August 23, 2011

MerdekaRaya

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Mesti ada yang tak sabar-sabar kan.. Macam aku, tak tau nak cakap ape lagi sebab belum pasti masa hari raya tu nanti aku On duty ke Off duty..
Tahun ni kita agak bertuah kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan serentak. Semoga kita menghayati kedua-duanya dengan penuh rasa syukur kepadaNya.
Peringatan dari aku untuk perantau-perantau yang balik kampung
  • Pastikan kenderaan korang dalam keadaan selamat
  • Pastikan rumah korang dalam keadaan selamat, bagitau jiran yang tak balik kampung supaya tengok2kan rumah korang. Kalau semua jiran balik, pegi ke balai polis yang berdekatan dan mintak dorang ronda kat kawasan umah korang
  • Memandu dengan berhati-hati dan cermat di jalan raya
  • Simpan nombor telefon balai polis daerah2 yang korang akan lalu masa balik kampung nanti. Sebagai persediaan jika berlaku apa2 kemungkinan
Yang ni laluan dari Kuala Lumpur ke Kelantan  
K.Lipis ( 093122222) --> Merapoh (099122222) --> Gua Musang (099121222) ---> K.Krai (099666222)

Pastikan sesiapa yang nak balik ke Kelantan sila ambil nombor telefon ni terutamanya di kawasan Kuala Lipis, Merapoh dan Gua Musang.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Buat Semua! Ampun Maaf dipinta jika ade aku wat salah secara tak sedar atau sedar kat luar atau kat dalam entry ni.. Peace No War ^_^v


2 berani bersuara:

Mr Swat said...

bila nak klik raya???

nurr said...

29hb baru balik