Showing posts with label kad kahwin. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin. Show all posts

October 10, 2011

Tutorial Hiasan Bakul Yang Simple

Assalamualaikum dan selamat pagi

Memandangkan ramai sangat yang search kat blog aku ni pasal kawen, so arini aku nak share pasal tutorial yang serba ringkas untuk membuat hiasan kat bakul.. Bakul yang dihias ni boleh digunakan sebagai bekas untuk letak hantaran atau jugak untuk letak bunga telur atau cenderahati yang nak diberi kepada tetamu....eh...eh...cenderahati untuk tetamu bukan bagi dengan bakul-bakul sekali ok..hahaha...just senang untuk tuan umah pegang cenderahati banyak-banyak..


Jom kira bajet :
Bunga RM2.50x2 tangkai = RM5
Bakul RM11.90
Riben RM8.90
Riben Ready made RM2x2=RM4
Gam UHU RM7.80
JUMLAH = RM37.60

Mungkin agak besar jumlah di situ untuk 1 bakul kan? Tu sebab aku beli dalam kuantiti yang sikit..kalau beli banyak mesti dapat murah. Lagi 1 faktor tempat..huhu...aku beli gak sebab rasa nak sangat beli..huhu

 Potong batang bunga tu satu-satu..kemudian balut camni..kalau tak nak balut pun takpe..boleh selit-selit kat bakul 

 1. Lilit Riben keliling bakul ( caranya atas kreativiti sendiri)
2. Lilit Riben kat tangkai
3. Lekat kan riben kat tengah-tengah kiri kanan bakul

 Letakkan bunga di tangkat bakul sebelah kiri dan kanan

Adjustkan kedudukan bunga mengikut kreativiti supaya kelihatan menarik

Tadaaa....dah siap pun 
(barangan adalah gambar hiasan semata-mata)

Bakul gubahan ini bukan hantaran aku ok..hikhikhik.....saje untuk tutorial..Bakul ni aku nak letak bunga telur/gula2 je..saje je gedix lebih..hahaha


June 25, 2011

Beg Duit Kamu ada Ape?

Selamat Malam Semuaaaaaa......!!!!

Malam ni kita santai-santai je...Apa khabar Wallet/Purse korang? Kembung ke kempis? ehe...tak nak citer pasal tu..tapi apa yang ada dalam Wallet/Purse korang tu.. ?


Jom kongsi dengan Nurrstyle...Kita tengok apa yang korang ada.. Caranya mudah saja
  • Tulis Entry Pasal Wallet/Purse korang
  • Post kan link entry korang tu kat ruangan komen entry aku ni
  • Jangan lupa back link ke NURRSTYLE
Aku tak sediakan sebarang hadiah sebab ni bukan contest OK! Tapi secara tak langsung diharapkan dapat la menaikkan trafik blog kita semua ^_^ v

Jom Terjah Purse aku !!!

Takde la bersepah sangat pun..huhu....selalunya lagi teruk

Keluarkan satu-satu tengok apa yang ada

Resit-resit beli barang
Ni kira takde la banyak sangat..selalu lagi banyak...
Kalau dulu member aku selalu cakap aku ni suka sangat kumpul sampah sarap

Tiket Tren
Sejak aku bertukar ke Ofis aku sekarang ni aku kerap naik ketapi kalau nak balik kampung
Masa duk KL dulu naik kete je dengan adik aku atau "dia". Sekarang terpaksa la berdikari sikit..

Slip Bank

 Business Card

Macam-macam jenis Kad
Kad ATM je banyak tapi duitnye takde :p 

 Buku Akaun (Penting ni)

 Duit 
Yang ni wajib ada..paling kurang pun RM5

Tadaaaa!!!!!
Dah Kemas pun

Yang korang macam mana pulak? Jom la kongsi


May 25, 2011

Trend Kahwin Lambat

Assalamualaikum dan selamat malam semua


Kenapa tiba-tiba hari ini aku sentuh isu “Trend Kahwin Lambat” ? Sebab ni menjadi satu tajuk yang menarik perhatian bila aku selak-selak surat khabar hari ini. Sentap jugak la aku bila baca benda ni kat paper sebab aku pun belum kahwin lagi kan

Perangkaan menunjukkan 25 peratus daripada lelaki lelaki berusia 30-34 tahun belum berkahwin manakala 30 peratus wanita di antara umur 25-29 tahun masih bujang

Sumber : Utusan Malaysia 25/05/2011

Aku tersentap bukan sebab apa tapi terkejut sebab umur 25 tahun sudah dikatakan sudah lewat jika belum berkahwin. Pada aku umur 23-25 tahun adalah umur yang paling ideal untuk mendirikan rumahtangga. Penah ade kawan aku yang terpaksa berpisah dengan boyfriend die dengan alasan “Mak lelaki tak setuju sebab perempuan dah tua”. Masa tu kawan aku umur 25 tahun. Dah tua ke umur 25 tahun???? Antara impian aku pun adalah untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Agak-agak dapat tak aku realisasikan impian tu?

Aku rasa aku mungkin tak dapat nak realisasikan impian tu. Agak kecewa jugak la....

Antara sebab-sebab ramai yang kahwin lambat ialah :

• Masalah Kewangan

• Kerjaya

Pada pendapat aku 2 perkara ini adalah punca utama kepada masalah kahwin lambat. Duit tak cukup, ekonomi tak stabil macam mana nak kahwin. Paling kurang pun kena ada RM20k dalam tangan. Tu pun untuk kenduri je…belum masuk perbelanjaan yang lain. Kadang-kadang ada yang terpaksa berhutang dengan bank semata-mata untuk berkahwin.

Bagi yang mementingkan kerjaya dan juga workaholic tu pun 1 punca gak. Sebab takde masa nak cari pasangan. Yela keje dari pagi sampai malam..sehingga takde masa untuk bersosial. Tu belum lagi yang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi sebelum mendirikan rumahtangga. Mencapai impian dan cita-cita serta mendapatkan semua keperluan asas dan kehendak masing-masing sebelum berkahwin.

Punca-punca yang lain

• Serik sebab ada sejarah lampau

• Belum bersedia

• Terlalu memilih dan lain-lain lagi

Actually aku still lagi frust kot sebab tak dapat realisasikan impian aku…huhu..sabar je laa…mungkin ada hikmah. Kalau dulu aku penah cakap tak nak bila dah tua-tua baru nak ade anak tapi sekarang mungkin aku terpaksa terima hakikat itu…erm……..


April 16, 2011

Ada Apa Dengan Kad Kahwin?

Selamat Pagi semua...Hari sabtu yang ceria..Ada yang bekerja ada yang cuti. Mesti ada lagi yang tengah tidur. Bangun..Bangun! 

Erm...hari ni nak story sikit pasal KAD KAHWIN. Semalam aku terbaca satu artikel yang agak menarik kat PESONA PENGANTIN tentang isu kad kahwin atau pun undangan perkahwinan.



Sudah menjadi 1 trend di mana pasangan-pasangan pengantin sekarang, meletakkan gambar mereka di kad kahwin tersebut. Memang cantik...itu belum lagi termasuk yang kerawang-kerawang. Bagi yang lebih berkemampuan maka lebih mahal dan lebih cantik dan elegan lah kad kahwin mereka. Kad kahwin kadang-kadang adalah "1st Impression" untuk sesebuah majlis perkahwinan itu. Tapi ini bukan lah satu persoalan yang aku nak cerita kat entry ni.

Persoalannya, perlu ke pasangan pengantin meletakkan gambar mereka di kad kahwin mereka? Cuba fikirkan balik..Adakah kad kahwin mereka akan disimpan oleh orang yang dijemput? Aku rasa tak lah..ada ke orang nak simpan? Lastly kad kahwin yang cantik dengan gambar pasangan pengantin itu akan berada dalam tong sampah atau pun dipijak-pijak..Ish3x (Aku tak nak gambar aku dibuang-buang dan dipijak-pijak)
Korang nak??

Isu yang kedua adalah ayat Al-Quran

Cuba korang tengok sesetengah kad kahwin, ada yang dicetak dan diletakkan sepotong ayat Al-Quran. Memang bagus kerana menggunakan ayat Al-Quran tu tapi.....adakah mereka fikir wajar atau tidak meletakkan ayat itu di dalam sekeping kad? Wajar? Kenapa?? Supaya orang baca dan mendoakan pengantin? Cuba citer kat aku berapa kerat je orang yang baca? Masing-masing terus tengok kepada nama pengantin, tarikh majlis, kat mana diadakan majlis itu. Pastu dah habis majlis ke mana kad tu akan pergi? Ke TONG SAMPAH! Sepotong ayat Al-Quran dibuang ke dalam tong sampah. Tu belum lagi dipijak-pijak. Korang nak tanggung ke akibat tu? Bukan sekeping kad tau yang korang edarkan.. Ada yang mencecah 1000 kad. Macam mana tu?

Lepas aku dah baca artikal tu aku decided tak nak letak ayat Al-Quran atau pun gambar. Cukup la sekadar pantun atau puisi mungkin. Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan.

Untuk Renungan Bersama Bagi Pasangan Yang Akan berkahwin & Yang Sudah Berkahwin

Pernikahan Menyingkap Tabir Rahsia,
Isteri Yang Kamu Nikahi,
Tidaklah Semulia Khadijah,
Tidaklah Setaqwa Aisyah,
Pun Tidak Setabah Fatimah,

Justeru itu Isteri Hanyalah,
Wanita Akhir Zaman,
Yang Punya Cita-cita,
Menjadi Solehah, 

Perkahwinan ataupun Pernikahan,
Mengajar Kita Kewajipan Bersama.
Menginsafkan Kita Perlunya
Iman dan Taqwa,
Untuk Belajar Meniti
Sabar Dan Redha,
Kerana Memiliki Isteri
Yang Tidak Sehebat Mana.

Justeru itu Kamu Akan Tersentak Dari Alpa,
Kamu Bukanlah Rasullullah S.A.W,
Pun Bukanlah
Saidina Ali Karramallah Wajhah,
Cuma Seorang Suami Akhir Zaman,
Yang Berusaha Menjadi Soleh