Showing posts with label trying to conceive. Show all posts
Showing posts with label trying to conceive. Show all posts

December 23, 2018

TTC : Hanya Sedikit Ruang

Selamat Malam semua.....


Sedih.

Takde orang yang akan rasa sesuatu tu kecuali dia mengalaminya sendiri.
Nurr tak pernah cerita atau luahkan kepada sesiapa pun. Sape yang baca ni tahu lah..

Nurr tak pernah pun kata apa-apa bila ada yang annouce about their pregnancy.
Nurr tak tak pernah pun kata apa-apa bila mereka ceritakan pasal mengidam, baby bergerak, check up kat hospital. I just listened to them and I'm happy for them. I just sad for myself. I just down.....tapi Nurr tak pernah tunjuk rasa tu. 

Bila berkumpul ramai-ramai dengan family, sanak saudara.. Nurr rasa awkward dan tersisih. 
6 tahun lebih korang....6 tahun lebih.. 2,3 tahun kebelakangan ni Nurr cuba menjauh... Hanya untuk jaga hati diri sendiri. Hati kami berdua. Salah ke? Ye salah bagi mereka sebab meraka tak rasa apa yang Nurr rasa.

Nampak luaran Nurr ok tapi sebenarnya Nurr tak ok. I'm not strong enough.
Please jangan kacau ruang peribadi Nurr. Itu je yang Nurr mintak. Susah sangat ke?
Tapi.....takde orang yang ambil tahu. They don't care. 

Kami cuma ada kami berdua. We need support each other. Nurr tahu hati husband Nurr pun dan tak kuat. Kami sama sekarang.

Mereka? Just asking and judge us.
Why? Why? Why?

Kami bahagia dengan cara kami.
Please...bagi kami ruang untuk bahagia.


P/s : taip entry ni sambil berjurai-jurai air mata 

February 14, 2017

Motivasi untuk TTCians

Assalamualaikum & selamat petang semua...

Kat bawah ni ada sedikit kata-kata sebagai motivasi yang boleh kita kongsikan bersama

*************

Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri² di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika. Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu. Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?

Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi. Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi. Penuh newsfeed dgn cerita mereka.

Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.

Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang. Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.

Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita. Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?

Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata. Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita

Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul. Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?

Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini. Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini. Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak. Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.

Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka "tak mahu" ada tambahan zuriat. Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki. Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka. Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala "eksiden" pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la.. Merungut sahaja!

Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita. Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita. Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri. Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!

Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya. Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana.  Kata kuncinya, sabar. InshaaAllah

Credit to FB : Zety Anuar

*************

Saya masih berharap akan ada rezeki zuriat akan menyusul dalam masa terdekat.. Aminn. Doakan saya ye!

December 8, 2016

Perkahwinan Tanpa Zuriat?

Selamat malam semua.

Ada sedikit warkah yg lalu kat wall FB nurr. Nurr copy paste dan kongsikan dengan semua

:: PERKAHWINAN TANPA ZURIAT ::

"Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul"... Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama..

Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah ALLaH satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat.. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza.. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak..

Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..

"Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil"

"Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri"

"Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar"

"Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk"

"Bro.. Air mani kau tak power kut..."

MashaALLaH... Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo'a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.

Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah "sangkut".. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba "bocor".. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..

Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..

Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?

Anak angkat... Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa.. Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH.. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..

Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH.. Jangan putus berdo'a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH.. Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada' dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan..

Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do'a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya'..

Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.. Pastikan "bersama" di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti "bersama" setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.. Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia  minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!

xoxo

Semoga Allah makbulkan doa kami untuk menimang cahaya mata.
TTC : 4y2m

December 2, 2016

Perjalanan Try To Conceive (TTC)

Assalamualaikum
Salam Jumaat semua :)

Dah penghujung tahun 2016.. Cepat masa berlalu. Maknanya dah 4 tahun nurr TTC. Tapi rezeki zuriat masih belum memihak kepada kami. Mungkin belum sampai masanya lagi. Tipu cakap kalau hati tak terusik. Tipu cakap kalau tak terasa jauh dari orang2 tersayang.

Nurr ada join group DKH di Facebook. Rupanya ramai yang senasib. Ada yang 10 tahun lebih masih menunggu. Apa orang-orang seperti kami perlu hanyalah sokongan moral. Tak perlu menjatuhkan atau mengaibkan kami. Kami juga punya hati..

OK dah untuk sesi luahan perasaan. Nurr nak kongsi sedikit ilmu yang nurr dapat daripada pakar O&G dan juga kawan-kawan yang senasib.

Berapa tahun baru boleh dipanggil Trying to Conceive (TTC) atau cuba untuk hamil?

Jika hamil dalam tahun pertama perkahwinan, ianya dikira sebagai conceive secara natural dan korang bukan dalam fasa TTC.
Jika setahun lebih berkahwin, korang masih belum juga hamil, baru lah dipanggil fasa TTC. Mencuba untuk hamil.
Jadi tiada ye istilah berTTC padahal baru 3 bulan kawen dan telah hamil. Pastu pegi gebang kat orang yang bertahun-tahun tunggu rezeki hamil buat itu buat ini. Tu dipanggil conceived secara natural ye! Alhamdulillah rezeki awak awal.

Jika setelah 1 tahun mencuba tetapi masih gagal, korang kena dapatkan nasihat & rawatan untuk check tahap kesihatan.
Tetapi jika yang berkahwin lewat, dlm usia 30 tahun ke atas dan setelah 6 bulan belum berjaya untuk hamil selepas kawen, perlu segera dapatkan rawatan ye!

Nurr dulu pun kahwin lambat.  Umur 28 tahun. Dulu selalu ingat, kalau kahwin je tetttt terus dapat anak. Rupanya tak...berbalik kepada rezeki juga. Masa tu takde sape2 bagi nasihat dan tak tahu nak rujuk dengan siapa. Masa tahun pertama tiap bulan check UPT -ve & kecewa. Masuk tahun ke-2 nurr dah tak fikir apa-apa. Enjoy je life.. Masuk tahun ke-3 baru terhegeh-hegeh nak g buat check up. Kenapa tahun ke-3 baru ada kesedaran? Hukhukhukhuk... Sekarang dh masuk tahun ke-4.. Tahun depan dah umur 31 tahun. Sedih sangat rasa. Bukan tak bahagia cuma rasa tak lengkap.... Orang yang penah rasa je akan tahu apa yang nurr rasa.

Ubat, supplement, jamu? Apa yang tak cuba. Dari yang mahal sampai ke murah. Semua dah try.. Bukan setakat tu je... Siap ade yang perlu cakap "tak reti buat".."malas buat".. Penah dijadikan bahan jenaka di khalayak ramai.. Allahu.. Saya tak kuat awak T__T

Korang yang baca ni... Nurr tak minta banyak. Doakan nurr berpeluang melahirkan umat nabi Muhammad SAW.
Nanti ada masa nurr ceritakan apa produk yang penah nurr amek ye :)