August 7, 2017

Review : Nutox Moisture Emulsion SPF25 PA++

Salam
Good morning korang :D


Citer pasal moisturizer lagi... Sebenarnya dah berbulan duk hunting moisturizer yang lain tapi takde stok je.. Jenuh keluar masuk Watson's, Guardian dan farmasi. Sebab dah desperate sangat dan ditambah pula dengan review daripada MIL, maka terbeli lah nutox. Iols memang mudah terpengaruh...huahuahua.. Sebelum beli pon ada juga blogwalking review produk ni.

Moisturizer Emulsion ni rasa sejuk je bila pakai kat muka. Tekstur dia watery dan cepat serap dalam kulit. Bau dia bau bunga  ( Sori terlupa nama bunga tu :p )



Nurr beli sebab produk ni takde chemical yang berbahaya. No Paraben, No Mineral Oil dan No Colourant. 

2 weeks juga la duk tengeh kat muka. Balik kampung weekend aritu baru dapat tengok betul-betul kulit muka sebab kalau kat kampung memang jarang tempek mekap kalau nak keluar.

Seminggu pakai naik jerawat 2,3 ketul. Masih positif maybe healing proses. After 2 weeks, Omaigadd! Rasa nak nangis tengok pipi. Naik jeragat + pori-pori jadi besar. Terus rasa down. Maybe moisturizer ni tak sesuai dengan nurr. Bab jerawat 2,3 ketul boleh toleransi lagi..tapi kalo bab jeragat atau pori-pori oh tidak!

Nurr bagi kat ma. Harap sesuai la dengan kulit muka ma.. Walaupun sedih dengan moisturizer ni tapi hasrat nak guna serum nutox tu masih ada.

Semalam pegi guardian dah ada dah moisturizer yang duk hunting tu. Beli yang trial set dulu takut tak sesuai. Selama ni nurr duk guna pencuci muka dan toner brand tu. Pencuci tu memang dah banyak tiub guna. Alhamdulillah sesuai. Nanti nurr share review ye.
Byeeee

July 4, 2017

Review : Pak Anjang Bariani Johore, Shah Alam

Halluuuu... Selamat Hari Raya semua

Baru nak up review berbuka puasa..hahaha. Bukan review berhari raya ye. Ampunnnn...baru ada masa nak review.

Masa En.KetuaUmah dah balik umah hari tu ( Dah habis projek ), dia ajak berbuka puasa kat luar... Nyiru nurr tadah kan. Al-maklum la sepanjang bulan puasa memang masak kat rumah sebab dia takde. Ke PARAM pun tak pegi sampai la penghujung puasa sebab dah malas nak masak.

Ok sambung....

Dia ajak makan nasi beriani. Macam biasa la tanya pakcik Google. Ok set!
Restoran Pak Anjang Bariani Johore, seksyen 13 Shah Alam. Waze je nanti jumpa. Restoren die kat belakang sikit. Kitorg pegi awal sebab nak booking meja takut penuh. Sebenarnya boleh juga call untuk booking.


Menu pilihan : Beriani Gam Ayam, Beriani Gam Kambing, rojak petis, tauhu bakar, sirap bandung muar, air laici.

Nasi beriani dia memang umphhhh! Dari suapan pertama. Portion die ok sedang-sedang. Nurr tak habis pun makan sebab bulan puasa memang rasa cepat full. Membazir je rasa. Makanan yang lain pun sedap.

Harga nasi beriani: RM12 - RM15 (ikut jenis).

Recommended!

En.KetuaUmah cakap memang betul-betul macam beriani Batu Pahat. Nurr tau makan je.. Asal sedap jalan..hehehe.

Ok tu je nak share. Ikut selera tekak masing-masing. Bagi nurr makanan kat sini sedap!

May 3, 2017

Review : Susu Kambing Biodex

Salam semuaaa...

Alhamdulillah dapat juga try minum susu kambing biodex. Nurr tunggu masa yang sesuai je untuk minum. Al-maklum lah tester cuma dapat 3 sachet je.. TQ Biodex sebab bagi free tester kat saya.




Rasa lemak berkrim dan tawar! Hahaha. Tapi SAYA SUKA! Sebab kebanyakan susu kambing jenis tepung yang saya dah minum mesti ada gula tambahan seperti sukrosa dll. Saya tak pasti samada Biodex ada gula tambahan atau tak. Yang pasti rasanya tak manis seperti susu kambing jenama lain yang pernah saya cuba. Biasanya kalau beli on9, seller tak akan beritahu secara details kandungan susu. Jadi, saya akan beli gamble je la. Cuma kalau ada gula tambahan atau terlampau manis, saya tak kan buat belian seterusnya.




Susu kambing Biodex ni tak bau hamis ye! Selain tak rasa manis, lemak berkrim, susu ni sesuai untuk seisi keluarga. Recommended kalau nak bagi kat kanak-kanak.




Ada 2 perisa : Original dan Coklat.

HARGA : RM45 SM / RM50 SS
Berat : 550 gram




Yang coklat saya tak rasa lagi.. Tgk nanti kalau tester tu ada coklat, nanti saya update. Kalau tanya saya, mana-mana susu kambing saya lebih suka perisa original sebab nak kan khasiat yang lebih. Kadang-kadang campur dengan kurma. Maklumlah nurr kan tengah ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Doakan Nurr ye :)

Review : La'Rich Treatment Glow Foundation

Selamat pagi semuaaa...

Nurr tengah survey foundation yang best untuk kulit yang jenis kuat berpeluh, berminyak & senang naik jerawat. Buat masa ni nurr masih lagi menggunakan Meiko Naturactor dari Jepun.
Last week ada purchased 1 foundation ni direct daripada Owner. Produk OEM dan masih sangat baru di pasaran.




Bahan- bahan aktif : 
Minyak jojoba, Kolagen ikan salmon, vitamin C, vitamin E, serbuk mutiara dan SPF35



Ada 1 tone je.. Katanya sesuai untuk semua warna kulit dan untuk kulit berjerawat / bermasalah. Tekstur bukan matte ye tp berkrim cuma tak heavy. Harga RM25 sebab beli masa promosi. Harga asal RM29

Pro's :
1. Tahan lama
2. Kalau berpeluh tak melekat di tisu kalau lap
3. Rasa ringan

Con's :
1. Tak full coverage.. Myb kne pakai tebal / banyak layer baru cover. Nurr tak suka pakai banyak layer.
2. Tone kaler mcm tak sesuai dengan kulit nurr. Rasa mcm tak natural sebab nurr tak suka jenis yang nampak terlampau putih. Nanti nampak kelabu pulak. Hahaha

Kalau nak try mana tau sesuai boleh terus PM FB Owner : Ena Mariana Ibrahim


Memang saje tak mekap sangat sbb fokus kepada fondation kan.
( No filter )

So, hunting lagi sampai jumpa yang betul-betul best 

March 27, 2017

Penjagaan Peribadi Dan Keperluan

Selamat Malam koranggg

Tadi pegi Watson's Kajang.. Niat di hati nak beli 2 benda je. 1 pencuci muka & berus gigi yang tertinggal kat kampung je. Haa.. Jangan nak mengata dulu. Sampai dari kampung pagi tadi nurr gosok gigi ye. Guna berus gigi hotel..hahaha. Selalu kalau g travel mana-mana memang bawak balik berus gigi hotel yang tak guna tu.  Dah bayar kan kenalah bawak balik..hahaha.

Tapi......bila masuk Watson's tu ehh ade pulak la benda yang tak tersenarai terbeli sekali.

1. Olay total effect RM29.80 - Dah 2 minggu habis sebenarnya. Tunggu gaji je nak beli sambil duk terfikir nak tukar moisturizer lain yg natural. Tp bila tengok harga yg lain.. Ermm... Beli olay je la.

2. Deodorant Total Image RM16.80 - finally beli juga. Dah lama berkira2 nak beli yang ni. Beli ni pon sebab tak suka bau Nivea yg beli last week. Review banyak cakap bagus brand ni. Natural product juga.

3. Women Razor RM2.90 - haaa...paling murah beli. Brand Watson's saje. Zaman skang nak beli apa-apa kena berkira.

Yg wajib nak beli..

1. Clinelle Purifying Cleanser RM25.16 (after less 30%) - Tube ke-4 termasuk yang tertinggal kat kampung. Kalo dah tube ke-4, maknanya serasi lah. Biasa kalo x suka, 1 tube pon tak habis. Yang ni pun product natural.

2. Berus gigi Oral-B RM10.80

TOTAL di Watson's : RM85.46
Hmm...banyak jugak

Keluar dari Watson's lalu elianto pulak dahhh.. Singgah. Terbeli la pula 2 benda

1. In-Matte Lipstick RM26.91 ( harga asal RM29.90 ) - suka tekstur lipstick ni! Tak sangka elianto ada lipstick berkualiti macam ni dengan harga murah. Next time boleh beli lagi. Tadi beli code : 108 truffle. Colour macam wife Randy pakai dalam citer Urusan Hati Cik Drama Queen tu. Dapat jugak kaler tu.
(Tips : beli lipstick kne try pakai kat bibir jangan calit kat tangan. Baru tahu sesuai atau tak dengan kita)

2. Perfumes Blossom Body Mist RM19.90

GRAND TOTAL : RM132.27

OK banyak dah beli untuk bulan ni. So, untuk bulan ni duk diam-diam jangan shopping lagi tau! Adoii baru teringat kete tak service lagi! Mati la nakkkk!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons