May 19, 2015

Nasi Arab Restoran Saba, Cyberjaya

Selamat pagi semuaaa....

Finally sampai juga kat Restoran Saba, Cyberjaya yang terkenal dengan keenakan nasi arabnya. Nurr ni nama je keje kat Cyber. Sebelum ni kalau orang tanya kedai nasi arab tersohor memang tak tahu..haha

Nak dijadikan cerita hari Ahad tu macam malas sikit nak masak sebabnya takde apa-apa dalam peti ais. So, En.Suami ajak makan nasi arab. Nurr on je laa..memang nak dia rasa nasi arab best tuh. Nurr tukang tunjuk jalan sebab dah tahu lokasi kat mana jadi senang la.




Nak cari Restoran Saba ni senang je sekarang ni. Sebelah The Pulze je... Alaa...shopping mall yang baru buka tu laa.. Hari Jumaat memang selalu jenjalan kat The Pulze ni. Kalau tak tahu The Pulze, boleh try cari Bus Station atau Tune Hotel. Dekat-dekat tu je laa..

Kitorg pegi dalam pukul 2 lebih. Sampai-sampai je, mak aihhh ramai giler orang! Full House oke! Tapi alang-alang nak sampai tunggu je laa... Kena tulis nama untuk Q. Tunggu pun takde la lama sangat dalam 20 minit gitu kot.

En. Suami je makan Hanith Lamb.. Nasi dia sedap dan berperisa.. Daging die pun lembut sangat. Ambil yang regular je..tu pun banyak. Nurr makan chicken grill je sebab dah kenyang makan sate kat umah! Rugi dah kenyang! Patut kalau nak pegi sini biarkan perut kosong. Takpe next time kita pegi dengan kawan-kawan pulak sebab dekat ngn opis. Jadi takde la rasa serba salah sebab En.Suami dah makan..hehehe....eh gitu?

Ok tu je la nak share. Recommended kalau korang nak makan nasi arab. Gambar makanan tak ambil sebab sampai je order terus makan..hahaha... tak sempat-sempat

0 berani bersuara: