Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

June 3, 2015

Selsema Cepat Baik

Assalamualaikum semua....
Selamat pagi.

Hari Rabu sudah,,cepat betul masa berlalu. Bangun hari ni rasa sihat dah.. Alaa...tak sempat nak ambil MC. Ehhh? Hahaha..

Isnin hari tu kena selsema ringan.. *1st time tahun ni kena selsema. Dalam hati ada "can" nak minta keluar pejabat ni. Alasan nak pegi klinik. Oke yang ni dilarang ikut ye. Tak baik untuk KPI korang. Tapi tinggal angan-angan je laa... sebabnya nak dekat lunch tu rasa macam tak berapa nak selsema sangat. Kecuali kalau kena panas memang mata sedikit berair la. Nurr memang macam ni kalau selsema..memang tak boleh kena cahaya matahari.

Nurr memang tak suka makan ubat. Serius! Memang akan elakkan selagi mampu.

Semalam ( Selasa ) selsema sikit-sikit je.. mungkin faktor work station bawah aircond (sejuk). Tu yang buatkan selsema jadi balik bila masuk ofis. Hari ini, Alhamdulillah SELSEMA DAH TAKDE!! Yeayy!! Suka sangat!

Nak tahu tak apa yang nurr amalkan?
Konsisten ambil Vitamin C. Vitamin C ni bagus tau untuk tingkatkan sistem imunisasi kita. Sejak amalkan vitamin C ni memang jarang la demam / selsema. Yang paling best kalau demam / selsema pun tak teruk. Ringan-ringan dan sekejap je.. Jadi takde lah mengganggu aktiviti seharian.

Nurr bukan main ambil sebarangan vitamin ye. Yelah nak masukkan dalam badan. Nurr pilih vitamin organik dan selamat iaitu Vitamin C Shaklee.

Korang tau tak 1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji Sunkist. Woww!! Kalau kita nak makan 7 biji sunkist sekaligus memang kembung la perut kan..hehehe



Nurr memang sangat-sangat sarankan semua orang amalkan vitamin C ni. Bulan ni ada promosi tau. harga sangat murah dan berpatutan. Sebotol ada 180 biji ye. Jimat sangat! Korang boleh whatApps atau PM nurr di facebook.

WhatApps : 017 7533563
FB : Tuan Putri Nurr



May 21, 2015

Tips Kurus bersama Nurr


WOW! Tajuk entry tak tahan...kihkihkih

Kurus sangat ke nurr ni? Tak kurus cekeding tak gemuk juga.. Yang sedang-sedang saja. Yang penting berat badan ideal. Alhamdulillah

Sempena hari Khamis nurr nak share tips tanpa perlu nak diet bagai. Eh kenapa hari Khamis?
Hahaha..takde apa-apa..saje-saje.



===========================================================

NAK KURUSKAN BADAN TIDAK SEMESTINYA PERLU IKAT PERUT
===========================================================


1. Wajib Makan Sarapan

Ya, faktor utama kita gagal menurunkan berat badan ialah RASA LAPAR dan perut minta diisi.
Ini antara sebab kita makan lebih dari yang sepatutnya. Selalu tinggal sarapan pagi.
Waktu pagi seeloknya kita makan makanan berat dengan menu sihat. Barulah bertenaga sehingga ke tengahari.


2. Berhenti Makan Sebelum Kenyang dan Makan Sebelum Lapar

Inilah amalan yang dianjurkan dalam Islam tetapi kita buat tak tahu. Sebab apa? Sebab gagal kawal nafsu makan. Nak-nak kalau makanan tu sedap sangat!


3. Jangan bertangguh makan

Tetapkan masa yang sama untuk makan setiap hari. Jangan bertangguh kalau lapar dengan alasan nak siapkan kerja atau nak kejar dateline.
Ingat! Makan semasa kita sangat-sangat lapar biasanya nafsu lebih menguasai dan menyebabkan kita akan makan melebihi yang sepatutnya.


4. Makan Snek


Jika lapar diluar waktu makan, elakkan mengambil makanan berat seperti nasi.

Jangan jadikan amalan " Bila lapar je makan nasi..Bila lapar je buka periuk nasi ".
Cuba makan snek seperti biskut dll.


5. Makan malam awal

Seeloknya sebelum maghrib kerana akan membantu perut kita menghadam makanan sebelum kita tidur dan menukarnya menjadi tenaga.


Jangan lupa tidur awal juga. Biasanya kalau kita berjaga sehingga lewat malam, kita mungkin akan rasa lapar dan menyebabkan kita akan makan lewat malam. It's ok kalau supper ringan-ringan macam biskut.


Last but not list. Jangan lupa minum air putih banyak-banyak. Kurangkan minum minuman manis-manis tau. Yang ni memang nurr amalkan setiap hari.


================================
Nak cuba Set Slimming bersama Nurr?
WhatApps / PM
017 7533563

FB: Tuan Putri Nurr

===============================




February 27, 2015

Bertukar kepada ubat gigi tanpa Flourida

Salam Jumaat buat semua pembaca blog nurr..

Pernah tak korang terbaca / diberi tahu / buat-buat tak tahu berkenaan bahayanya ubat gigi berflorida?
Lepas nurr beli & baca buku Deathly Mist yang ditulis oleh Jerry D. Gray, nurr dah mula teragak-agak untuk guna ubat gigi yang mengandungan Florida.




Korang patut baca buku ni. Dalam buku ni penulis mendedahkan banyak konsiprasi yang dilakukan untuk rosakkan kesihatan dunia. Jerry D. Gray ialah seorang Jerman yang dibesarkan di Amerika dan juga bekas tentera US.

Dah baca buku ni tak kan nak guna lagi kan ubat gigi berflorida kan?
Oh tidak sesekali.

Pegi Mydin hari tu ada ternampak ubat gigi jenama Halagel. Terus je rembat.


Yang bestnye ubat gigi ni..Nurr rasa bersih sangat2 gigi..sampai ke petang gigi tetap rasa bersih. Serius tak tipu!
Nurr bukan nak promot ke ape..sebab nurr bukan duta produk Halagel pun. Cuma just nak share serius gigi rasa licin dan bersih je, Sebelum ni guna ubat gigi lain, rasanya lepas makan tengahari dah terasa tak berapa nak bersih.

Kenapa nurr dah tak nak guna ubat gigi berflorida?

April 7th, 1997, the United States FDA [Food & Drug Administration] has required that all fluoride toothpastes sold in the U.S. carry a poison warning on the label. The warning cautions toothpaste users to: "WARNING: Keep out of reach of children under 6 years of age. If you accidentally swallow more than used for brushing, seek professional help or contact a poison control center immediately."  
80 peratus daripada golongan muda di beberapa kota di Amerika Syarikat telah mengalami fluorosis gigi, yang mana tanda pertama yang dilihat akibat pendedahan Fluorida yang berlebihan. Fluorida juga menyebabkan kekurangan kalsium, yang boleh membawa kepada osteoporosis, penipisan tulang, keretakan, anemia, dan penyakit riket.US Public Health Service telah menyatakan bahawa Fluorida membuat tulang lebih rapuh dan enamel gigi lebih berongga.Fluorida juga menyebabkan penuaan sebelum masanya kerana ia merosakkan enzim. Ini memberi kesan kepada sistem kekebalan tubuh, sistem pencernaan, sistem pernafasan, peredaran darah, hati, buah pinggang, tiroid dan fungsi otak. Fluorida juga boleh menyebabkan hiperaktif dan IQ yang lebih rendah di kalangan kanak-kanak.

Nak beli tapi tak tahu kat mana?
Boleh beli online dengan Pn. Amalina ni. Dia pun ada jual Cocoa Tamar jugak. Cuba lah tanya kat FB dia :)
Beli online senang..nanti delivery depan pintu umah.

**Selamat bertukar ke ubat gigi tanpa florida ye semua :)
Yang penting Halal.


February 26, 2015

Review : Herb-lax Shaklee

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Waaaa dah hari Khamis..Esok dah Jumaat. Pastu lusa yeayyy!!
Cepat betulkan masa berlalu. Macam semalam je hari Isnin.

Nurr nak citer satu benda. Perkara ni sangat memalukan terutamanya bagi seorang perempuan.
BUNCIT! ko ghaserr??

Aduyaii tak tahu nak citer macam mana. Pssttt kita cakap kita-kita je la ye. Sebelum raya cina hari tu, nurr ngan kawan nurr ada beli beberapa produk Shaklee. Yang nurr nak citer ni pasal Herb-lax.



Herb-lax ni memang bagus untuk perut.

Testimoni nurr sendiri :
Baru 2x telan herb-lax perut rasa lega sangat...Ringan je rasa...selalu rasa kembung, buncit. Ni perasan macam kempis sikit. Mungkin dia buang sisa toksin kat dalam perut. Nurr telan 2 biji je sebelum tido.

Testimoni kawan nurr aka k.ita :
K.ita takde bagi apa-apa feedback kat nurr masa dia telan 2 biji. Lepas dia telan 4 biji sebelum tido baru dia bagi tahu nurr, "Baguslah!" sambil tunjuk isyarat ibu jari.

Pengambilan Herb-lax ni 2-4 biji sehari bergantung kepada keperluan badan kita. Herb-lax ni bukan buat kita rasa  asyik nak ke toilet macam julap tu. Tidak tidak...Macam biasa je waktu pagi mesti "membuang" dulu. Cuma dia lawas je untuk keluarkan toksin-toksin tu semua.

Herb-lax ni nurr memang sarankan untuk sesiapa yang ada sembelit atau pun perut buncit.
Bagus juga untuk sesiapa yang ambil ubat kurus tetapi macam takde kesan. Ini mungkin kerana perut kita penuh dengan toksin sampai ubat yang kita ambil tu tak dapat diserap dengan berkesan.

Untuk kurus nurr syorkan pengambilan dengan Alfalfa dan Lecithin atau Lecithin sahaja.

Ni je la review yang nurr boleh kongsikan. Nanti nurr bagi review produk Shaklee yang lain.

Nak beli Herb-lax? KLIK SINI 




February 18, 2015

Kekakuan Sendi? Oh tidak!

Assalamualaikum dan selamat petang.

Pernah tak korang semua alami kejadian macam ni?
Tengah sedap-sedap baring sambil tengok TV. Pastu letak tangan kat kepala. Selang dalam 30 minit nak betulkan balik tangan tak boleh! Sakit dan seolah-olah kaku! Arghhhh! Panik! Gila tak panik tangan takleh gerak. Terpaksa la gunakan tangan satu lagi untuk bantuan luruskan balik tangan.

Mula-mula nurr tak tahu kenapa jadi macam tu. Rupanya ada kaitan dengan kekurangan kalsium dan juga mungkin faktor usia menyebabkan sendi sedikit terjejas. Kalau waktu malam / cuaca sejuk mesti terasa sendi sakit dan menyucuk-nyucuk. Abaikan je la sebab rasa muda lagi ( tak sedar diri betul mak jemah nih ). Lagi setaon nak masuk 3 series.. sedar la sikit! En. suami selalu je cakap "awak tu bukannya muda lagi. Kena la amek supplement".

Akhirnya nurr beli juga supplement sebab sendi bahu kaku. Mencegah lebih baik dari merawat. Risau takut lumpuh ke. Sape tau kan? Kalau operate? No no no! Jumpa doktor pun takut. Ini kan pula nak operate. Mintak dijauhkan laaa...

Apa yang nurr beli? Apa lagi kalau bukan produk Shaklee yang terbukti berkesan.

Korang cubalah gabungan ostematrix (untuk tulang) dan AJHT ( untuk sendi ). Kombinasi Ostematrix + AJHT ni memang terbaik! Korang cubalah. belum cuba tak tahu kesan dia.





Kalau nak beli boleh terus ke blog chanteqsihat
atau boleh juga whatApps nurr 0177533563 / PM je kat FB : Tuan Putri Nurr 


( Untuk pembaca blog nurr, nurr bagi harga kasih sayang )
Kod : Nurrstyle




February 10, 2015

Review : Ostematrix Shaklee


Salam semua kawan-kawan pembaca :)

Entry ni Nurr nak cerita pengalaman my mum yang ambil ostematrix shaklee ni.

Mula-mula nurr beli ostematrix ni bersama dengan AJHT untuk Abah nurr sebabnya abah jatuh pokok dan kaki retak. Disebabkan ostematrix tu ada lebih (120 biji sebotol), nurr cakap kat my mum kalau sakit pinggang ke lenguh-lenguh ke kebas-kebas ke telan je ostematrix. Kalau bagus kenapa ada lebih? Mesti korang akan tanya macam tu. Orang tua biasa la...bab ubat ni susah bebeno kecuali kalau sakit dah tak tahan. Nak tau tak nurr setiap hari call tanya abah dah makan ubat belum. Siap reminder kat my mum paksa abah makan ubat. Oh abahku!




Ma nurr memang selalu mengadu kebas-kebas tangan. Selepas didiagnos ada sakit saraf, ma nurr penah sakit pinggang sampai ke pinggul sampai jalan pun terbongkok-bongkok. Time ni memang tak boleh buat apa-apa sebab sakit. Dah pergi ambil injection tahan sakit kat klinik kesihatan tak jadi apa-apa. Ma nurr pun jenis susah juga nak makan ubat. Mungkin sebab dah tak tahan sangat-sangat, akhirnya dia telan juga ostematrix.  Korang tahu apa yang jadi? It's miracle! Syukur sangat-sangat, ma cakap dah tak sakit pinggang dah. Suara pun dah ceria. Bila tanya "Ma makan ubat apa?". Dengan bangga dia cakap "Ma makan ubat yang klong beli la. Ostematrix". Syukur Ya Allah.

Sebab tu nurr suggest sesiapa je yang ada sakit-sakit macam ni cuba la ikhtiar ambil Ostematrix. Nak lagi best add-onn AJHT atau Omega Guard. Hadiahkan lah kepada ibubapa kita di kampung. Kesihatan mereka di saat lanjut usia ni sangat bernilai.

Kalau sesiapa yang berminat nak cuba / hadiahkan kepada orang tersayang boleh beli dengan nurr. Nurr bagi harga kasih sayang :)

FB : Tuan Putri Nurr 
017753356 ( WhatsApp / Telegram )
ID 924532

Oh lupa nak sharing..bulan Feb 2015 ni ada promosi untuk Ostematrix.
BUY 6 FREE 1 atau BUY 2 Less 5%

XOXO


February 5, 2015

Aku, Dia & PJJ

Salam & Selamat Pagi..

Hari ni nurr nak sentuh pasal Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).. Ye jarak jauh. Sape geng nurr angkat tangan cepat! :p

Jumpa sebulan sekali. Kalau ada rezeki, jumpa la 3 minggu sekali. Kadang-kadang tunggu gaji baru dapat jumpa. Korang yang tak PJJ tu untung. En. Suami selalu ada..ada teman nak berbual..ada teman nak pegi jalan-jalan. Macam nurr, kalau weekend duduk rumah je. Kalau bosan tahap gaban baru la ajak kawan keluar. Tu pon kadang-kadang je.

gambar pinjam kat google :p

Tau tak ape perasaan bila dah lama tak jumpa? Dan bila tertunggu-tunggu masa nak jumpa? Rasa nervous, gelisah, excited. Nurr rasa sebab tu la kot nurr tak lena tido malam..hehehe..sabo je la kan.. Macam baru bercinta plak rasanya.

Preparation? Of course la nak buat yang terbaik. Kemas umah, masak sedap-sedap, make sure penampilan diri cantik. Tapi yang tak bestnye bila masak tak menjadi. Adoiii....sebabnya nervous sangat nak buat yang terbaik sampai tak menjadi plak. Pastu kalo time En.Suami nak balik cik jerawat plak nak bertandang..adoiii..stress mak jemah! Pastu mula tempek apa2 dengan niat supaya cik jerawat tu surut. Tapi kadang-kadang makin kita belek dia, makin besar pulak dia. Eiiiiii...dushh3x!

Cadangnya Cuti Raya China nak pegi holiday dekat2 je. Apa aktiviti menarik yang boleh buat kat PD? Hotel / Resort mana yang best untuk check in? Suggestion Pleaseee.......


Psstttt: Doakan kami dapat anak