April 15, 2011

Kamu Photographer atau Pengguna DSLR?

Salam...selamat petang semua..Petang yang indah sambil di temani kicauan burung-burung..tiada lagi hiruk pikuk kota yang aku rindui..Chehh berbunga-bunga pulak bahasa. Agak-agak kalau buat novel boleh tak? hahahahha

Tadi ada orang mintak tolong aku keluarkan entry pasal ni. Pelik lak permintaan beliau sebab aku bukan lah seorang photographer atau juga seorang pengguna DSLR tapi aku hanyalah insan biasa yang meminati bidang  fotografi.  Actually aku takde la power sangat @ penuh ilmu di dada nak citer pasal benda ni. So, aku nak citer serba ringkas la yang aku tahu pasal ni.

Sebelum tu aku nak tanya..Korang ada camera canggih manggih DSLR tak? tak kisah la jenama apa pun..Canon ke,Nikon ke..janji DSLR.



Korang rasa korang seorang PHOTOGRAPHER? atau dalam Bahasa Melayunya JURUGAMBAR.
Korang tahu tak DSLR tu apa? dan yang penting kamu tahu guna tak? tahu Fungsi tak? Korang guna Mode ape? Automatik ke Manual? Perghhh!!! Banyak plak kan soalan aku? Macam polis pulak

Meh nak bagitau korang supaya korang tahu:

Maksud DSLR
D=Digital , SLR = Single Lens Reflect iaitu imej masuk ke lens, pantul dek cermin dan masuk pentaprism sebelum pergi ke viewfinder. Aku pun tak bape faham apa benda yang diterangkan ni
Jom sama-sama terjah ke sini nak tahu lebih lanjut----->  DSLR

Photographer
Ada DSLR (yang ni wajib la kan)
Seorang yang boleh mengambil gambar secara profesional
Mengikuti kelas fotografi
Tahu maklumat pasal gambar
Tahu macam mana cara nak ambil gambar
Tahu "Rules" nak ambil gambar

Pengguna DSLR
Ada DSLR
Tak boleh mengambil gambar secara profesional
Tak mengikuti kelas
Tak tahu apa-apa pasal gambar,cara dan rules nak ambil gambar

So, sapa-sapa yang ada DSLR tu jangan nak perasan kamu adalah Photographer ye..KAMU SEBENARNYA HANYALAH PENGGUNA DSLR SAHAJA! hehe..masuk kelas dulu taw baru leh jadi photographer


2 berani bersuara:

aku yang tak femes said...

gadget ni dah jadi semacam trend... tak "in" la takde dslr...

aku takde dslr sebab tak perlukan ia... buat sarang kulat je nanti...

nurr said...

kihkihkih...ye betul dh jd trend..tp bg aku kan..klu stakat nk amek pic pkai mode auto baek pakai kamera digital biasa je kan..sama jek fungsi.. hehe