November 28, 2017

Projek Kek Gula Hangus

Salam semuaaaa....

Alhamdulillah projek kek gula hangus menjadi. Sebenarnya dah lama nak cuba buat tapi takde kesempatan. Memandangkan ada buat potluck kat ofis, cuba buat lah. Sebab tak tahu nak masak apa. Nak masak berat-berat malas nak bangun awal pagi..hehehe..

Alhamdulillah percubaan pertama...


Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter

4 bj telur A

1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
  • Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus.
  • Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul (nurr kacau dan memang jadi ketul-ketul..jenuh nak cairkan balik..huhu). 
  • Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak terlalu hangus dan agak2 kaler mcm madu kira ok la tu (nanti pahit plak kalau terlalu hangus)
  • Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
  • Bila dah cair sejukkan. Tunggu betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.
  • Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega dan kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik.
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
  • Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata (Nurr guna mixer).
  • Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
  • Kemudian kacau rata perlahan aje
  • Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga
  • Masukkan esen vanila
  • Masukkan tepung dan kacau rata perlahan.
  • Akhir sekali masukkan gula hangus dan kacau rata.
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya

Selamat Mencubaaaa :)

0 berani bersuara: