Cerita minggu lepas :)
Perjalanan ke Felda Residence Tekam dari Cyberjaya ambil masa 5 jam. Ya, 5 jam sebab campur dengan jem, berhenti isi minyak dan berhenti makan.
Kalau korang nak tahu Felda Residence Tekam ni terletak di Jerantut, Pahang.
Yeayyy dah sampai !
Kat sini kami dibahagikan 2 orang 1 chalet. Tapi dalam 1 chalet tu ada 1 katil Queen dan 2 katil single. Kiranya 1 chalet ni boleh memuatkan 4 orang sebenarnya. Tapi untuk keselesaan, kami duduk 2 orang je :)
Ruang atas ada 2 katil single
Ruang bawah ada 1 katil queen
Kat sini ada macam-macam aktiviti boleh dibuat untuk program team building.
Jungle Trekking dan Jelajah Gua Batu Gelanggi
Kabus pagi dengan udara segar. Sedut puas-puas
Ada banyak gua sebenarnya tapi kami cuma jelajah 6 gua sahaja iaitu gua sanding, gua angin, gua potret dan 3 lagi lupa nama..hahaha. Korang kena rasai sendiri keajaiban dan pengalaman jelajah gua ni. Nurr tak amek gambar banyak sangat dalam gua sebab lighting kurang sket. So, pic jadi tak clear. Al-maklum la guna kamera handphone je.
Tips jelajah gua : Bawa lampu suluh/ headlamp, pakai kasut yang sesuai, botol air kecil dan kalau boleh kurangkan beban beg.
Bersedia untuk basah dan kotor ye korang sebab ada part kena melalui ruang yang sempit. Masa kitorg pegi ni pun tanah basah sebab hujan. Hutan kat sini memang dorang tak jaga dan bersihkan sebab nak kekalkan pertumbuhan ratusan tahun dan biar nampak semulajadi. Tak nak ganggu proses tu.
Flying Fox
Kali pertama buat aktiviti ni..hahaha.. Memang la nervous sebab tinggi kan. Tapi kalau tak join rugiiii... Ntah bila plak la dapat buat kan.
Berakit
Sebelum naik korang kena bina dulu dari PVC dan tong kaler biru tu. Make sure kukuh ye! Kang karam pulak..hahaha. Rakit kami Alhamdulillah tak karam walaupun ada tali yang dah terburai.
Kena bina --> Angkat pegi tasik --> Dayung --> Angkat simpan
Hahahaha... Aktiviti ni agak penat sket la.. Berat kot nak angkat benda tuh. Yang mendayung lagi la tough. Nurr jadi pengimbang je kat tengah. Tak nak join mendayung sebab dah ada pengalaman mendayung berkilo KM di taman negara dedulu. Well, sapa yang penah mendayung, tahu la nape nurr mengelat. Hahahaha.
So, far aktiviti yang sini best. Kat sini selain chalet, ada bilik-bilik macam hotel tu. Yang tu dekat lobi utama dan dekat swimming pool. Harga pun berpatutan.
Itu je nak sharing dengan korang.. byeeeee
4 berani bersuara:
Nak tanya..kalau nak ke sana, kena contact siapa yer?
Cuba call direct Felda Residence Tekam 094718300
Terima kasih di atas penulisan anda... kami amat menghargai jasa anda... terima kasih
Post a Comment