December 2, 2016

Perjalanan Try To Conceive (TTC)

Assalamualaikum
Salam Jumaat semua :)

Dah penghujung tahun 2016.. Cepat masa berlalu. Maknanya dah 4 tahun nurr TTC. Tapi rezeki zuriat masih belum memihak kepada kami. Mungkin belum sampai masanya lagi. Tipu cakap kalau hati tak terusik. Tipu cakap kalau tak terasa jauh dari orang2 tersayang.

Nurr ada join group DKH di Facebook. Rupanya ramai yang senasib. Ada yang 10 tahun lebih masih menunggu. Apa orang-orang seperti kami perlu hanyalah sokongan moral. Tak perlu menjatuhkan atau mengaibkan kami. Kami juga punya hati..

OK dah untuk sesi luahan perasaan. Nurr nak kongsi sedikit ilmu yang nurr dapat daripada pakar O&G dan juga kawan-kawan yang senasib.

Berapa tahun baru boleh dipanggil Trying to Conceive (TTC) atau cuba untuk hamil?

Jika hamil dalam tahun pertama perkahwinan, ianya dikira sebagai conceive secara natural dan korang bukan dalam fasa TTC.
Jika setahun lebih berkahwin, korang masih belum juga hamil, baru lah dipanggil fasa TTC. Mencuba untuk hamil.
Jadi tiada ye istilah berTTC padahal baru 3 bulan kawen dan telah hamil. Pastu pegi gebang kat orang yang bertahun-tahun tunggu rezeki hamil buat itu buat ini. Tu dipanggil conceived secara natural ye! Alhamdulillah rezeki awak awal.

Jika setelah 1 tahun mencuba tetapi masih gagal, korang kena dapatkan nasihat & rawatan untuk check tahap kesihatan.
Tetapi jika yang berkahwin lewat, dlm usia 30 tahun ke atas dan setelah 6 bulan belum berjaya untuk hamil selepas kawen, perlu segera dapatkan rawatan ye!

Nurr dulu pun kahwin lambat.  Umur 28 tahun. Dulu selalu ingat, kalau kahwin je tetttt terus dapat anak. Rupanya tak...berbalik kepada rezeki juga. Masa tu takde sape2 bagi nasihat dan tak tahu nak rujuk dengan siapa. Masa tahun pertama tiap bulan check UPT -ve & kecewa. Masuk tahun ke-2 nurr dah tak fikir apa-apa. Enjoy je life.. Masuk tahun ke-3 baru terhegeh-hegeh nak g buat check up. Kenapa tahun ke-3 baru ada kesedaran? Hukhukhukhuk... Sekarang dh masuk tahun ke-4.. Tahun depan dah umur 31 tahun. Sedih sangat rasa. Bukan tak bahagia cuma rasa tak lengkap.... Orang yang penah rasa je akan tahu apa yang nurr rasa.

Ubat, supplement, jamu? Apa yang tak cuba. Dari yang mahal sampai ke murah. Semua dah try.. Bukan setakat tu je... Siap ade yang perlu cakap "tak reti buat".."malas buat".. Penah dijadikan bahan jenaka di khalayak ramai.. Allahu.. Saya tak kuat awak T__T

Korang yang baca ni... Nurr tak minta banyak. Doakan nurr berpeluang melahirkan umat nabi Muhammad SAW.
Nanti ada masa nurr ceritakan apa produk yang penah nurr amek ye :)

0 berani bersuara: