Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

May 13, 2015

Berpada-pada berkongsi di Facebook

Selamat petang semua :)
Sihat ke?

Baru je lepas jalan-jalan kat timeline Facebook. Macam-macam status ada. Paling nurr suka mestilah status-status yang membina. Ambil aura positif sket. Kipidap korang!

Cuma kan... ermmm....nurr sebenarnya just nak ingatkan diri sendiri dan juga sesiapa je yang baca entry ni. Bukan cemburu atau iri hati. Cuma berpada-padalah setiap kali share apa-apa sahaja di Facebook. Sebelum tekan butang post sila fikir 7,8 kali apa kesan jika kita kongsikan sesuatu.

Macam nurr sendiri pun setiap kali nak share ape2 mesti fikir banyak kali. Kadang2 tu baru tekan post cepat2 delete. Fikir semua benda..apa yang orang akan kata kalau tengok apa yang nurr kongsikan tu. Apa effect kepada diri sendiri selepas share tu. Sebab tu nurr kurangkan berkongsi pasal kehidupan peribadi nurr. Kongsi apa yang perlu sahaja :)

Baru lepas tengok seseorang ni berstatus isteri. Share gambar dengan suami nak kiss2, peluk2 atas katil..rasanya macam tak sesuai dikongsikan. Bukan cemburu atau iri hati dengan kebahagiaan korang cuma macam saya cakap lah. Bukan semua benda tu sesuai untuk tontonan umum. Ada sape2 nak kondem apa yang saya tulis ni? Kalau ada yang cakap "Alaaa...biasa la tu..tu pun nak kecoh". Kita ada agama...kita ada pegangan, Benda itu bukan biasa. Kalau betul biasa, pegi lah cuba berjimak dekat roundabout biar semua orang tengok. Bak kata UAI.

Ingatan dan nasihat ini untuk diri sendiri dan kamu..kamu..kamu... Tanamkan sedikit rasa malu dalam diri. Jangan buka aib sendiri nanti tak pasal timbul fitnah.

Ambil yang positif buangkan yang negatif. Berpesan-pesanlah sesama kita untuk kebaikan kita juga :)
Nurr bukan alim ulama..bukan juga orang yang hebat dalam agama. Cuma sekadar menegur apa yang dirasa tidak betul. Wallahualam~~

June 2, 2011

Kolot ke?

Assalamualaikum dan selamat malam semua

Kolot kah? Tadi online Facebook..then aku ternampak sorang kawan virtual aku ni upload 1 gambar dia dan dengan seorang lelaki. Kalau tengok-tengok kat atas katil dalam bilik hotel.

Lepas tu aku komen

Aku : Pehhh...selamba je
Dia : Tu kazen aku la..Lagi pun ramai lagi kat dalam bilik tu
Aku : Memang la ramai tapi ade yang salah paham nanti
Dia : Orang yang salah paham tu memang KOLOT !!!!!

Kolot? Perkataan tu menarik perhatian aku. Kolot ke bila orang salah faham gara-gara sekeping gambar yang macam tu? Sekeping gambar yang cukup dapat mengaibkan diri sendiri...Ish3x...

Actually aku bukan la alim sangat. Aku cuma insan biasa yang juga membuat kesilapan. Tapi kalau ada benda yang boleh aku tegur, aku akan tegur la. Tak elok mata aku nampak memang kena tegur la.. Cuba fikir kenapa nak mengaibkan diri sendiri? Tak sedar ke kat situ orang dah pandang serong. Secara tak langsung gak dah menjatuhkan maruah diri.

Aku penah baca kata-kata ni " Biarlah kita berkawan dengan orang yang kolot daripada berkawan dengan orang yang up to date kerana mereka akan membawa kita kepada kebinasaan"

Wallualam

***Maaf aku tak letak pic sebab tak nak mengaibkan sape-sape


April 12, 2011

FlipToast Untuk Facebook

Selamat Malam semua? Apa aktiviti malam ni? sudah tidur ke belum?

Sebenarnya nak share something yang aku ter install secara tak sengaja. Masa tu tengah download portable cs3 then tak boleh buka sebab takde zip. Masa aku install Bitzipper ni la aku secara tak sengaja telah menginstall FlipToast. Bukan roti atau makanan yang boleh dimakan tapi  Aplikasi untuk Facebook


Dengan aplikasi ni walaupun korang tak bukak website facebook, korang still boleh update status,komen kt status kawan-kawan,upload pic, chat..banyak benda lah..aplikasi tu akan keluar kat desktop korang seperti kat bawah ni 


Tapi korang jangan risau lah sebab korang boleh hide aplikasi tu.. Ape-ape pun aku tak nak komen lebih2 sebab baru nak guna aplikasi ni. Sama-samalah kita mencuba ^_^