Showing posts with label akta pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label akta pekerjaan. Show all posts

April 22, 2011

Pekerja? Apa Hak Kamu?

Assalamualaikum dan selamat tenghari semua...! 

Topik hari ini nak citer pasal HAK SEBAGAI PEKERJA. Ada tak yang kat luar sana yang merasakan diri mereka tertindas, teraniaya atau tak puas hati dengan majikan-majikan? Jangan lupa kamu ada hak untuk mempertahankan diri kamu. Negara kita ada undang-undang kan. So, tak payah la korang takut kalau nak buat aduan. Pergi je mengadu kat pihak-pihak yang boleh menolong kamu. 

Kat sini ada serba sedikit untuk pengetahuan kamu. Yang aku list kat bawah ni memang ada dalam AKTA PEKERJAAN 1955

UPAH & CUTI
  • Hak Rehat - Setiap pekerja dibenarkan berehat sekurang-kurangnya sekali seminggu
  • Tempoh waktu bekerja - Waktu kerja tidak lebih dari 8 jam sehari dan tidak lebih dari 48 jam seminggu. Tidak boleh bekerja berturut-turut selama 5 jam tanpa rehat, perlu diberi tempoh rehat tidak kurang daripada 30 minit. Bagi yang bekerja 8 jam, perlu diberi tempoh rehat tidak kurang daripada 45 minit. (Eh...eh....aku keje lebih la dari 8jam...11 jam dowh!)
  • Hari Kelepasan ( Cuti Umum ) - setiap pekerja berhak menikmati sebanyak 10 cuti umum di Malaysia dengan bayaran gaji penuh. Empat cuti umum yang utama ialah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan DYMM Agung, Hari  Keputeraan Yang di-Pertuan Negeri dan Hari Pekerja. (Eh...eh...aku lupa bila kali terakhir aku cuti masa cuti umum..asyik kena keje je)
  • Kerja Lebih Masa (OT) - Lebih masa bermaksud masa kerja melebihi masa kerja normal sehari. Pekerja yang bekerja OT berhak mendapat upah tidak kurang daripada satu setengah kali ganda daripada upah biasa. ( Tak! aku tak dapat pun upah! Aku keje pagi petang siang malam! Ingat aku wat amal jariah ke ape?! )

Yang kat atas ni serba sedikit isu dan persoalan yang selalu menjadi pertanyaan..Actually banyak lagi dan kalau nak list kat sini panjang la plak entry aku..

Aku sangat berharap akta tu bukan hanya digunakan oleh sesetengah majikan sahaja. Harap semua majikan dekat Malaysia, tak kira lah swasta ke kerajaan ke patut guna undang-undang yang termaktub supaya takde la pekerja yang rasa teraniaya.

Kalau sapa-sapa nak buat aduan, terus pegi kat pejabat buruh. Tak payah la korang nak email ke nak call ke.   Kalau email entah bila dorg nak reply. Korang paham-paham la kan jabatan kerajaan ni. Certain-certain jabatan je yang bagi fedback cepat. Malas betul dorang ni! Agak-agak email tu bape bulan sekali baru bukak..baik tak payah buat email kan..huh! Aku malas nak komen banyak-banyak..nanti kena banned plak..

Korang Download je kat sini ---> AKTA DAN PERATURAN

Sebarang aduan korang boleh terus ke Jabatan Tenaga Kerja yang terdekat dengan korang ye atau boleh rujuk portal JTKSM


Updated 17/4/2017