May 25, 2011

Trend Kahwin Lambat

Assalamualaikum dan selamat malam semua


Kenapa tiba-tiba hari ini aku sentuh isu “Trend Kahwin Lambat” ? Sebab ni menjadi satu tajuk yang menarik perhatian bila aku selak-selak surat khabar hari ini. Sentap jugak la aku bila baca benda ni kat paper sebab aku pun belum kahwin lagi kan

Perangkaan menunjukkan 25 peratus daripada lelaki lelaki berusia 30-34 tahun belum berkahwin manakala 30 peratus wanita di antara umur 25-29 tahun masih bujang

Sumber : Utusan Malaysia 25/05/2011

Aku tersentap bukan sebab apa tapi terkejut sebab umur 25 tahun sudah dikatakan sudah lewat jika belum berkahwin. Pada aku umur 23-25 tahun adalah umur yang paling ideal untuk mendirikan rumahtangga. Penah ade kawan aku yang terpaksa berpisah dengan boyfriend die dengan alasan “Mak lelaki tak setuju sebab perempuan dah tua”. Masa tu kawan aku umur 25 tahun. Dah tua ke umur 25 tahun???? Antara impian aku pun adalah untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Agak-agak dapat tak aku realisasikan impian tu?

Aku rasa aku mungkin tak dapat nak realisasikan impian tu. Agak kecewa jugak la....

Antara sebab-sebab ramai yang kahwin lambat ialah :

• Masalah Kewangan

• Kerjaya

Pada pendapat aku 2 perkara ini adalah punca utama kepada masalah kahwin lambat. Duit tak cukup, ekonomi tak stabil macam mana nak kahwin. Paling kurang pun kena ada RM20k dalam tangan. Tu pun untuk kenduri je…belum masuk perbelanjaan yang lain. Kadang-kadang ada yang terpaksa berhutang dengan bank semata-mata untuk berkahwin.

Bagi yang mementingkan kerjaya dan juga workaholic tu pun 1 punca gak. Sebab takde masa nak cari pasangan. Yela keje dari pagi sampai malam..sehingga takde masa untuk bersosial. Tu belum lagi yang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi sebelum mendirikan rumahtangga. Mencapai impian dan cita-cita serta mendapatkan semua keperluan asas dan kehendak masing-masing sebelum berkahwin.

Punca-punca yang lain

• Serik sebab ada sejarah lampau

• Belum bersedia

• Terlalu memilih dan lain-lain lagi

Actually aku still lagi frust kot sebab tak dapat realisasikan impian aku…huhu..sabar je laa…mungkin ada hikmah. Kalau dulu aku penah cakap tak nak bila dah tua-tua baru nak ade anak tapi sekarang mungkin aku terpaksa terima hakikat itu…erm……..


5 berani bersuara:

Nava Krishnan said...

Everyone is chasing career and the money that comes with it.

aku yang tak femes said...

takde ke berita pasal
"TREND BERCERAI PADA USIA MUDA?"

ekekeke

-komen provoke-

okey...aku kalau komen tak macam entri, tak berseri la blog ko kan?

skrang ni kahwin lambat tu bukanlah terikut ngan trend. salah satu sebab, mungkin orang takut nak kawin muda2 ni pasal zaman skrang ni banyak sangat kes2 peceraian dan keganasan rumahtangga yang berlaku dikalangan pasangan yang masih muda jugak. senang cakap :

kawin muda + dalam keadaan tak bersedia (dr segi mental, rohani & ekonomi) = bercerai pada usia muda...

umur baya2 kita ni dahh pegi panjat tangga mahkamah, dah jadi single mother / single father.... aku ade member2 yang muda2 dah jadi janda / duda...umur lingkungan 25-30 tahun.... diorang ni kebanyakannya kawin sebelum 25 tahun...

orang zaman skrang ni lambat matang, tak macam zaman tok nenek kita dulu, umur belasan tahun dah expert kat dapur, dah expert jadi imam, bilal... budak2 skrang ni expert part nak make love je, part lain hampasss... cemana nak kawin muda camtu?

lagipun tak semua orang bersedia nak bersusah sedikit bila kawin muda2... biasa la, baru kawin mana ade duit sangat. lagi2 kalau masih blajar tapi dah kawin, takde harta... memang kelam kabut sikit lah. bole stress dan bawak gado kalau tak kuat....

dan zaman skrang pun banyak sangat faktor2 luaran yang menjerumuskan ke arah keruntuhan rumahtangga, termasuklah FB... (tetiba FB gak disalahkan)

jadi bg aku...sebagai persiapan untuk masa depan, kena amik masa sebelum betul2 bersedia nak kahwin.

nurr said...

@ nava krishnan : Yezzaaaa! that's right. No career, no money

@ AKTF: komen entri ko dialu2kan..haha...
Yup betul org sekarang fikiran x matang..ape sebab dorg sume kawen awal? nak seronok? cinta?

Sangat berisiko kalau kawen kawen awal nak2 yang baru abes studi atau yg lom abes studi dh nak kawen. Tapi macam mn kes macam kawan aku tu? Mak si lelaki tak setuju dgn alasan perempuan dh umo 25 tahun..dh tua..sadis kan..

Kawen lambat bg lelaki aku tak kisah sgt kot. Kalau perempuan kawen lambat tak elok gak sbb nanti nak pregnant takut lambat. Kalau kawen trus pregnant xpe..

Ni dah tua2 anak baru kecik2..tu yg jd kesan kpd pembangunan negara. Kata menteri pembangunan wanita..ehe

aku yang tak femes said...

kawan ko yang umur 25 tu, bf dia umur berapa?

part biological clock tu aku setuju. ada beberapa keluhan ibu2 yang ada anak kecik semasa umur dah lewat 30an - nak masuk 40an, diorang cakap penatnyaaaaa...... so diorang cakap kat aku, kawin cepat, beranak cepat, muda2 bela budak kecik tak rasa letih sangat....

tau je la budak2 skarang ni aktif cemana. terlebih zat kekdahnya...

nurr said...

Bf die umo 24..beza umo setahun jew..

A'a dak2 skang aktif tu 1 hal..yg lain agak x best la bila dah tua anak masih kecik lg..mcm member adik aku..umo kwn die dkt 40 dh kot..anak2 ade 2..tu pun kecik2 lg..baru skolah rendah..kita kalau dh tua2 nt nak rehat2 dah..tengok anak2 masuk U, kwen..