Showing posts with label trend kahwin muda. Show all posts
Showing posts with label trend kahwin muda. Show all posts

May 26, 2011

Trend kahwin Muda

Assalamualaikum dan selamat malam semua
Semalam aku post entry pasal isu “Trend kahwin lambat” tapi hari ni aku post isu “Trend Kahwin Muda”

Alhamdulillah dah Berjaya menghadiri kursus kahwin pada 24 dan 25hb yang lepas. Actually belum nak kahwin lagi pun..kui3x… Kawan aku yang tolong daftarkan sekali dengan dia. Yuran standard harga iaitu RM70 sahaja.

Mula-mula ingat nak attend kat KL je tapi dah alang-alang keje kat sini. So, amek je la kat sini. Tapi agak kesian dengan kawan aku tu sebab tak berapa paham loghat negeri Kelantan…hehehe…Terpaksa la aku menjadi translator walaupun ada jugak sesetengah perkara aku sendiri tak tahu macam mana nak explain..huhu..maap ye!

Peserta yang attend kursus tu semua muda-muda..Rasa macam tengah duk dengar ceramah agama kat sekolah je. Aku agak terkejut jugak la bila ada peserta yang berusia seawal 14 tahun. Kalau nak kira kan baru form 2. Macam mana dia boleh terfikir nak kahwin. Kalau aku time tu sibuk duk fikir pasal belajar,cita-cita dan impian. Ish3x

Peserta sebelah aku pulak baru umur 16 tahun. Aku pun borak-borak la dengan dia



Aku rasa agak berisiko untuk kahwin terlalu awal macam tu. Ceteknya pemikiran anak-anak muda zaman sekarang. Ish3x…Umur macam tu sepatutnya masih dibangku sekolah dan mengejar cita-cita serta mencorak masa depan..Kenapa aku cakap macam tu? Sebab:

• Pemikiran belum matang

• Ekonomi belum stabil

• Penuh dengan dugaan

• Takde back up (sijil SPM dan ke atas xde nak cari keje lebih bagus)

• Risiko penceraian

So, bagi aku takde istilah trend kahwin lambat atau kahwin cepat. Ianya bergantung kepada individu masing-masing. Ada yang kahwin cepat dan ada yang kahwin lambat..