Hari ni nak share pasal topik KEPENTINGAN MEMAKAI SUNBLOCK.
Mesti semua tertanya-tanya penting ke pakai sunblock? Nurr sendiri pun baru 1-2 bulan pakai sebab kesedaran tu baru datang...sebabnya ada kesan-kesan penuaan / pigmentasi akibat sinar UV. SPF dalam foundation / compact powder je tak mencukupi.
Kenapa kita perlu pakai sunblock? Untuk melindungi kulit kita dari UVA & UVB.
UVA - Sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan penuaan, kedut, kusam dll masalah dalaman kulit.** Pastikan sunblock korang ada perlindungan dari UVA dan UVB
UVB - Sinaran ini tidak menembusi lapisan kulit. Ia menyerang lapisan luar sahaja yang menyebabkan sunburn.
Produk sunblock ada pelbagai jenis dan ada banyak SPF sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu kan?
Ok ni tips yang Nurr akan beritahu.
Keupayaan setiap warna kulit berbeza untuk menahan sinar UV.
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan melanin yang tinggi. Beza SPF cuma jangka masa sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama. Jadi pilih SPF yang bersesuaian dan jangan berlebihan. SPF yang berlebihan cuma memudaratkan kulit sahaja.
Berapa SPF yang kita perlu pilih?
SPF15 - tidak begitu terdedah dengan cahaya matahari ( kurang 4 jam )
SPF30 - terdedah lama dan sentiasa berpeluh
SPF50 - Kalau kulit korang putih giler, korang perlukan SPF50
1st sunblock nurr guna Biore face milk SPF50 tetapi nurr skip-skip pakai sebabnya kulit rasa kering. Lepas cari-cari maklumat baru tahu SPF tinggi sangat dan tak sesuai dengan nurr. Lepas tu nurr tukar ke Bio-essence SPF30 baru ok dan sekarang setiap hari memang pakai. Kulit tak berminyak sangat dan mekap pun lebih tahan lama. Yang penting terlindung dari sinaran UVA/B. Sebelum pakai sunblock, pakai la skincare yang sesuai dengan kulit masing-masing.
Sedikit tips daripada :
Nurr
Akak serum Tokyo Organic
0 berani bersuara:
Post a Comment