Showing posts with label puisi kahwin. Show all posts
Showing posts with label puisi kahwin. Show all posts

April 16, 2011

Ada Apa Dengan Kad Kahwin?

Selamat Pagi semua...Hari sabtu yang ceria..Ada yang bekerja ada yang cuti. Mesti ada lagi yang tengah tidur. Bangun..Bangun! 

Erm...hari ni nak story sikit pasal KAD KAHWIN. Semalam aku terbaca satu artikel yang agak menarik kat PESONA PENGANTIN tentang isu kad kahwin atau pun undangan perkahwinan.



Sudah menjadi 1 trend di mana pasangan-pasangan pengantin sekarang, meletakkan gambar mereka di kad kahwin tersebut. Memang cantik...itu belum lagi termasuk yang kerawang-kerawang. Bagi yang lebih berkemampuan maka lebih mahal dan lebih cantik dan elegan lah kad kahwin mereka. Kad kahwin kadang-kadang adalah "1st Impression" untuk sesebuah majlis perkahwinan itu. Tapi ini bukan lah satu persoalan yang aku nak cerita kat entry ni.

Persoalannya, perlu ke pasangan pengantin meletakkan gambar mereka di kad kahwin mereka? Cuba fikirkan balik..Adakah kad kahwin mereka akan disimpan oleh orang yang dijemput? Aku rasa tak lah..ada ke orang nak simpan? Lastly kad kahwin yang cantik dengan gambar pasangan pengantin itu akan berada dalam tong sampah atau pun dipijak-pijak..Ish3x (Aku tak nak gambar aku dibuang-buang dan dipijak-pijak)
Korang nak??

Isu yang kedua adalah ayat Al-Quran

Cuba korang tengok sesetengah kad kahwin, ada yang dicetak dan diletakkan sepotong ayat Al-Quran. Memang bagus kerana menggunakan ayat Al-Quran tu tapi.....adakah mereka fikir wajar atau tidak meletakkan ayat itu di dalam sekeping kad? Wajar? Kenapa?? Supaya orang baca dan mendoakan pengantin? Cuba citer kat aku berapa kerat je orang yang baca? Masing-masing terus tengok kepada nama pengantin, tarikh majlis, kat mana diadakan majlis itu. Pastu dah habis majlis ke mana kad tu akan pergi? Ke TONG SAMPAH! Sepotong ayat Al-Quran dibuang ke dalam tong sampah. Tu belum lagi dipijak-pijak. Korang nak tanggung ke akibat tu? Bukan sekeping kad tau yang korang edarkan.. Ada yang mencecah 1000 kad. Macam mana tu?

Lepas aku dah baca artikal tu aku decided tak nak letak ayat Al-Quran atau pun gambar. Cukup la sekadar pantun atau puisi mungkin. Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan.

Untuk Renungan Bersama Bagi Pasangan Yang Akan berkahwin & Yang Sudah Berkahwin

Pernikahan Menyingkap Tabir Rahsia,
Isteri Yang Kamu Nikahi,
Tidaklah Semulia Khadijah,
Tidaklah Setaqwa Aisyah,
Pun Tidak Setabah Fatimah,

Justeru itu Isteri Hanyalah,
Wanita Akhir Zaman,
Yang Punya Cita-cita,
Menjadi Solehah, 

Perkahwinan ataupun Pernikahan,
Mengajar Kita Kewajipan Bersama.
Menginsafkan Kita Perlunya
Iman dan Taqwa,
Untuk Belajar Meniti
Sabar Dan Redha,
Kerana Memiliki Isteri
Yang Tidak Sehebat Mana.

Justeru itu Kamu Akan Tersentak Dari Alpa,
Kamu Bukanlah Rasullullah S.A.W,
Pun Bukanlah
Saidina Ali Karramallah Wajhah,
Cuma Seorang Suami Akhir Zaman,
Yang Berusaha Menjadi Soleh