Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

May 18, 2018

Tokyo Organic Rose Serum | Review

Salam semuaaa...
Hai hai hai

Ramadhan yang ke-2..ceriakan diri 😁
Hari ni Nurr nak share pasal Tokyo Organic Rose Serum. Review ikhlas dari diri sendiri.

Tokyo Organic Rose Serum atau nama manjanya Serrose (serum rose), dihasilkan di Jepun. 100% pembuatan dan R&D semuanya di negara matahari terbit berkenaan. Disebabkan nurr dh sedia maklum yang Jepun merupakan negara yang mempunyai teknologi canggih serta sangat pentingkan aspek kualiti. Jadi, Nurr tak teragak-agak untuk cuba serum ni. Yang lagi best, serum ni natural dgn 5 bahan diiktiraf organik oleh ECO CERT, OTCO dan IMO Control. Kandungan dalam serum tu Nurr dah check kat cosdna & TERBUKTI selamat (99% Hijau)



Serum ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Sesiapa yang kulit sama macam nurr (oily to combination, senang naik jerawat), recommended guna serum ni.

Macam biasa kalau produk natural & organik, perlu guna dengan sabar & konsisten. Tempoh untuk nampak kesan tu bergantung kepada tahap mana masalah kulit kita dan faktor umur juga memainkan peranan. Sebab apa Nurr cakap macam ni, sebabnya semakin meningkat usia kita semakin kurang kolagen dihasilkan.


Tekstur : Watery, tak melekit
Warna   : Tiada pewarna tiruan , colourless
Bau       : Bau bunga ros (bau tak kuat. Sama macam bau ros segar)
Kesan kpd kulit Nurr : less oily, kalau jerawat pasir tu 1-2 hari dh hilang. Cuma kalau jerawat yang takde mata tu, dia akan membesar dan keluarkan mata tu (tang ni kne sabar sikit). Bila dh pecah, jerawat akan kering & dah jarang jerawat naik kat tempat sama. Sebelum ni asyik naik kat situ je. Perasan juga parut kat pipi dh semakin pudar.

Cuba teka Nurr dah guna bape botol?
Botol ke-4. Dah nak masuk botol ke-5

Sesiapa yang nak cuba, boleh terus ke IG : Tokyo Organic Skincare atau FB : Tokyo Organic Skincare

January 7, 2018

I love it : Nutox Renewing Treatment Cream [Radiate]

Happy Sunday korang...

Ingat tak nurr duk cari day cream yang boleh dijadikan mekap base? Ok tak ingat takpe. You know what.. I found it! Yeahhh..Finally!

Dah lama nak try sebenarnya. Masa mula-mula produk ni dikeluarkan memang dah fall in love dengan packaging dia. Sweet sangat colour nya.



Tekstur dia watery dan tak buatkan kulit oily / less oily.. Masa mula-mula apply tu rasa sejuk je muka. Biarkan die serap dalam kulit kejap, boleh la pakai foundation. Mekap lagi smooth dan tahan lama.. I love it! Yang penting dengan muka nurr tak breakout. Bau dia bau bunga melur / jasmine soft2 gitu. Ok boleh terima. Takde la buat pening kepala.



Nurr beli ni masa ada promo kat Watsons. Dapat la harga RM42.xx.. Harga biasa RM49.90. Nurr dah guna dalam 1 bulan lebih. So, far ok.. Kalau untuk kulit korang, tak pasti la. Kne try and error baru tahu sesuai ke tak kan. 

Ok ye uolss..bye

December 8, 2016

Review : Bourjois Blusher

Salam semuaaa...

Enty ni dah taip masa weekend aritu lg. So, nurr nak share review sikit dengan korang. Jumaat lepas nurr rehat awal. Pukul 11am-1:30pm. So, nurr ajak member pegi Watson's kat Alamanda nak cari blusher.. Dah lama nak cari tapi asyik tak jumpa yang nak.

So, semalam try test brand bourjois. Tak penah try pon sebelum ni. Tengok kaler macam cantik untuk kulit sawo matang sebab kaler blusher ni macam oren2 sikit.




Ada cermin dan berus kecik 

Nurr guna ni je untuk mekap harian


Bila dah snap pic tak nampak sangat.. Kaler dia macam natural je. Korang kena letak banyak sikit untuk bagi terang. Lagi satu bau die macam bedak cina...alaa..bedak cina yang dalam bekas petak tu la. hahaha. Lepas tu baru perasan ada tulis 1863. Nurr rasa blusher ni dah wujud sejak tahun 1863 lagi. Fuhhh lama tuuuu. So far blusher ni ok. kaler die cantik.

Ok tu je nak share. byeeeeee



August 5, 2015

Review : Cover Face Naturactor, Octard & MCC

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Sebenarnya dah lama nak buat review pasal cover face dari Meiko, Jepun ni. Baru ada kesempatan..
Nurr dah cuba ketiga-tiga jenis cover face ni.

Nurr start guna dengan Naturactor.. Ke-2 Octard dan last MCC.


Jenis kulit nurr : Berminyak, cepat berpeluh dan super duper sensitive.


pic kidnap dari Google

Naturactor
  • Coverage memang A tapi dia agak likat sikit
  • Tahan peluh..kalau korang nangis pun cover face tu mantain je :)
  • Sangat sesuai untuk kulit yang berminyak. Yang normal pun sesuai
  • Yang ni rasa flawless je bila pakai. Ouchh


Pic kidnap dari Google

Octard
  • Coverage pun memang A. Krim dia soft je
  • Nampak natural kalau pakai.
  • Cuma kalau yang kulit yang agak berminyak tidak sesuai sangat. Boleh je kalau nak pakai cuma kalau rasa berminyak dap2 je dengan kertas minyak / span.
  • Sangat sesuai untuk kulit normal hingga kering. 

MCC
  • Sesuai untuk kulit normal, oily, jerawat dan sensitif
  • Yang ni nurr rasa agak sesuai dengan kulit Nurr

Benda yang paling penting sebelum korang pakai sebarang foundation adalah prep mula betul-betul. Basic Skincare sangat penting. Kalau tak, korang pakai la foundation mahal pun, tetap tak elok.

Cuma cover face ni nurr tak boleh nak pakai harian sebab kulit nurr super duper sensitif. Nanti toing..toing..tumbuh cik jerawat.. Lagi stress.. Pakai time tertentu je. Tapi ada orang bila pakai naturactor putih tu, jerawat makin kecut. Untung laaaa

Updated : Atas permintaan, Nurr dah jadi Agen berdaftar tau di bawah Zaineeta Global PLT (Pengedar Sah Meiko di Malaysia)

Produk Meiko ni banyakkkk sangat yang tiruan dari China. Jadi kena hati-hati dengan harga yang sangat murah. Tapi ada juga yang tiruan jual dengan harga yang sangat mahal. Kalau nak yang original JEPUN, contact je Nurr tau. Boleh cari kat Facebook <-- klik="" p="" sini="">


July 8, 2013

White House Down Best Ke??

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaaa!

Ni last week punye citer tapi baru terhegeh-hegeh nak hapdet

Macam biasa nak tengok citer lain, last2 tengok citer lain..ngeh ngeh ngeh. Ingat nak tengok monster university tapi lambat la pulekkksss... So, macam biasa citer aksi la yang jadi pilihan

 beli tiket dulu 
bukan seat depan skrin patah leher nak tengok ye


Lepas tu amek pic dulu
Konon-konon nak usha hero tu tapi x clear la pulop sbb flash camera
&
kalau cameraman bertenang mesti pic ni clear..kan...kan..kan

layan games dulu sebab banyak masa lagi sebelum layan movie

Banyak la plak nak tunjukkan..okeng okeng! Direct to the topic.

Citer ni mengisahkan White House yang cuba dilumpuhkan oleh orang dalam White House ni jugak. Senang citer, dia nak gulingkan Presiden.Citer ni best jugak! Not bad..tapi takde la mendebarkan macam citer World War sebelum ni. Ending macam biasa la, hero yang menang. Citer ni menarik juga untuk ditonton. Presiden berjaya diselamatkan oleh......oleh HERO laaaa....haaa...nak tau lebih lanjut boleh ke pawagam yang berdekatan


rating: 4/5