Selamat Pagi Semua dan Salam Jumaat. Buat kaum Adam, jangan lupa menunaikan tanggungjawab dengan menunaikan solat jumaat. Jangan ada pulak yang buat-buat uzur.
Hari ini tiba-tiba pulak nak sentuh pasal bab BERCINTA ZAMAN SEKOLAH. Saya ulang sekali lagi BERCINTA ZAMAN SEKOLAH. Budak-budak atau remaja zaman sekarang sangat popular rasanya dengan aktiviti ni. Bagi aku bercinta zaman sekolah lebih kepada CINTA MONYET. Opss...bukan bercinta dengan monyet ye tapi cinta budak-budak. Macam zaman aku dulu, aku takde pulak nak bercintan cintun ni semua. Sibuk dengan buku pastu duduk je kat umah. Buang masa je kot bagi aku.
Tengok budak-budak sekolah zaman sekarang sangat advance. Dengan ada teknologi yang makin canggih seperti internet, ipad, telefon bimbit membuatkan mereka lebih advance untuk berkawan. Kalau digunakan untuk kebaikan takpe. Tapi jangan guna kan untuk benda yang tidak berfaedah. Macam aku sendiri, dah banyak kali adik-adik aku mintak internet kt rumah. Maaf ler...pegi kt cyber cafe sudah. Kalau ada internet kat rumah confirm buku entah ke mana. Top up handphone pun tengok mood aku. kalau aku rasa baik hati aku akan top up. kalau tak, tak payah.
Kadang-kadang kalau balik kampung aku akan check handphone adik-adik aku. Kalau ade unsur-unsur atau ayat-ayat cinta, BEWARE! Aku akan announce dan baca kuat-kuat biar semua orang dalam rumah dengar..hehe..agak jahat kan? Tapi tu la yang aku akan buat. Selalu yang kena adik aku yang masih lagi sekolah laa..pastu dorang sibuk nak wt explanation kat aku apa sebenarnya yang berlaku..kui3x...
Flashback balik zaman aku masa dulu-dulu (Time sekolah)
Nak bercinta-cinta tu memang takde la..setakat suka-suka orang tu ada laa...tapi takde la lebih dari tu. Rutin harian aku hanya lah rumah-sekolah-rumah. Aku tak suka berjalan tak tentu hala..merewang sana merewang sini. Kiranya aku adalah REMAJA CONTOH masa dulu-dulu...chehhh b'lagak! hahaha..memang hakikat tak tipu..aku tak nak pun gelaran tu tapi ramai yang bagi..terima je laa...
Aku start bercinta pun masa semester 3..tu pun PJJ (Percintaan Jarak Jauh)..yang lain tu cuma berkawan suka-suka. Biasanya kalau pegi dating aku akan ditemani orang ke-3 iaitu kawan baik aku..haa...mana ada aku keluar berdua..
Yang aku betul-betul commit pun masa aku semester 5 dengan tunang aku sekarang ^_^ v
Nasihat aku untuk remaja-remaja atau budak-budak sekolah, kejar la cita-cita sebelum kejar cinta. Ambil kesempatan yang ada ni untuk realisasikan impian dan capai apa yangg nak dicapai. Cinta itu akan datang kemudian. Zaman sekolah adalah zaman untuk belajar dan mencari ilmu. Gunakan kesempatan yang ada itu sebaik mungkin. Jangan menyesal kemudian hari..
April 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 berani bersuara:
aku dak nakal, since form 1 lagik dah ade pakwe =p
aku paham feeling budak2 skrang ni, tapi dinasihatkan korang budak2 yang ingus lom kering tu (macam aku dulu) tak payah la yer yer bercinta, sbb nanti korang akan nyesal bercinta awal2 ni...skali dah masuk uni, masuk alam perkerjaan, jumpee pulakk balak lagi ensem n lagi kaya... haa kang ko sibuk lak nak clash2 ngan pakwe ko yang dari zaman skolah dulu... zaman la ni bukan betoi, suke bertindak ikut nafsu, kang frust, tak pasal2 ade yang mati dalam longkang...tak pun muka cacat kena simbah asid... haaa
tapi ade la sorang dua member yang memang jodoh kuat... bercinta dr zaman skolah, sampai laa dah pun selamat kawin. =)
ps : komen khas untuk awek2 yer...pasal pempuan ni mudah susut nilai (maruah), kalau laki susut nilai pempuan slalu tak nampak, kalau nampak pun...wat2 pejam mata je la...
setuju ngn komen ko..tapi nape komen yg 1 lg tu ko delete? takot ade yg sentap ke? hahahaha
tapi betul laa...ape yg ko ckp tu..nt2 akan jumpe yg lg bagus..kang rambang mata plak.. lg 1 tak sume b'cinta zaman skolah ni x bagus..ade yg smpai jinjang pelamin..
kembali kepada asal :
Jodoh,ajal,maut di tgn tuhan
Post a Comment