May 21, 2015

Tips Kurus bersama Nurr


WOW! Tajuk entry tak tahan...kihkihkih

Kurus sangat ke nurr ni? Tak kurus cekeding tak gemuk juga.. Yang sedang-sedang saja. Yang penting berat badan ideal. Alhamdulillah

Sempena hari Khamis nurr nak share tips tanpa perlu nak diet bagai. Eh kenapa hari Khamis?
Hahaha..takde apa-apa..saje-saje.



===========================================================

NAK KURUSKAN BADAN TIDAK SEMESTINYA PERLU IKAT PERUT
===========================================================


1. Wajib Makan Sarapan

Ya, faktor utama kita gagal menurunkan berat badan ialah RASA LAPAR dan perut minta diisi.
Ini antara sebab kita makan lebih dari yang sepatutnya. Selalu tinggal sarapan pagi.
Waktu pagi seeloknya kita makan makanan berat dengan menu sihat. Barulah bertenaga sehingga ke tengahari.


2. Berhenti Makan Sebelum Kenyang dan Makan Sebelum Lapar

Inilah amalan yang dianjurkan dalam Islam tetapi kita buat tak tahu. Sebab apa? Sebab gagal kawal nafsu makan. Nak-nak kalau makanan tu sedap sangat!


3. Jangan bertangguh makan

Tetapkan masa yang sama untuk makan setiap hari. Jangan bertangguh kalau lapar dengan alasan nak siapkan kerja atau nak kejar dateline.
Ingat! Makan semasa kita sangat-sangat lapar biasanya nafsu lebih menguasai dan menyebabkan kita akan makan melebihi yang sepatutnya.


4. Makan Snek


Jika lapar diluar waktu makan, elakkan mengambil makanan berat seperti nasi.

Jangan jadikan amalan " Bila lapar je makan nasi..Bila lapar je buka periuk nasi ".
Cuba makan snek seperti biskut dll.


5. Makan malam awal

Seeloknya sebelum maghrib kerana akan membantu perut kita menghadam makanan sebelum kita tidur dan menukarnya menjadi tenaga.


Jangan lupa tidur awal juga. Biasanya kalau kita berjaga sehingga lewat malam, kita mungkin akan rasa lapar dan menyebabkan kita akan makan lewat malam. It's ok kalau supper ringan-ringan macam biskut.


Last but not list. Jangan lupa minum air putih banyak-banyak. Kurangkan minum minuman manis-manis tau. Yang ni memang nurr amalkan setiap hari.


================================
Nak cuba Set Slimming bersama Nurr?
WhatApps / PM
017 7533563

FB: Tuan Putri Nurr

===============================




0 berani bersuara: