Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
August 15, 2012
August 23, 2011
MerdekaRaya
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Mesti ada yang tak sabar-sabar kan.. Macam aku, tak tau nak cakap ape lagi sebab belum pasti masa hari raya tu nanti aku On duty ke Off duty..
Tahun ni kita agak bertuah kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan serentak. Semoga kita menghayati kedua-duanya dengan penuh rasa syukur kepadaNya.
Peringatan dari aku untuk perantau-perantau yang balik kampung
- Pastikan kenderaan korang dalam keadaan selamat
- Pastikan rumah korang dalam keadaan selamat, bagitau jiran yang tak balik kampung supaya tengok2kan rumah korang. Kalau semua jiran balik, pegi ke balai polis yang berdekatan dan mintak dorang ronda kat kawasan umah korang
- Memandu dengan berhati-hati dan cermat di jalan raya
- Simpan nombor telefon balai polis daerah2 yang korang akan lalu masa balik kampung nanti. Sebagai persediaan jika berlaku apa2 kemungkinan
Yang ni laluan dari Kuala Lumpur ke Kelantan
K.Lipis ( 093122222) --> Merapoh (099122222) --> Gua Musang (099121222) ---> K.Krai (099666222)
Pastikan sesiapa yang nak balik ke Kelantan sila ambil nombor telefon ni terutamanya di kawasan Kuala Lipis, Merapoh dan Gua Musang.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Buat Semua! Ampun Maaf dipinta jika ade aku wat salah secara tak sedar atau sedar kat luar atau kat dalam entry ni.. Peace No War ^_^v
August 17, 2011
Kad Raya Oh Kad Raya
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua
Macam mana puasa? OK? Jangan ada yang ponteng ye..
Di pagi yang hening ditemani lagu-lagu ni netbook dan radio yang terpasang kuat oleh rakan setugas (Mana 1 nak dengar tak tau), aku nak citer pasal kad raya..
taun ni aku x design kad raya pasal x sempat..so, aku "culik" je kat google
Kalau dulu time raya je tak sah kalau takde kad raya...kan?Kiranya tak lengkap hari raya tanpa kad raya. Sekarang korang dapat lagi tak kad raya? Susah kan nak dapat sekarang ni..Kalau dapat mesti excited sangat. Sekarang ni orang lebih prefer sms, kad raya digital, email tapi bagi aku feel dia tak sama macam yang kad raya yang posmen hantar tu. Kalau dapat je kad raya mesti kita tertanya-tanya siapa yang hantar..
Ingat lagi masa zaman sekolah dulu suka sangat beli kad raya yang kartun-kartun..Bila hari last sebelum cuti raya, letak kad raya tu kat bawah meja atau kat atas katil kawan-kawan. Aku ngan kawan-kawan saling bertukar-tukar kad raya...Tulis macam tak penah jumpa padahal hari-hari jumpa...haha...rasa macam kelakar je tapi itulah kenangan..Sekarang mana nak ada kan...
Aku penah jugak dapat kad raya besarrrrr punyeeee! Siap pos laju lagi...hehe...malu aku orang datang hantar kat umah padahal kat raya je. Punya lah orang tu hantar sebab takut benda penting kan...hehe..sabar je lah...
Aku rasa tahun ni aku nak mengembalikan balik kemeriahan kad raya...hehe...esok nak beli kad raya laa...hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)



