April 22, 2011

Pekerja? Apa Hak Kamu?

Assalamualaikum dan selamat tenghari semua...! 

Topik hari ini nak citer pasal HAK SEBAGAI PEKERJA. Ada tak yang kat luar sana yang merasakan diri mereka tertindas, teraniaya atau tak puas hati dengan majikan-majikan? Jangan lupa kamu ada hak untuk mempertahankan diri kamu. Negara kita ada undang-undang kan. So, tak payah la korang takut kalau nak buat aduan. Pergi je mengadu kat pihak-pihak yang boleh menolong kamu. 

Kat sini ada serba sedikit untuk pengetahuan kamu. Yang aku list kat bawah ni memang ada dalam AKTA PEKERJAAN 1955

UPAH & CUTI
  • Hak Rehat - Setiap pekerja dibenarkan berehat sekurang-kurangnya sekali seminggu
  • Tempoh waktu bekerja - Waktu kerja tidak lebih dari 8 jam sehari dan tidak lebih dari 48 jam seminggu. Tidak boleh bekerja berturut-turut selama 5 jam tanpa rehat, perlu diberi tempoh rehat tidak kurang daripada 30 minit. Bagi yang bekerja 8 jam, perlu diberi tempoh rehat tidak kurang daripada 45 minit. (Eh...eh....aku keje lebih la dari 8jam...11 jam dowh!)
  • Hari Kelepasan ( Cuti Umum ) - setiap pekerja berhak menikmati sebanyak 10 cuti umum di Malaysia dengan bayaran gaji penuh. Empat cuti umum yang utama ialah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan DYMM Agung, Hari  Keputeraan Yang di-Pertuan Negeri dan Hari Pekerja. (Eh...eh...aku lupa bila kali terakhir aku cuti masa cuti umum..asyik kena keje je)
  • Kerja Lebih Masa (OT) - Lebih masa bermaksud masa kerja melebihi masa kerja normal sehari. Pekerja yang bekerja OT berhak mendapat upah tidak kurang daripada satu setengah kali ganda daripada upah biasa. ( Tak! aku tak dapat pun upah! Aku keje pagi petang siang malam! Ingat aku wat amal jariah ke ape?! )

Yang kat atas ni serba sedikit isu dan persoalan yang selalu menjadi pertanyaan..Actually banyak lagi dan kalau nak list kat sini panjang la plak entry aku..

Aku sangat berharap akta tu bukan hanya digunakan oleh sesetengah majikan sahaja. Harap semua majikan dekat Malaysia, tak kira lah swasta ke kerajaan ke patut guna undang-undang yang termaktub supaya takde la pekerja yang rasa teraniaya.

Kalau sapa-sapa nak buat aduan, terus pegi kat pejabat buruh. Tak payah la korang nak email ke nak call ke.   Kalau email entah bila dorg nak reply. Korang paham-paham la kan jabatan kerajaan ni. Certain-certain jabatan je yang bagi fedback cepat. Malas betul dorang ni! Agak-agak email tu bape bulan sekali baru bukak..baik tak payah buat email kan..huh! Aku malas nak komen banyak-banyak..nanti kena banned plak..

Korang Download je kat sini ---> AKTA DAN PERATURAN

Sebarang aduan korang boleh terus ke Jabatan Tenaga Kerja yang terdekat dengan korang ye atau boleh rujuk portal JTKSM


Updated 17/4/2017


22 berani bersuara:

Firdaus Kasim said...

hehe.. setakat nie semua ok

thanks 4 sharing ya

Entri paling hot :
Blogger Popular Sombong?"

nurr said...

Alhamdulillah...bagus la kalau ok

Anonymous said...

keje dr 8.30-6.30pm.. 10 jam ��

Has said...

Kerja lebih masa demi pesakit.. Tapi Bila submit form overtime "ape u buat stay lelama??,I Tak mau sain..so??

Has said...

Kerja lebih masa demi pesakit.. Tapi Bila submit form overtime "ape u buat stay lelama??,I Tak mau sain..so??

hairul annuar said...

Salam frendz.. Sedih rasa teraniaya dn ditipu.. Sy,suami dn anak.. Kerja satu tpt dipulau psl ingt pulau gaji ag ok dari darat.. Kerja mcm nk mati lebih dari 16jam kerja rehat satu jam setengah gaji tk berbaloi dgn kepenatan. Kerja tkde sistem,punch card tkde,slip gaji pn xde,rm625 jek dy byar,kerja dh mngalahkan bangla.. Sedih sgt2 bila tgk gaji.. Alasan baru start kerja,tk ramai cstmer(padahal cstmer ramai)ank tk pndai spekong,tk pndai amek oder(pdhal ank jugak yg amek oder),suami pn dpt gaji yg sama,kerja bt air,masuk kerja tk tntu masa.. Macam mana ya nk buat aduan kes seperti saya??

Nad Flo Avuii said...

nak tanya. macam mana nak mengadu kepada pihak berkenaan mengenai ada seorang pekerja ini mengambil kesempatan atas status lecturer dan student.
student ini berumur 26tahun dan masih belajar di Nilai.
lecturer ini pula berumur30++ dah masih berkerja sebagai di kolej.

lecturer ini tanpa periksa asal usul, dia telah menuduh student tersebut dan bukan itu sahaja lecturer telah menokok tambahkan cerita dan hukuman.

Sim Chi Wei said...

Kita sebagai pekerja seharusnya bekerja dapat 8 jam sehari. Selepas 8 jam, barulah masa OT kan? Tapi kenapa kerja kat tempat saya sini mahu ambil 10 jam ke atas sehari pula? Pihak majikan selalu cari alasan supaya pekerja rosak terus bertanya. Memang letih kerja dalam 10 ke atas. Mereka tidak bagi OT selepas 8 jam, memang tidak adil. Mereka menyata mereka sudah beri EPF dan Socso; Kenapa masih kerja lagi selepas 8 jam Tampa beri OT? Memang teruk majikan sekarang sebab tidak peduli langsung kesihatan and keselamatan pekerja. Saya pernah minta naik gaji, tapi majikan ini cakap business dia tidak bagus, tidak dapat naik gaji saya. Macam 2 alasan mereka boleh buat. Rasa menyampah bekerja dengan majikan sikap penting diri dan kedekut. Biarpun aku rajin kerja, tauke pun x sudi naik gaji aku.

Sim Chi Wei said...

Akta itu tidak dapat download pun.

Sim Chi Wei said...

Kalau kerajaan cakap RM920 sebagai gaji asas bulan, kenapa ada juga majikan yang bagi RM800 pula? Saya bukan student lagi pun.

Sim Chi Wei said...

RM920 gaji ini Kira dari 8 jam sehari ataupun 8 ke atas? 8 jam ke atas mestilah lebih dari RM920 kan?

nurr said...

hairul annuar : Boleh cuba dapatkan khidmat nasihat di Jabatan Tenaga Kerja (pejabat buruh) yang terdekat

Sim Chi Wei : Saya telah update dan boleh cuba download Akta berkenaan. Berkenaan gaji basic & waktu kerja boleh dapatkan khidmat nasihat di Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan. 8 jam adalah waktu bekerja biasa. Utk lain-lain waktu kerja rujuk JTK.

Nad Flo Avuii : Ini berkenaan apa ye? Jika berkenaan tata kelakuan, boleh cuba rujuk dengan pengurusan IPT berkenaan

Unknown said...

Nak tanya .... Saya diberhentikan kerja tanpa notis apa2... Manager saya berhentikan saya melalui whatsapp Sahaja .. Itu pun maki2 saya sebab saya tak dtg kerja selama 2 Hari sbb ada hal keluarga.. Lepas itu... Sya redha je laa Dia tak bagi saya masok kerja dha.. After 2 hours later... Dia ckp Dia nak terminate saya... And stop my payment... Padahal staff lain tak dtg sampai 4 Hari Dia boleh je bagi muka... Bila saya Tanya balik staff lain about cuti sya 2 Hari tu.. Dorg ckp manager potong gaji saya... So mcm mana ni?? Salah sya atau pun manager..???

Kikufu Touka said...

Nak tanya .... Saya diberhentikan kerja tanpa notis apa2... Manager saya berhentikan saya melalui whatsapp Sahaja .. Itu pun maki2 saya sebab saya tak dtg kerja selama 2 Hari sbb ada hal keluarga.. Lepas itu... Sya redha je laa Dia tak bagi saya masok kerja dha.. After 2 hours later... Dia ckp Dia nak terminate saya... And stop my payment... Padahal staff lain tak dtg sampai 4 Hari Dia boleh je bagi muka... Bila saya Tanya balik staff lain about cuti sya 2 Hari tu.. Dorg ckp manager potong gaji saya... So mcm mana ni?? Salah sya atau pun manager..???

Unknown said...

Macam mana kalau kena terminate tanpa alasan yang kukuh.kilang china yang nak buang operator yang diorang tak xsuka dengan suka hati je..kita ada hak untuk bela diri tak??

nurr said...

@kikufu Touka : Ada buat permohonan emergency leave / annual leave tak? Sy tak dapat nak komen siapa yang salah. Pasal potongan gaji 2 hari tu, syarikat ada hak kalo xde kelulusan cuti & cik tetap bercuti. Apa-apa boleh rujuk dengan JTK yang terdekat.

@Unknown : Boleh cuba rujuk dengan JTK jika diberhentikan tanpa alasan yang kukuh

Unknown said...

Sy telah diberhentikan kerja kerana 6hari tidak pergi kerja..skrg sy plak kena bayar gantirugi pd syarikat sebanyak rm1900..gaji sy bln 6 disekat sehingga sy boleh selesai byr gantirugi..dh la aritu nk raya..gaji xdpt nk beli pakaian raya utk ank2..skrg masih lagi xbekerja hnya menumpang rumah family..sy ibu tunggal menyara 4 org ank yg bersekolah..macamana yg nk byr ganti rugi sedangkn sy xbekerja...sy cuma terkilan sgt diberhentikan kerja tanpa memikir kan keadaan sy mcmana..takda perasaan timbangrasa dh la bulan puasa nk raya...s

Anonymous said...

Sy bekerja sebagai kerani ni sebuah kedai. Waktu kerja:

9 pgi - 6 ptg (ahad - khamis)
9 pgi - 6 ptg (sabtu)

Majikan sy meminta smua pekerja dtg 20 minit lebih awal. Adakah ini dibenarkan? Majikan sy juga tidak buat potong kwsp utk sy. Apa yg sy perlu lakukan?

nurr said...

Boleh minta nasihat & pandangan dari Jabatan Tenaga Kerja yang terdekat atau hantar pesanan di website JTKSM di bahagian hubungi kami

nurr said...

Puan boleh dapatkana nasihat di JTK berhampiran dgn puan. Bawa semua dokumen spt kontrak bekerja jika ada

hafiz nano said...

Saya bekerja sehari 10 jam rehat 1jam..pada Hari isnin hingga jumaat..pada Hari sabtu ahad 12jam. Klau ikutkan seminggu saya bekerja lebih dr 50 ke 60 jam ataupun sebulan lebih kurang 200 jam.. to saya hanya dibenarkan claim ot apabila bekerja pada Hari sabtu Dan ahad sahaja. Manakala pada Hari isnin Hingga jumaat saya take boleh tuntut ot saya. Mcm mana ye?

Marina Rambli said...

Assalammualaikum.bru hr ni kes berlaji pd suami sy..dia excidnt msa balik dr kerja .. doktor mgesahkan tulang vahu ada patah ..so skg dh sebulan lebih suami sy tidaj dbenarkn bkerja .
Pada hr ni suami sy dsrh trn kerja ..sdgkn semalam bru ada surat Mc dr pihak pakar yg mgatakn suami sy tidak bolej bkerja dlu selama sebulan smpai 30.oktober ..dan kena jumpa pakar lgi .hr ni juga majikan telah mbuat 1 srt utk dsainkn oleh suami sy .supaya suami sy memberi cuti tmpa gaji sdgkn suami sy dh lbh dr 7 thn bkerja .dan dia telah mfitnah suami sy meminta sendiri surat mc ..lojik ke ?? .ada ke pihak hospital bagi cuti kepada pesakit selama sbln tnpa sebab ?..haruskan kmi ke jabtan buruh utk mnuntut hak sbgai pkerja ?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons