May 26, 2011

Trend kahwin Muda

Assalamualaikum dan selamat malam semua
Semalam aku post entry pasal isu “Trend kahwin lambat” tapi hari ni aku post isu “Trend Kahwin Muda”

Alhamdulillah dah Berjaya menghadiri kursus kahwin pada 24 dan 25hb yang lepas. Actually belum nak kahwin lagi pun..kui3x… Kawan aku yang tolong daftarkan sekali dengan dia. Yuran standard harga iaitu RM70 sahaja.

Mula-mula ingat nak attend kat KL je tapi dah alang-alang keje kat sini. So, amek je la kat sini. Tapi agak kesian dengan kawan aku tu sebab tak berapa paham loghat negeri Kelantan…hehehe…Terpaksa la aku menjadi translator walaupun ada jugak sesetengah perkara aku sendiri tak tahu macam mana nak explain..huhu..maap ye!

Peserta yang attend kursus tu semua muda-muda..Rasa macam tengah duk dengar ceramah agama kat sekolah je. Aku agak terkejut jugak la bila ada peserta yang berusia seawal 14 tahun. Kalau nak kira kan baru form 2. Macam mana dia boleh terfikir nak kahwin. Kalau aku time tu sibuk duk fikir pasal belajar,cita-cita dan impian. Ish3x

Peserta sebelah aku pulak baru umur 16 tahun. Aku pun borak-borak la dengan dia



Aku rasa agak berisiko untuk kahwin terlalu awal macam tu. Ceteknya pemikiran anak-anak muda zaman sekarang. Ish3x…Umur macam tu sepatutnya masih dibangku sekolah dan mengejar cita-cita serta mencorak masa depan..Kenapa aku cakap macam tu? Sebab:

• Pemikiran belum matang

• Ekonomi belum stabil

• Penuh dengan dugaan

• Takde back up (sijil SPM dan ke atas xde nak cari keje lebih bagus)

• Risiko penceraian

So, bagi aku takde istilah trend kahwin lambat atau kahwin cepat. Ianya bergantung kepada individu masing-masing. Ada yang kahwin cepat dan ada yang kahwin lambat..

9 berani bersuara:

~eRna daRL!ng~ said...

kalo kawin muda kena pasangan yang matang ok la kan...ape2 pun nk mendirikan umah tangga ni kena bersedia nk pikul tanggungjawab ....mak sy kata "kakak kawin tu seronoknye kejap je..byk masalah kena pikul kalo tk kena gayanya "

nurr said...

yup! betul..kalau kawen dgn pasangan yg matang takpe. At least ade yg akan guide..

Kalau kawen dgn yg sama2 x matang tu yg susah. Bila dh ade masalah mula lah mcm2 hal akan jadi.

aku yang tak femes said...

komen aku tak refer pada semua...
pada pendapat aku, kalau yang kawin muda sama muda ni, diorang pikir nak sonot dan bebas nak buat pape...

yerla, kang merendek sampai tengah malam, kena tangkap lak. kalau dah kawin, takde hal.... wooo, adik2 jgn pikir macam tu yer...

ada sorang kakak ni pernah kata "kawin ni sonot time kat katil je, turun je katil, ko dah kena pikir macam2...."

dan sonot kat katil tu kekadang tak selalunya sonot, kekadang bosan jugak.

bila dah bosan tu... mule la nampak yang slack je, yang buruk2 je...jadi kat situ lah gunanya ilmu rumahtangga yang berpandukan agama... jadi kalau nak kawin tu, sila betulkan niat. bukan nak kawin sebab konon2 "nak elak maksiat".

bile aku pikir pasal kawin kan, aku dah terbayang :
masak, iron baju, basuh baju, lipat baju, kemas rumah, mop lantai, sapu2, lap tingkap, basuh jamban, masak, pegi beli barang dapo, layan anak, anak nangis, anak sakit, anak meragam, bangun malam wat susu anak, salin pempes, layan makan minum laki, servis laki, tengah sibuk2 tu pun nak kena jaga badan utk laki, nak melawa untuk laki, serabai2 kang laki tak selera lak....kang mentua datang, nak kena layan diorang, kang anak dah sekolah, pikir yuran skolah, pikir barang2 dia bla bla bla tulis sampai tahun depan pun tak habis!

aku yang tak femes said...

ooohh ye, lepas aku tulis keje2 yang isteri kena buat lepas kawin tu, baru teringat, ade jugak yang MALAS NAK KAWIN / KAWIN LEWAT sebab malas nak pikir komitment iaitu tanggungjawab suami / isteri. yerla, kalau single, lantak la nak wat ape2 kan....

oleh itu, marilah kite kumpul duit, bole amik maid filipin mari. tak mo made in indon, tak cung...

ps : mase aku gi kursus hari tu pun, aku rase aku ngan bf aku dah tuaaa sangat. sebab keliling kitorang ramai adik2 yang memang dah nak kawin (skrang mesti dah kawin la - tah2 dah muncet pun). kitorang je poyo2 gi kursus awal2....tapi kursus kawin ko murah ek, aku kena rm120 sorang.

titan said...

kawin muda ni lagi bagus. Lagi tambah semangat nak buat kerja.. :)

nurr said...

AKTF : aku pun ade pk gak yg kwen awal2 ni sebab nk sonot tp aku x mention kt entry aku takut nt ade lak yg sentap. Ape yg ko cakap tu aku sokong 100%.

Kawen ni bukan setakat nak sonot je tapi tanggungjawab tu besar. Sume mende nk kena pk..

Kalau yg kawen muda2 sebab niat nak tutttt memang dah salah la.. Mula2 time hanimun memang la sonot tapi bila dah lame2 mesti bosan. Nak2 kalau yg awal2 lagi niat tak betul..

Pasal kes nk kwen awal sebab tak nak buat maksiat patut ke tak? Aritu member aku ade tanya aku "perasan x ade sorg p'puan perot muncit..pastu mcm duk kaber2 perut". Aku tatau la dak tu peknen ke ape..Wallualam

Yang penting kawen kena ikhlas, niat kena betul. Sebab ibadah..nak tambahkan umat..setuju x?

Unknown said...

kawen mude tp tak besar kepala xpe..

butik pengantin said...

Sepatutnya khusus kahwin kena wajibkan setiap 5 tahun sekali.baru kadar penceraian tidak tinggi sangat.

nurr said...

Selalu org yg pegi kursus kwen sbb nk sijil utk kawen je..tp ade jugak yg dtg sbb nk refresh balik ilmu2 pasal kwen..yg jenis mcm ni mmg jarang nak jumpe