August 13, 2011

Larangan Penggunaan Pembesar Suara Pada Waktu Subuh?


Assalamualaikum dan Selamat Malam semua

Mungkin ada yang telah mendengar berita ini tadi. Isu ini pernah menjadi isu suatu masa dulu tapi tak sangka pula sampai keluar 1 pekeliling larangan untuk masjid-masjid dan surau-surau di Pulau Pinang.

Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid

Mula-mula aku agak melenting juga la bila tengok pasal isu ni berita TV Al-Hijrah tadi..Tapi bila diterangkan semula oleh seorang sahabat ni baru la aku faham. Terima Kasih Sahabat!

Ketika Nabi Muhammad s.a.w (beribadah dalam masjid) baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi Muhammad s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih) 

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah atau menyakiti orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun tidak dibenarkan untuk mengangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka. Mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga mengganggu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecik, orang sakit dan seumpamanya.

Atau contoh yang lebih mudah difahami, kalau korang semua tengah solat kat masjid lepas tu sahabat di sebelah anda membaca bacaan solat dengan agak kuat. Ini akan membuatkan kita terganggu dan tak dapat tumpukan perhatian untuk solat. Betul?

Di sini ada lagi berkenaan isu ini
VIDEO <---Tengok yang ni dulu, baru tengok yang ni ---> BERITA SEMASA



0 berani bersuara: