masing.



Sedikit tips daripada :
Nurr
Akak serum Tokyo Organic

March 14, 2018

Step Pemakaian Skincare Dengan Betul


Salam..Hi semuaaa.

Semalam Nurr ada share pasal ni kat FB. Hari ni kita sharing dekat dekat blog pulak ye!
Selalu sangat akan terima soalan ni  Nak pakai apa dulu kat muka? Nak kena pakai semua ke? Boleh ke tak nak ikut?

Kalau nak kulit sihat, kena lah ikut.
Bila kulit sihat, baru lah mekap pun bertambah la cantik. Percayalah..mekap tebal semata-mata untuk tutup masalah pada kulit wajah biasanya akan buatkan masalah kulit wajah bertambah teruk.
So, apa langkah pertama kena buat dulu? Rawat kulit dulu.
Macam mana nak rawat? Ikut step penggunaaan skincare dengan betul. Ok!


Kredit : Dermastore.com


Untuk step ni kena rajin, bersabar dan konsisten untuk dapatkan kulit yang sihat. Terutamanya bagi kulit yang bermasalah. Cantik dan sihat tak boleh dapat sekelip mata. Lagi satu, sangat penting untuk gunakan skincare yang bebas dari bahan kimia berbahaya. Jangan gadaikan kesihatan sebab nak cantik.

Skincare yang digunakan pada waktu siang, biasanya lebih kepada perlindungan dari UV. Manakala pada sebelah malamnya lebih kepada merawat / treatment. Macam banyak je nak pakai yang waktu malam tuuuuu... takpe pilih yang wajib sahaja dan ikut apa masalah kulit. Saya sendiri biasanya akan pakai cleanser + toner + serum. Kalau rajin pakai la moisturizer. Lagi 1 jangan culas untuk pakai mask at least 1x seminggu.

Ok dah tahu kan step yang betul?
Jangan lupa amalkan tau


--------------------------
Simple Tips dari :
Akak Serum
Tokyo Organic Rose Serum

February 5, 2018

Perbezaan Serum vs Essence

Apa beza Serum vs Essence?

Mesti ada yang confused kan nak beli mana satu..
Serum vs Essence sama tapi tak serupa.


Fungsinya lebih kurang sama tetapi serum lagi tinggi konsentrasi. Maksudnya kandungan aktif serum lebih tinggi dan ianya mempunyai partikel yang lebih halus. Boleh menyerap sehingga ke dalam lapisan kulit. Biasanya serum mengandungi bahan aktif untuk masalah spesifik pada kulit. Contohnya :- antiaging, dark spot, pigmentation dan lain2.


Essence pulak lebih ringan dan kurang concentrate berbanding serum.

Perlu ke pakai dua-dua? Terpulang.
Nak pakai dua-dua boleh. Nak pakai salah satu pun boleh.

Jangan tanya mana yg sesuai utk kulit oily / combination / normal. Serum dan essence ni lebih fokus kepada masalah kulit. Cthnya : antiaging, acne, dark spot, pigmentation, firming, whitening dll. Tak kira la jenis kulit yg mcm mn, korg kne cari yg sesuai dgn kulit masing2.

Perlu ke guna ni?
Korang tahu tak serum ni fungsi dia 10x lebih baik dari krim pelembab biasa.
Kalau nak awet muda, gunalah serum dari awal lagi.

Mcm sy guna serum Tokyo Organic Rose Serum. Senang serap dalam kulit dan watery..tak berminyak langsung! Parut jerawat pun cepat pudar. Whitening essence tu plak tekstur dia lebih cair dr serum dan sedikit berminyak. Minyak sikit tu sbb untuk moisture dan balance kan kelembapan kulit. Ada tulis kat botol. Sebab tu sy cakap, pilih apa yg kulit kita perlu.

I Love both but i love serum more !

Mana nak beli?
Whitening Essence tu saya beli kat Althea
Serum Tokyo Organic Rose Serum tu boleh beli dengan saya sendiri. WhatApps 0133022074 atau jenguk IG : Tokyo Organic Skincare

January 10, 2018

Naruko Tea Tree Mask

Hello.. Salam untuk semua

Naruko shippuden? Bukan!
Naruko Tea Tree Mask
Katanya best selling, so kita cuba.


Harga 1 mask ni RM6.90.. Beli kat Watsons


First time nurr pakai mask yang ngam-ngam dengan saiz muka nurr. Biasa kalau pakai mask mesti agak besar. Masa pakai mask ni rasa mcm pakai ubat berubat kat muka sebab bau dia.. Hahaha. Ada review yang nurr baca, sesiapa yang ada alergik dengan alkohol, tidak digalakkan pakai. So far mask ni ok dengan nurr. Tak buatkan breakout.. Ehh ada tau mask yang kadang2 buatkan breakout. Lepas pakai 1-2 hari toing toing naik cik J. Nyampah betul. Nurr pakai sekali je, so takde la nampak jerawat terus surut. Kena pakai banyak kali kot.


Nanti nak try pakai yang whitening pula..ada beli sekali hari tu..



Bye uolsss...



January 7, 2018

I love it : Nutox Renewing Treatment Cream [Radiate]

Happy Sunday korang...

Ingat tak nurr duk cari day cream yang boleh dijadikan mekap base? Ok tak ingat takpe. You know what.. I found it! Yeahhh..Finally!

Dah lama nak try sebenarnya. Masa mula-mula produk ni dikeluarkan memang dah fall in love dengan packaging dia. Sweet sangat colour nya.



Tekstur dia watery dan tak buatkan kulit oily / less oily.. Masa mula-mula apply tu rasa sejuk je muka. Biarkan die serap dalam kulit kejap, boleh la pakai foundation. Mekap lagi smooth dan tahan lama.. I love it! Yang penting dengan muka nurr tak breakout. Bau dia bau bunga melur / jasmine soft2 gitu. Ok boleh terima. Takde la buat pening kepala.



Nurr beli ni masa ada promo kat Watsons. Dapat la harga RM42.xx.. Harga biasa RM49.90. Nurr dah guna dalam 1 bulan lebih. So, far ok.. Kalau untuk kulit korang, tak pasti la. Kne try and error baru tahu sesuai ke tak kan. 

Ok ye uolss..bye

January 1, 2018

Alha Alfa Royal Propolis Foundation

Happy New Years 2018 !

Last purchased on Disember 2017. Member cakap foundation ni best. Sesuai untuk kulit yang berminyak. Nurr ni jenis suka mencuba.. So terus la beli.


Foundation ni matte. Berminyak juga sikit ngn kulit nurr..sikit je la.. Dap2 ngn tisu dah ok. Nurr try test tanpa touch up dari pagi sampai ke petang. Time bendera jepun je la bleh wt review. Nak tahu tahan ke tak kan..huhu

 Pagi ( no filter )

Petang ( no filter )

Foundation ni macam kalis air dan bukan water based. So, kena betul-betul bersihkan dengan mekap remover. Nurr rasa tak sesuai untuk nurr pakai harian sebab ambil masa nak bersihkan bila nak solat kat opis. Lagi satu ianya tak non-comedogenic.. Boleh menyumbatkan pori-pori. Kalau sape-sape yang kulit tak tahan cam nurr, memang tak galakkan pakai harian. Bukan ape nanti senang naik jerawat. Lagi 1 tak suka bau dia..sakit kepala. Huhuhu.


Hasil seminggu pakai harian, dapat la hadiah beso + sakit 2 biji itu (pipi n dagu)

So, back to basic. Pakai balik foundation harian yang biasa pakai... Tak payah nak mengada nak try yang lain.

Silkygirl Skin Perfect O2 liquid foundation (no filter)
SPF 30/PA+++
Oil free
Fragrance free
Non-comedogenic

Takpe la tak flawless buat masa ni. Nak pulihkan kulit ni pun amek masa yang sangat lama. Nak hilangkan parut jerawat tu lagi. Atas dahi ngn hidung tu parut chickenpox mmg tak kan hilang la. Buat-buat tak nampak je.

Okbai. Nak g pakai mask. Dengan harapan jerawat beso 2 biji tu cepat hilang



December 6, 2017

Hello Melaka! : Aava Malacca Hotel

Salam semuaaaa....

Short vacation di Melaka last weekend. Hari ni just nak review hotel je dulu.

Jumaat lepas tetiba je husband whatapps suruh cari tempat yang dekat-dekat untuk percutian singkat. Dah lama nak pergi jalan-jalan kat Bandar Hilir, Melaka. Kalau pergi Melaka tak pernah singgah. Last pergi Bandar Hilir 12, 13 tahun yang lepas. Tu pun ikut trip poli dan nak lengkapkan subject pelancongan je.

Disebabkan last minit, kebanyakan hotel yang jadi pilihan semua penuh. Maklumlah cuti sekolah kan. Ditambah plak dengan bajet En.KetuaUmah, banyak hotel melebihi bajet. Sebenarnya, walaupun hari biasa harga hotel average dalam RM100++ , harga akan naik 1-2x jika musim cuti sekolah / umum.

Kami pergi gamble je.. Memang kebiasaan bagi kami..jarang rancang percutian. Kalau rancang mesti tak jadi. Korang rasa apa yang kami buat bila sampai je kat Melaka??

BLURRR.....
Hahahahaha!!!

Hilang arah uols.. tak tau nak ke mana. Ingat nak cari hotel yang berdekatan dengan Bandar Hilir. Nak g mana-mana just jalan kaki je. Tapi kat mana hotel tuuuu???

Aava Malacca Hotel - setelah 2,3 hotel juga la survey semua full (Tepi Sg.Melaka) Nak tak nak terpaksa la check-in hotel ni. En.KetuaUmah berkira-kira juga sebab over bajet dia. Hahaha.. i told him a few times, harga semua tempat pun sama sebab musim cuti.




 Lobi

Masuk je bilik, waaaaa cantikkk! Kena la dengan harga tuh. So, En.KetuaUmah tak membebel lagi. Hahahahaha. Harga dalam RM320++ termasuk breakfast (nanti double confirm balik. Resit kat umah).

Superior Deluxe rasanya.. Nanti double confirm


 Hair-dryer ada dalam laci

Ada coffee maker, TV besar cuma siaran je tak bape clear.

Bilik air bersih

Dining area

Breakfast dia sedap uolssss

Tak sempat nak posing kat sini. En. KetuaUmah malas layan.


Ada small swimming pool mengadap Sg.Melaka tapi Nurr tak pegi jengah pun sebab tak bawak baju lebih. Decorations hotel ni cantik. Saya suka!


Lokasi hotel di 12, Jalan Kampung Hulu, Melaka. Korang boleh search guna waze. Parking free agak terhad sebab cuma ada 5 petak parking je. Kami parking di tempat berbayar sebab yang hotel punya dah full. Parking berbayar tu berdepan yang free tu je. RM10 untuk 1 malam.

Dari Hotel ni, kami cuma jalan kaki je pergi jonker walk dan juga tempat-tempat bersejarah di Bandar Hilir. Walaupun dekat, penat juga la jalan kaki (faktor umur. Ok dah tua!) Masa kat sini kami memang tak tahu arah tuju. So, kami berjalan berpandukan google maps. Tukar je ke mode pejalan kaki.

So far, nurr suka hotel ni. Nice!
Salah satu hotel yang Nurr recommended :)

byeeeee..
Next location??

November 28, 2017

Projek Kek Gula Hangus

Salam semuaaaa....

Alhamdulillah projek kek gula hangus menjadi. Sebenarnya dah lama nak cuba buat tapi takde kesempatan. Memandangkan ada buat potluck kat ofis, cuba buat lah. Sebab tak tahu nak masak apa. Nak masak berat-berat malas nak bangun awal pagi..hehehe..

Alhamdulillah percubaan pertama...


Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter

4 bj telur A

1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
  • Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus.
  • Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul (nurr kacau dan memang jadi ketul-ketul..jenuh nak cairkan balik..huhu). 
  • Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak terlalu hangus dan agak2 kaler mcm madu kira ok la tu (nanti pahit plak kalau terlalu hangus)
  • Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
  • Bila dah cair sejukkan. Tunggu betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.
  • Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega dan kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik.
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
  • Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata (Nurr guna mixer).
  • Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
  • Kemudian kacau rata perlahan aje
  • Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga
  • Masukkan esen vanila
  • Masukkan tepung dan kacau rata perlahan.
  • Akhir sekali masukkan gula hangus dan kacau rata.
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya

Selamat Mencubaaaa :)

November 27, 2017

Make-Up Remover : Garnier vs Purederm Skin Solutions



Petang semalam lepas keje terus je pergi watsons. Cari mekap remover sebab dah habis. Disebabkan lately rajin pakai waterproof mascara, nak kena cari yang jenis lain.


Ramai review cakap best guna 1 produk Garnier. Try la guna.. tapi tak sesuai untuk mekap yang waterproof. Yelahhh nama pun cleansing water kannnn.... ahkak tak perasan. Dah guna baru perasan... ahhh terlupa nak baca label! Takpelah dah beli kena guna. Cuma yang tak bestnya kalau pegi mana-mana kena angkut cotton pad sekali. Rugi spaceeee..Harga beli tadi RM11.90 / 125ml.

So, far ok la.. 

Tapi nurr lagi prefer mekap remover cleansing towelettes dari Purederm Skin Solutions. Yelah lagi senang tak payah nak bawak cotton pad.. brand ni wet tisu tapi sangat effective kalo buang mekap kecuali untuk mekap waterproof. Lagi 1 yang paling best tak breakout. Yeay! Brand ni made in Korea. Harga RM9.90 /30 helai.

Korang boleh suggest tak mekap remover yang sangat-sangat sesuai untuk waterproof makeup dan tak breakout.. Kulit muka nurr mudah breakout.


November 26, 2017

Ladies Day Out : Steamboat Empires, Cyberjaya

Salam semuaaa....Selamat pagiiii..

Last Friday... Ladies day out katanya. Bukan senang dapat luch sama-sama macam ni. Memang keje 1 ofis dan 1 team tapi waktu rehat lain-lain. Tetiba je inform team leader "Jom pegi makan steamboat 1 team". So, operasi team tutup pada waktu rehat normal. Yeay!

Lokasi pilihan : Steamboat Empires, Cyberjaya (berdekatan dengan ofis)


Alamat : Gem In Mall, Persiaran Sepang, Cyberjaya 11, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Waktu operasi : 10am-10pm

Sebelum pergi kami booking dulu takut full.

Harga : RM29.90 (Lunch) / RM32.90 (Dinner) per adult
Ini termasuk semua. Korang makan la puas-puas

Kami booking melalui TABLEAPP . Dapat diskaun 20%



 Mula-mula duduk kat tepi dinding...ehhh dah ramai-ramai nanti susah plak nak keluar.



Tukar meja yang macam ni. Senang nak ulang alik ambil makanan.



Suka stail macam ni sebab sorang 1 periuk kecil. Takde share 1 periuk besar.

Sup ada 2 jenis : Tom yam dan sup ayam

Makanan ada macam-macam : Alaa benda biasa yang steamboat tu..pastu macam-macam jenis seafood (Ketam/ udang/ lala dll ), sayur-sayuran, bihun, yee mee, buah, aiskrim, dessert (brownies/puding/ bubur pulut hitam dll).. Grill pun ada tapi dorang yang akan grill kan. Nasi pun ada tapi nurr tak tengok pun nasi apa.

***lain-lain tu sebab tak tahu nama


Penutup..boleh makan  2 jenis ni je sebab dah full.

Bagi nurr steamboat kat sini ok. Berbaloi dengan harga. Pastu tak crowded sangat walaupun ramai orang. Maybe space antara meja tu jauh-jauh memudahkan customer nak ulang-alik amek makanan. Steamboat Empires ni antara yang famous di Cyberjaya.

Nak tahu ok ke tak, uols cuba lah!