Selamat petang semua :)
Sihat ke?
Baru je lepas jalan-jalan kat timeline Facebook. Macam-macam status ada. Paling nurr suka mestilah status-status yang membina. Ambil aura positif sket. Kipidap korang!
Cuma kan... ermmm....nurr sebenarnya just nak ingatkan diri sendiri dan juga sesiapa je yang baca entry ni. Bukan cemburu atau iri hati. Cuma berpada-padalah setiap kali share apa-apa sahaja di Facebook. Sebelum tekan butang post sila fikir 7,8 kali apa kesan jika kita kongsikan sesuatu.
Macam nurr sendiri pun setiap kali nak share ape2 mesti fikir banyak kali. Kadang2 tu baru tekan post cepat2 delete. Fikir semua benda..apa yang orang akan kata kalau tengok apa yang nurr kongsikan tu. Apa effect kepada diri sendiri selepas share tu. Sebab tu nurr kurangkan berkongsi pasal kehidupan peribadi nurr. Kongsi apa yang perlu sahaja :)
Baru lepas tengok seseorang ni berstatus isteri. Share gambar dengan suami nak kiss2, peluk2 atas katil..rasanya macam tak sesuai dikongsikan. Bukan cemburu atau iri hati dengan kebahagiaan korang cuma macam saya cakap lah. Bukan semua benda tu sesuai untuk tontonan umum. Ada sape2 nak kondem apa yang saya tulis ni? Kalau ada yang cakap "Alaaa...biasa la tu..tu pun nak kecoh". Kita ada agama...kita ada pegangan, Benda itu bukan biasa. Kalau betul biasa, pegi lah cuba berjimak dekat roundabout biar semua orang tengok. Bak kata UAI.
Ingatan dan nasihat ini untuk diri sendiri dan kamu..kamu..kamu... Tanamkan sedikit rasa malu dalam diri. Jangan buka aib sendiri nanti tak pasal timbul fitnah.
Ambil yang positif buangkan yang negatif. Berpesan-pesanlah sesama kita untuk kebaikan kita juga :)
Nurr bukan alim ulama..bukan juga orang yang hebat dalam agama. Cuma sekadar menegur apa yang dirasa tidak betul. Wallahualam~~
May 13, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 berani bersuara:
betul tu..tak semua kita boleh kongsi dekat fb kan..
kan Anis.. Kdg2 kita tak sedar dah mengaibkan diri sendiri
Post a Comment