Sebelum tu bersihkan fikiran korang semua dan jangan fikir yang bukan-bukan. Kat sini aku bukan nak bagitau aku nak jadi bini no. 2,3 @ 4…Korang silap! Bukan! Tak nak la aku…tak pernah terlintas difikiran aku.
Statistik sekarang ramai perempuan daripada lelaki kan? Betul tak? Tak tahu? Betul! Serius ok. Aritu aku ada baca surat khabar perempuan yang berumur 18-30 tahun sekarang sanggup jika menjadi isteri ke 2,3@4. Bukan sikit tau peratusan tu..hampir 90%.
Isteri-isteri kat luar sana jaga-jaga!
Diorang sanggup berkahwin dengan suami orang sebabnya:
• Matang
• Ekonomi stabil
Oh tidak! Aku tak nak hidup bermadu atau dimadukan ( macam lah aku dah ada laki kan ). Ehem-ehem..dah kahwin ke belum aku kena fikir gak..risau la kot-kot nanti ada plak orang ke-3. Actually bila sampai tahap ni aku jadi risau dan takut nak kahwin..Pulak dah!
Aku sebenarnya tak suka nak share apa yang jadi hak aku..tak kira la apa pun kan. Ni plak kalau suami…MEMANG TAK LAH! Contoh kan..ni contoh tau…jangan pulak ada lelaki kat luar sana yang sentap sebab perbandingan ni..ehe.. Korang share tak berus gigi korang? Korang share tak underware korang? Cuba bagitahu kat aku sape yang share… Aku sangat pentingkan hak peribadi aku. Jangan pulak korang cakap aku tolak poligami..bukan…! Aku cuma seorang perempuan yang tak mahu berkongsi!
Ni yang aku selalu bagitau…1 syarat untuk yang nak jadi suami aku
Selagi aku belum mati dan aku mampu tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri, si suami tak boleh kahwin lain.
Andai aku sakit atau tak dapat memberikan zuriat @ keturunan kepada suami aku, cari lah wanita yang lebih baik daripada aku dan kahwini lah wanita itu. Tapi lepaskan aku secara baik walaupun hati masih kasih dan sayang kerana aku tak mampu untuk menahan diri aku daripada perasaan cemburu dan iri hati. Aku tak mahu dengan perasaan itu aku akan menjadi isteri yang derhaka.
( Memang pasrah giler kata-kata ni…Hati tak payah nak cakap laa….jadi debu-debu la kalau benda ni berlaku kat aku. Doa kat tuhan agar mintak dijauhkan semua benda ni )
Dan tak sangka pulak aku kata-kata aku tu pun ade pulak dalam skrip citer “ Bila cinta bertasbih” kat TV Al-Hijrah @Astro. Syarat yang dikenakan untuk orang yang datang meminang sorang perempuan dalam citer tu. Takde sebijik sama tapi sipi-sipi dan ada sambung skrip ni sikit
"Saya hanya ingin seperti fatimah puteri nabi yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Sayiddina Ali bin Abi Talib suaminya..Saya ingin seperti siti Khodijah yang selama berumah tangga dengan rasulullah S.A.W. juga tidak pernah dimadu.."
Orang lelaki selalu cakap nanti akan dapat “Payung Emas”. Payung emas tu akan dapat bila seorang isteri tiada sekelumit pun perasaan cemburu atau iri hati terhadap isteri suaminya yang lain. Ada ke perempuan macam tu? Kalau ada pun 1 dalam sejuta. Kaum perempuan juga hanya manusia biasa..punya hati dan perasaan…sejauh mana pun mereka cuba menahan tapi sekelumit perasaan itu tetap ada..Mungkin ada lelaki yang tak tahu dan tak selami betul-betul hati isterinya. Hati perempuan itu akan tetap menangis dan terguris tapi dia tetap tabah. Itulah seorang yang bernama wanita ( Nape aku tetiba emo ni? )
Oh! Jari-jemari ku please stop…jangan tekan huruf-huruf di keyboard lagi. Nanti lagi panjang aku duk tulis entry ni.. STOP!!
8 berani bersuara:
lama dh systemaut tak jenguk blog put nur nih...
singgah la selalu
lps bce entry nurr rse mcm kne kawen skrg gak. tkot nk jd istri ke 2, 3, 4.. nnt org kte perampas.. haha..
Miawawa: hahaha..kalau bkn kita yg perampas, takut org lain je yg rmpas...takut r nak kawen skang -_-"
"....Aisyah yang tidak dimadukan oleh Saidina Ali "
Aisyah bukan isteri Rasulullah ke? isteri Saidina Ali kan Fatimah? Anak Rasulullah?
edited...citer tu yg salah info...
eh semalam kan terbaca lain dlm blog nie...
btw nie dialog yang betul dlm KCB...masa Anna cakap sebelum berkahwin
"Saya hanya ingin seperti fatimah puteri nabi yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Sayiddina Ali bin Abi Talib suaminya..
Saya ingin seperti siti Khodijah yang selama berumah tangga dengan rasulullah S.A.W. juga tidak pernah dimadu.."
rasanya sebelum nie awak tersalah bagi tahu... ---> selak KCB waktu Anna menerima lamaran dari Fadhil... :)
A'a la..tertukar Aisyah dengan fatimah... sy kopi pes letak balik dlm entry ye
Post a Comment