Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca
Hari ni nurr nak sharing pasal rambut nipis dan keguguran rambut.
Bila semua pasal rambut nipis, gugur mesti risau sangat-sangat.. Yelah rambut tu mahkota kita. Sebab apa disebut mahkota sebab dia terletak kat paling atas dan tak tersembunyi.
Nurr pernah melalui fasa rambut nipis sehingga nampak kulit kepala. Scary kan? Hakikatnya begitulah... Tetapi itu duluuu.....
Dulu nurr ingatkan rambut nurr nipis ni memang sejak azali lagi. Bila orang tanya mesti cakap sejak kecil memang rambut nipis..jenis rambut halus. Kadang-kadang memang rasa down jugak laa... Pernah masa belajar housemate nurr siap sentuh lagi kepala nurr sambil cakap " Eee...nampak kulit kepala ". Korang rasa? Sabar je lah..
Sampailah bila dah kerja, rasa terdetik nak pegi jumpa pakar rambut. Nurr pegi Yxx Nxx Hair Care di The Curve minta kawan temankan.. Rawatan percuma 1x. Masa tu la dia scan kulit kepala nurr. Tengok apa sebenarnya masalah. Korang tau tak, memang teruk sangat2! Apa yang teruk? Setiap 1 liang roma rambut nurr cuma ada 1 rambut sahaja. Korang bayangkan kalau rambut tu tercabut, maknanya dah takde dah rambut lain. OMG!! Itu tidak normal kata pakar berkenaan. Biasanya rambut yang normal dan sihat akan ada 3-4 rambut dalam 1 liang roma rambut tu.
Jadi apa yang nurr buat? Teruskan rawatan kat situ ke? Tak mampu uolssss T___T
Gaji nak makan pun tak cukup. Dia minta bayar cash RM2600 atau kredit kad. Masa tu tak tahu macam mana nak tolak. Yelah gaji kerani lepas grad sekitar taon 2008 dalam lingkungan RM800 sahaja. Korang rasa? Macam-macam alasan bagi kat konsultan tu. Dia pun macam memaksa walaupun dah cakap tak nak tak nak. At the End, berjaya keluar dari pusat itu tanpa teruskan rawatan. Tetapi tidak berjaya merawat rambut.
Panjang pulak entry ni... soriii*******
Ada 2 ilmu dan info yang nurr dapat semasa berjumpa pakar rambut.
1. Gunakan shampoo yang betul
Semasa tuang shampoo atas tangan dan kalau rasa panas, JANGAN GUNA shampoo tu. Buang terus! Siap konsultan tu pesan " Balik rumah ni buang semua shampoo u ". Kalau rasa sejuk, maksudnya tu Shampoo yang sesuai.
Shampoo yang kita guna selepas bershampoo kita rasa rambut kering sebenarnya itu shampoo yang baik. Kerana betul-betul telah bersihkan rambut. Lepas tu baru pakai pelembap tapi make sure jangan sampai ke kulit kepala. Ramai yang salah anggap shampoo yang digunakan itu tidak sesuai jika rambut rasa kering selepas bershampoo.
2. Shampoo rambut setiap hari
" Bila you shampoo rambut? "
Ni soalan cepu emas yang ditanya tapi teragak-agak nak jawab. Nurr bagitahu 2-3x seminggu.. Siap kena marah dengan konsultan tu. " Kalau kita sabun badan kita setiap hari, kenapa rambut kita cuma shampoo 2-3x seminggu?! Muka pun kita cuci setiap hari " Errr T____T.
Rambut kena shampoo setiap hari lebih-lebih lagi kalau kulit kepala berminyak. Dia cakap lagi setiap hari rambut kulit kepala terdedah dengan kotoran ( kalau freehair ), kulit kepala berpeluh dan berminyak ( bagi yang bertudung ). Bila kulit kepala kita tidak sihat, ini yang menyebabkan akar rambut kita tidak sihat dan lemah.
Sebabkan tak mampu nak buat rawatan tu, nurr buat rawatan alternatif.
Nak tahu apa rawatan alternatif tu? Tunggu PART 2 ye! Hahahaha.....Penat jari duk ketuk keyboard
Part-2 <--- br="" updated="">
--->
May 22, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 berani bersuara:
Post a Comment