Showing posts with label madu. Show all posts
Showing posts with label madu. Show all posts

June 23, 2013

Tips Bagaimana hilangkan kulit kusam dan Berjerawat?


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua

hari ni nurr nak hilangkan tips bagaimana untuk hilangkan kulit kusam dan berjerawat. Apa perasaan korang semua bila muka tetiba ditumbuhi toing toing toing jururawat jerawat yang besar-besar akibat daripada salah guna produk?? Stress giler kan? Nurr aritu penah salah gune salah satu produk skin care..tetiba kuar plak kat paper produk tu mengandungi racun..ohhhhh ::pengsan::

stress sangat2..nurr penah tempek foundation yang korea tuhhh...alahhh lupe lak nama ape...tapi bekas kaler coklat nk oren gitu..yang ala-ala mekap artis tuuu....hahhhh amek ko! gara-gara nak tutup jerawat & parut, jerawat tu makin naik dengan rancaknya!! stress gilerr!!


Lepas tu nurr sabar / buat hati kering dan guna la 1 produk ni...mula2 beli 1 je..tu pon share ngn member..bukan apa takut tak jadi ke kan. Kena testing dulu! Alhamdulillah berkat kesabaran dan penggunaan secara konsisten..jerawat dan parut kat muka nurr makin kurang dan kulit pun makin lembut dan licin. takde lagi kulit kusam ^___^

Mana nak beli? PM je kat sini --> FB Pages atau Personal FB

Apa yang penting ialah penggunaan yang konsisten, cuci muka 3x sehari, banyakkan minum air masak dan rehatkan kulit muka daripada pakai apa-apa krim selama seminggu/2 minggu (supaya kulit muka bebas daripada bahan kimia)

***nanti nurr share kan pic kulit nurr ok tapi yang berjerawat tu tak snap pon sbb jerawat kan..buat ape nak snap kan..kan..kan

Yang paling best nya bila aunty nurr yang mula2 beli 1 ketul nak testing tetiba pm kt fb nk 2 ketul lagi sebab menjadi katanya...die siap buat mandi lagi..kulit kaki dh cerah katanya..Alhamdulillah


ni la sabun yang nurr guna tu
SABUN VITAMIN A, C & E
 
 
 
HARGA 1 KETUL RM39 SHJ!
2 KETUL = RM75
 
FREE POSTAGE YE KAWAN2
 

Kat bawah ni antara testimoni pengguna sabun vitamin ACE









June 17, 2011

Bini No.2,3@4?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua


Sebelum tu bersihkan fikiran korang semua dan jangan fikir yang bukan-bukan. Kat sini aku bukan nak bagitau aku nak jadi bini no. 2,3 @ 4…Korang silap! Bukan! Tak nak la aku…tak pernah terlintas difikiran aku.

Statistik sekarang ramai perempuan daripada lelaki kan? Betul tak? Tak tahu? Betul! Serius ok. Aritu aku ada baca surat khabar perempuan yang berumur 18-30 tahun sekarang sanggup jika menjadi isteri ke 2,3@4. Bukan sikit tau peratusan tu..hampir 90%.

Isteri-isteri kat luar sana jaga-jaga!

Diorang sanggup berkahwin dengan suami orang sebabnya:

• Matang

• Ekonomi stabil

Oh tidak! Aku tak nak hidup bermadu atau dimadukan ( macam lah aku dah ada laki kan ). Ehem-ehem..dah kahwin ke belum aku kena fikir gak..risau la kot-kot nanti ada plak orang ke-3. Actually bila sampai tahap ni aku jadi risau dan takut nak kahwin..Pulak dah!

Aku sebenarnya tak suka nak share apa yang jadi hak aku..tak kira la apa pun kan. Ni plak kalau suami…MEMANG TAK LAH! Contoh kan..ni contoh tau…jangan pulak ada lelaki kat luar sana yang sentap sebab perbandingan ni..ehe.. Korang share tak berus gigi korang? Korang share tak underware korang? Cuba bagitahu kat aku sape yang share… Aku sangat pentingkan hak peribadi aku. Jangan pulak korang cakap aku tolak poligami..bukan…! Aku cuma seorang perempuan yang tak mahu berkongsi!

Ni yang aku selalu bagitau…1 syarat untuk yang nak jadi suami aku

Selagi aku belum mati dan aku mampu tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri, si suami tak boleh kahwin lain.
Andai aku sakit atau tak dapat memberikan zuriat @ keturunan kepada suami aku, cari lah wanita yang lebih baik daripada aku dan kahwini lah wanita itu. Tapi lepaskan aku secara baik walaupun hati masih kasih dan sayang kerana aku tak mampu untuk menahan diri aku daripada perasaan cemburu dan iri hati. Aku tak mahu dengan perasaan itu aku akan menjadi isteri yang derhaka.

( Memang pasrah giler kata-kata ni…Hati tak payah nak cakap laa….jadi debu-debu la kalau benda ni berlaku kat aku. Doa kat tuhan agar mintak dijauhkan semua benda ni )



Dan tak sangka pulak aku kata-kata aku tu pun ade pulak dalam skrip citer “ Bila cinta bertasbih” kat TV Al-Hijrah @Astro. Syarat yang dikenakan untuk orang yang datang meminang sorang perempuan dalam citer tu. Takde sebijik sama tapi sipi-sipi dan ada sambung skrip ni sikit

"Saya hanya ingin seperti fatimah puteri nabi yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Sayiddina Ali bin Abi Talib suaminya..Saya ingin seperti siti Khodijah yang selama berumah tangga dengan rasulullah S.A.W. juga tidak pernah dimadu.."

Orang lelaki selalu cakap nanti akan dapat “Payung Emas”. Payung emas tu akan dapat bila seorang isteri tiada sekelumit pun perasaan cemburu atau iri hati terhadap isteri suaminya yang lain. Ada ke perempuan macam tu? Kalau ada pun 1 dalam sejuta. Kaum perempuan juga hanya manusia biasa..punya hati dan perasaan…sejauh mana pun mereka cuba menahan tapi sekelumit perasaan itu tetap ada..Mungkin ada lelaki yang tak tahu dan tak selami betul-betul hati isterinya. Hati perempuan itu akan tetap menangis dan terguris tapi dia tetap tabah. Itulah seorang yang bernama wanita ( Nape aku tetiba emo ni? )

Oh! Jari-jemari ku please stop…jangan tekan huruf-huruf di keyboard lagi. Nanti lagi panjang aku duk tulis entry ni.. STOP!!