February 28, 2015

Dinner Texas Chicken

Selamat malam semuaaaaaa...

Alhamdulillah baru siap dinner.
Tapau fast food je... Petang tadi keluar cari simcard prepaid broadband Digi dari Putrajaya - Bandar Baru Bangi - Bangi - Kajang. Punya lah jenuh cari..Last-last sampai ke Metro Kajang mencarinya.

Masa kat Kajang tu En.Suami nak makan Texas Chicken pulak. Tapau je la sebab dah lewat petang. Sebelum ni pernah makan masa bulan puasa hari tu. Beli Mexican Wrap tapi nurr tak suka sangat. En. suami suka laa.. Kali ni nurr try Mexicana Burger pulak.



Tadaa...rasa dia ala-ala Zinger Burger KFC tu. Cuma dia rasa spicy sikit.. Ada la resepi rahsia Mexican Kannn... Nurr memang suka makan Zinger Burger, jadi Mexican Burger ni boleh dijadikan menu pilihan selain KFC. Harga pun not bad. 1 set ada air, kentang  dan harga RM11.90 sahaja.

Oh satu lagi kalau pegi sana jangan lupa try Askrim Sundae. Best gilerrr! Sebab lain sangat rasanya. Nurr bukan penggemar sundae. Tapi bila makan sundae Texas Chicken ni, 1 sudu pertama dah cakap kat En. Suami " Sedapnyeee!!". Sundae tu En. Suami punye. Dah sedap sangat, nurr pun apa lagi...share sekali la..hehehe....

Malam-malam makan fast food ni takde la risau sangat. Gemuk? it's ok sebab boleh makan benda ni ----> BENDA TAK NAK BAGI GEMUK

Nanti korang try la Texas Chicken ni. kat Kajang ada..kat IOI Mall Putrajaya pun ada ;)


0 berani bersuara: