May 30, 2011

SPAMMING! PERLU KE??

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Semalam Tengah lepak-lepak kt satu group blogger kat Fesbuk tetiba ada sorang blogger ni sibuk duk post entry blog dia. Tak kisah la…memang group tu dibuat untuk blogger-blogger ping entry blog dorang. Tapi yang menjadi masalahnya bila blogger ni menjadi rakus,tamak,gila kuasa dan sebagainya la..Dia post entry yang sama banyak-banyak kali dan aku rasa ianya mengganggu.



Then, ada seorang blogger muda telah menegur blogger yang agak berumur tu dengan sopan. Tapi blogger tu tak dapat terima. Maka mula lah aksi bergaduh. Agak memalukan bila blogger yang berumur t terus melatah dan bermacam perkataan yang keluar seperti bodoh, tak sekolah dan macam-macam lagi. Blogger muda itu masih lagi cool dan dengan sopan menjawab. Persoalannya di sini siapa yang bodoh?

Aku rasa blogger yang berumur itu perlu berfikiran positif dan mengambil tindakan samada delete apa yang telah dipost dan tinggalkan 1 link je atau meminta maaf kepada blogger di sana. Tak perlu lah melatah kerana ia akan menunjukkan bahawa blogger yang berusia itu lebih “bodoh” dari blogger muda yang dikatakan kurang pandai dan tidak sekolah.

Pada aku, spamming tidak perlu kerana:
  • ·         Mengganggu / irritating
  • ·         Tak hormat blogger-blogger lain
  • ·         Blogger lain tak buta la sampai tak nampak apa yang korang post. So, tak payah la post banyak-banyak kali sampai jadi spamming

So, korang-korang kat luar sana jangan la buat spam. Korang kena fikir la macam mana kalau orang buat spam kat korang pulak. Mengganggu bukan? Sekurang-kurangnya hormat la kat blogger-blogger yang lain. Dan lagi satu, setiap web group blogger mempunyai rules yang berlainan. So, hormat rules itu dan ikut. Tak payah nak banding-bandingkan dan argue kenapa kat group lain boleh..ade paham?


May 26, 2011

Trend kahwin Muda

Assalamualaikum dan selamat malam semua
Semalam aku post entry pasal isu “Trend kahwin lambat” tapi hari ni aku post isu “Trend Kahwin Muda”

Alhamdulillah dah Berjaya menghadiri kursus kahwin pada 24 dan 25hb yang lepas. Actually belum nak kahwin lagi pun..kui3x… Kawan aku yang tolong daftarkan sekali dengan dia. Yuran standard harga iaitu RM70 sahaja.

Mula-mula ingat nak attend kat KL je tapi dah alang-alang keje kat sini. So, amek je la kat sini. Tapi agak kesian dengan kawan aku tu sebab tak berapa paham loghat negeri Kelantan…hehehe…Terpaksa la aku menjadi translator walaupun ada jugak sesetengah perkara aku sendiri tak tahu macam mana nak explain..huhu..maap ye!

Peserta yang attend kursus tu semua muda-muda..Rasa macam tengah duk dengar ceramah agama kat sekolah je. Aku agak terkejut jugak la bila ada peserta yang berusia seawal 14 tahun. Kalau nak kira kan baru form 2. Macam mana dia boleh terfikir nak kahwin. Kalau aku time tu sibuk duk fikir pasal belajar,cita-cita dan impian. Ish3x

Peserta sebelah aku pulak baru umur 16 tahun. Aku pun borak-borak la dengan dia



Aku rasa agak berisiko untuk kahwin terlalu awal macam tu. Ceteknya pemikiran anak-anak muda zaman sekarang. Ish3x…Umur macam tu sepatutnya masih dibangku sekolah dan mengejar cita-cita serta mencorak masa depan..Kenapa aku cakap macam tu? Sebab:

• Pemikiran belum matang

• Ekonomi belum stabil

• Penuh dengan dugaan

• Takde back up (sijil SPM dan ke atas xde nak cari keje lebih bagus)

• Risiko penceraian

So, bagi aku takde istilah trend kahwin lambat atau kahwin cepat. Ianya bergantung kepada individu masing-masing. Ada yang kahwin cepat dan ada yang kahwin lambat..

May 25, 2011

Trend Kahwin Lambat

Assalamualaikum dan selamat malam semua


Kenapa tiba-tiba hari ini aku sentuh isu “Trend Kahwin Lambat” ? Sebab ni menjadi satu tajuk yang menarik perhatian bila aku selak-selak surat khabar hari ini. Sentap jugak la aku bila baca benda ni kat paper sebab aku pun belum kahwin lagi kan

Perangkaan menunjukkan 25 peratus daripada lelaki lelaki berusia 30-34 tahun belum berkahwin manakala 30 peratus wanita di antara umur 25-29 tahun masih bujang

Sumber : Utusan Malaysia 25/05/2011

Aku tersentap bukan sebab apa tapi terkejut sebab umur 25 tahun sudah dikatakan sudah lewat jika belum berkahwin. Pada aku umur 23-25 tahun adalah umur yang paling ideal untuk mendirikan rumahtangga. Penah ade kawan aku yang terpaksa berpisah dengan boyfriend die dengan alasan “Mak lelaki tak setuju sebab perempuan dah tua”. Masa tu kawan aku umur 25 tahun. Dah tua ke umur 25 tahun???? Antara impian aku pun adalah untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Agak-agak dapat tak aku realisasikan impian tu?

Aku rasa aku mungkin tak dapat nak realisasikan impian tu. Agak kecewa jugak la....

Antara sebab-sebab ramai yang kahwin lambat ialah :

• Masalah Kewangan

• Kerjaya

Pada pendapat aku 2 perkara ini adalah punca utama kepada masalah kahwin lambat. Duit tak cukup, ekonomi tak stabil macam mana nak kahwin. Paling kurang pun kena ada RM20k dalam tangan. Tu pun untuk kenduri je…belum masuk perbelanjaan yang lain. Kadang-kadang ada yang terpaksa berhutang dengan bank semata-mata untuk berkahwin.

Bagi yang mementingkan kerjaya dan juga workaholic tu pun 1 punca gak. Sebab takde masa nak cari pasangan. Yela keje dari pagi sampai malam..sehingga takde masa untuk bersosial. Tu belum lagi yang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi sebelum mendirikan rumahtangga. Mencapai impian dan cita-cita serta mendapatkan semua keperluan asas dan kehendak masing-masing sebelum berkahwin.

Punca-punca yang lain

• Serik sebab ada sejarah lampau

• Belum bersedia

• Terlalu memilih dan lain-lain lagi

Actually aku still lagi frust kot sebab tak dapat realisasikan impian aku…huhu..sabar je laa…mungkin ada hikmah. Kalau dulu aku penah cakap tak nak bila dah tua-tua baru nak ade anak tapi sekarang mungkin aku terpaksa terima hakikat itu…erm……..


May 19, 2011

Pertahankan Hak Kita Dan Bertindak Sekarang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Handphone aku masih lagi kat ICU. So, aku curi masa 5 minit kat ofis untuk masukkan entry ni. Rasanya aku dah tak boleh nak hold lagi entry yang penting macam ni.

Sejak kebelakangan ni banyak betul isu yang timbul kat negara kita ni..sampai aku pun naik risau. Kalau sebelum ni aku buat tak tahu je lebih-lebih lagi yang melibatkan hal politik. Tapi bila banyak sangat-sangat isu yang meyentuh pasal perlembagaan negara, agama, perkauman dan pelbagai lagi yang menjadi isu penting dalam kesejahteraan Negara. Aku rasa sebagai generasi muda tak boleh berdiam diri saja sambil buat tak tahu (duk facebook,main games sampai lebam)

Sebelum tu aku nak bagitau ENTRY INI BUKAN UNTUK MENYENTUH MANA-MANA SENSITIVITI TAPI HANYA UNTUK KESEDARAN BERSAMA. . Pembaca-pembaca jangan pula salah faham. Baca dulu sampai habis. Kang tak pasal-pasal pulak yang berkenaan cari aku..huhu

Sejak meningkat umur ni ( belum tua cuma meningkat umur je) aku agak rajin membaca surat khabar dan tengok berita pasal isu-isu semasa. Aku dah berubah ok! Kalau dulu, surat khabar aku tak baca, berita pun aku tak tengok. Sampai tahap yang paling teruk aku tak tahu pun pasal Najib jadi PM. Sangat teruk bukan? Tapi itu 4 tahun yang lepas…

PRU dah semakin hampir. PRU la…takkan tak tahu…aduyaii…ni yang geram ni.. Pilihanraya Umum (PRU). Soalan pertama aku nak tanya korang semua, ADAKAH ANDA SUDAH DAFTAR SEBAGAI PEMILIH? Haa….ada lagi yang tak daftar! Aku tahu sangat! Nak-nak kalau yang golongan muda. Nak singgah kat booth SPR pun malas kan? Dah-dah tak payah bagi alasan.. Hari tu aku ada baca dalam surat khabar (tapi lupa utusan ke BH) bangsa melayu adalah paling ramai yang tidak mendaftar pengundi. Dalam 90% kalau tak silap. Korang semua perlu ingat tanpa 1 undian korang negara akan rugi. Tak Mustahil minoriti akan menang kalau majoriti tak buat apa-apa. Masa tu korang nak menangis air mata darah sekali pun dah tak guna. Aku dulu pun macam korang jugak tapi sekarang aku dah sedar! Aku nasihatkan korang sedar lah juga! Bangkit dan pertahankan hak kita! Rasanya dah lama kita berdiam diri dan mengalah. Korang nak ke tanah pusaka dan warisan kita jatuh ke tangan orang lain? Korang nak ke perlembagaan Negara kita berubah? Aku tak nakkkkkk!!!!!!! Kenapa aku tak nak? Korang rasa? Tepuk dada Tanya selera..Aku tak nak nanti Malaysia akan jadi macam negara-negara jiran kita.

Ye betul! Korang bosan dengan permainan politik yang ntah apa-apa kat Malaysia sekarang ni. Sama jugak macam aku! Korang tak payah la nak kisah kan permainan politik tu semua sebab politik tu memang kotor. Yang penting sekarang ni korang tunaikan tanggungjawab korang terhadap Negara dan pertahankan apa saja hak kita! Aku menyeru sangat-sangat kat semua golongan muda-mudi kat luar sana tunaikan tanggungjawab. Jangan nak harapkan golongan tua sahaja. Mereka memerlukan kita dan Negara memerlukan kita. Jangan sampai suatu hari nanti kita mengemis di tanah sendiri. Buka mata,buka la telinga dan bukalah minda..tengok sekeliling kita dan fikirkan sejenak..kenapa perlu semua ni berlaku? Jadikan apa yang berlaku sebagai satu pelajaran untuk kita berfikir dan bertindak.


Korang ingat lagi tak RUKUN NEGARA?

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan


Korang ingat rukun Negara tu saja-saja je ke dibuat? Ianya ditulis mengikut turutan kepentingan.. korang kena tahu tu. Ada yang ikut tak? Ke dah lupa? Agama jadi bahan mainan dan sekarang ada yang dah tak hormat Sultan dan institusi beraja. Kalau dulu-dulu orang takut kat Sultan. Takut kena tulah. Tapi sekarang? Terang-terangan hina Sultan kan. Lepas tu isu hina Negara (Lagu Negaraku), terbaru pasal perlembagaan. Semalam keluar lagi pasal isu agama. Sampai bila nak macam ni? Aku dah bosan! Aku dah bosan! Hati aku memberontak! Kenapa kita tidak bersikap dalam kesederhanaan dan saling hormat menghormati serta hidup dalam aman damai?

Penah dengar lagu WARISAN?

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Korang ingat lagu ni pun saja-saja orang reka ke? Sebab nak isi masa lapang? TAK! Sebab nak mengingatkan korang semua supaya tak mudah lupa! Korang baca, fahamkan dan terjemahkan dalam kehidupan sekarang. Agak-agak sama tak dengan yang berlaku sekarang? Habis apa tindakan yang korang buat? Kalau korang betul-betul hayati korang akan sedar apa yang aku cuba sampaikan.

Kita, masyarakat sekarang sudah lupa.. Dengan kemajuan dan kemodenan Negara, kita menjadi lupa dan alpa. Benarlah kata Mantan PM kita Dr. M “Melayu mudah lupa”. Kita lupa apa yang sudah berlaku dalam lipatan sejarah yang lampau. Betul kita tidak melalui keperitan masa tu tapi kenapa kita tak pertahankankan kesejahteraan yang kita ada sekarang? Ataupun memang tak nak pertahankan sebab nak cuba rasa keperitan dulu? Hahahahaa…mengarut! Korang rasa korang mampu ke nak harungi keperitan tu nanti? Tidakk!!! Sebab aku rasa masyarakat sekarang sangat manja dan tak kuat macam orang dulu-dulu. Yang sanggup pertahankan dan berjuang demi tanahair,harta dan warisan mereka. Masyarakat sekarang sanggup bertelagah sesama sendiri semata-mata untuk kepentingan masing-masing.

Panjang pulak entry aku kali ni..cukup la kot aku membebel..terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca entry ini. Apa yang aku nak mintak tolong korang semua, sama-samalah kita bangkit dan bersatu. Aku tak mampu nak lakukan sorang-sorang. Aku perlukan bantuan korang semua. Tak susah pun bantuan yang aku mintak..Cuma daftarlah sebagai pemilih kat mana-mana pusat yang berdekatan..yang paling senang dekat PEJABAT POS la.  Dan sama-samalah kita turun mengundi masa PRU nanti. Jangan daftar saja sebab tak guna kalau tak take action.

SEMAK DAFTAR PEMILIH ---> Kat Sini




May 16, 2011

Akan Kembali

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Entry kali ni just nak mention kenapa blog aku dah lama tak update

  1. Masalah mula timbul lepas aku jatuh longkang seminggu yang lepas. Still lagi sakit..Ingat hujung mggu ni nak balik kampung
  2. Handphone kesayangan aku aka modem telah dimasukkan ke ICU dan telah ditahan kat wad sehingga kembali sihat
  3. Aku dah takde internet untuk online sbb handphone aku takde
Ni pun curi-curi masukkan entry masa kat ofis..hope korang semua bersabar sebab aku dah ada entry yang menarik untuk di publish ^_^ v

PERSOALAN KAT SINI..ADA KE PEMBACA YANG TUNGGU2 ENTRY AKU?? HEHEHE...

Zaaassss...Layannnnn....


May 7, 2011

Jalan-Jalan - Cameron Highlands - Ipoh

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua pembaca..Penat masih tak hilang lagi sebab percutian yang agak rushing aku rasa..hehe

Habis keje pukul 8 pagi aritu terus siap-siap pegi Cameron Highlands. Tak jauh pun..Gua Musang - Cameron Highlands dalam 1 jam 45 minit. Jalan lengang je sebab bukan musim cuti sekolah.

1st sampai sana cari makan dulu..Lapar kan tak breakfast. Tak tahu nak makan mana. Kedai pun banyak yang tutup. So, KFC jadi sasaran..menu: twister tapi tak macam gambar kat bawah tu. Selalunya gambar yang display selalu nampak macam menarik tapi bila real punya tak sama..kan..kan..kan..

gambar ni curi kt google sbb aku tak snap


Pastu mula la penjelajahan aku. Tempat mula-mula pergi Times Tunnel. Tertanya-tanya apa benda kat dalam ni.. Tiket masuk RM5 setiap seorang.. Dah masuk tu.....wahhh...baru terjawab persoalan.. Rupa-rupanya kat sini galeri barang-barang lama. Zaman sebelum korang lahir dan juga zaman korang kecik-kecik. Ni ade beberapa keping gambar je aku display kt korang. Nanti bila aku transfer gambar dalam kamera aku upload lagi. Yang ada ni dalam handphone je.

Antara benda-benda yang menarik perhatian aku selain gambar-gambar kat bawah ni ialah nintendo. Tak sangka pulak permainan tu wujud sejak dulu lagi. Pastu ada macam-macam lagi yang aku tak sangka dah ada sejak zaman dulu.

 Ovaltine dengan Horlick dah ada sejak dari dulu


 Revolusi Ubat Gigi Darlie. Dulu-dulu nama Darkie


Menakutkan je logo yang lama

Selain gambar-gambar yang kat atas ni, ada semua benda lain, tempat makan, bar, kedai kopi, kedai gunting rambut, peti, telefon dan banyak lagi la..kalau aku nak list semua dalam ni memang tak habis la..hehe..Times Tunnel Gallery ni salah 1 tempat yang korang wajib lawat kalau pergi kat Cameron Highlands.

Lepas tu hujan la pulak. Macam mana nak g ladang teh dengan ladang Strawberry? Mula-mula ingat nak masuk ladang strawberry. Sekali masuk RM20 pastu kena petik dalam setengah kilo..mak aihh..banyak tu..sape nak makan.Kalau pegi ramai-ramai takpe la jugak. Last-last tak masuk sebab tak nak membazir buah tu. Bukan kedekut nak bayar OK! Tapi takut membazir buah. So, aku just beli yang di jual kat luar je RM15 (lupa nak kira bape biji)

Orang cakap kalau bawak turun jadi masam tak manis. Aku makan rasa sama je rasa macam kawan aku bawak balik.

Nak pegi ladang teh tak dapat sebab hujan. Apa lagi? Makan lagi..cari Marrybrown....sebenarnya dah tahu tak sedap tapi driver teringin nak makan..Menu: lupa nama apa tapi sos yang diletak kat atas ayam tu mushroom soup.

curi kat google gak gambar ni..hehe

Esoknya, pagi-pagi bergerak ke Ipoh sebabnya driver cakap teringin nak makan Mee Rebus Ramli yang dimakannya 10 tahun yang lepas. Dalam 3,4jam jugak la drive semata-mata nak cari mee rebus tu..hehe...tu belum campur dengan sesat lagi. Dalam pukul 2 petang baru jumpa lepas berpandukan google maps (yang tengok pulak tak bape nak pakar iaitu aku)

 Yey! Dah sampai Ipoh


Ni la dia Mee Rebus yang Femes dekat Ipoh

Driver siap makan 2 mangkuk sebab susah nak dapat & tak tahu bila dapat datang lagi. Harga tak mahal dan memang berpatutan. 3 mangkuk mee + teh O ais + Nescafe ais = RM14 sahaja.

Lepas makan tu gerak balik..Next time mungkin boleh pegi the World of Tambun sebab dekat je aku tengok signboard...huhu...tengok dekat tapi tak tahu la realitinya kan..hehe...tu saje nak citer... Percutian yang rushing dan memenatkan..Hari ni dah masuk keje.


May 3, 2011

Sebab Kenapa Kematian Osama Dipertikai

Assalamualaikum dan Selamat malam semua pembaca. 

Seperti biasa malam ni aku on duty lagi..Esok habis pagi pastu cuti 2 hari dan lepas tu kursus 5 hari. Suka Sangat sebab boleh ambil peluang tu untuk bercuti setelah sebulan bekerja Non-stop!

Malam ni nak citer pasal Osama bin Laden yang dikatakan telah meninggal. Dan yang pasti semua yang kat luar sana masih tak percaya dan anggap ni semua hanyalah propaganda US. Hari ni pulak macam-macam pertikaian yang dibuat.

Ok kat bawah ni pendapat aku tau. Kalau korang tak sependapat pun aku tak kisah

Gambar Superimpose


Wah magik! tengok keadaan gigi dan bukaan mulut dia..takkan sama macam gambar yang masih hidupkan. Tapi mesti korang pelik nape pic yang kat tengah tu tak sama dalam paper kan? kan? kan? Angguk cepat! Hahaha..aku kidnap kat google pic ni. Maybe dah ade orang yang dah tahu pic tu hanya teknik superimpose

Kebumikan di tengah Laut
Ni salah satu sebab yang tak boleh diterima dan tak lojik akal. US bagi alasan jenazah dikebumikan kat laut sebab tak cukup masa nak cari negara mana yang sanggup terima jenazah Osama aka pengganas dunia untuk disemadikan. Takde negara yang nak terima ke atau takut orang tuntut nak tengok mayat??? Pastu cakap dalma masa 24jam nak kebumi sebab tak baik biar mayat lama-lama. Tahu ke US ni tak boleh biar mayat lama-lama? Pastu mayat dikebumikan mengikut agama Islam. Sape yang buat? US tahu ke? 

Gambar sebenar ada dalam simpanan US
Gambar yang terpampang kat akhbar tu dikatakan penah keluar pada tahun 2009. Kenapa nak simpan dan sembunyikan gambar yang sebenar? (Kalau betul la Osama tu dah meninggal)

Sebab kematian yang berbeza
Aku duk baca paper, ada yang duk kata Osama meninggal sebab helikopter yang terhempas. Pastu ada yang kata sebab kena tembak kat kepala. Mana satu yang betul ni? 

Tak tunjuk jenazah
Last but not list, ni yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat kat dunia ni. Mana mayat Osama? Kenapa tak tunjuk? Kenapa terus semadikan macam tu je? Kenapa dan kenapa?

Pssttt: Korang rasa dengan kematian Osama, dunia akan aman ke? Aku rasa tidak selagi US dan Israel duk serang negara-negara Islam, selagi tu la dunia takkan aman. Dan dorang memang takkan berhenti sebab dalam Al-Quran pun ada cakap kan Islam akan sentiasa dimusuhi Yahudi.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka)  :"Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan dapat peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu (al-Baqarah:120)

May 2, 2011

Kematian Osama Bin Laden hanya Propaganda US

Assalamualaikum dan selamat malam..

Aku rasa saat ni semua orang tengah bercakap pasal Osama bin Laden yang dikatakan telah terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh pihak USA. Sejauh manakah kebenaran itu? Benar atau sekadar propaganda?

Actually aku dalam percaya tidak je ni. Tadi kat TV3, berita ini diumumkan sendiri oleh Presiden Amerika, Barack Obama. Berserta dengan gambar bukti yang Osama sudah meninggal. Hai takkan tunjuk gambar je? Mayatnya mana? Kalau Arwah Saddam Hussin dulu tunjuk real masa digantung. Osama mana? Mana bukti?

10 tahun Osama bin Laden menyembunyikan diri. Biarpun dia menjadi pengganas yang paling dikehendaki di dunia ni. Bagi aku dia tetap seorang pejuang Islam. Yang sebenarnya pengganas ialah USA dan Israel serta kuncu2nya.

US sebenarnya takut. Takut dengan pejuang-pejuang Islam. Tengok la lepas ni negara Islam mana pulak yang diserangnya dan siapa lepas ni pemimpin Islam yang akan dilabelkan sebagai pengganas. Adakah Presiden Iran? Yang dikatakan mengembangkan senjata nukleur oleh US dan Israel? Kalau korang perasan kan, US dan Israel ni selalu berganding bahu dalam bab2 nak menyerang negara2 Islam.

Malas nak taip banyak-banyak...samalah kita berdoa, Semoga Allah menyelamatkan seluruh umat Islam di dunia ini. Amin


Kekasih Merajuk Mati Terjun Kondo

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Breaking news nih. Sebab merajuk je terus terjun kondo. Apa ingat nyawa tu ada spare part ke? Kalau mati boleh guna nyawa spare part lain takpe. Ni berita yang aku dapat dari myMetro


KUALA LUMPUR: Gara-gara merajuk dengan teman lelaki berusia lewat 30-an, seorang wanita maut selepas terjun dari tingkat lima sebuah kondominium di Sentul, di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 28 tahun itu merajuk dengan teman lelakinya kerana lewat pulang ke rumah hingga terlepas sambutan ulang tahun percintaan mereka yang dirancang sejak beberapa bulan lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, berkata ketika kejadian, teman lelaki mangsa berada kurang 30 meter dari balkoni tempat mangsa terjun.
“Teman lelaki mangsa mendakwa berada di kaki lima depan pintu utama rumah mereka, malah lelaki itu mendakwa cuba menghalang mangsa daripada terjun. Namun, disebabkan kejadian berlaku terlalu pantas, dia gagal menghalang mangsa daripada berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, mangsa dilaporkan terjatuh atas bumbung sebuah Perodua Kancil milik penghuni lain di tempat letak kereta kondominium berkenaan. 
“Tersentak dengan perbuatan itu, lelaki terbabit bergegas turun sebelum mendapati teman wanitanya itu masih bernyawa. Dia segera menghubungi hospital dan polis memaklumkan kejadian berkenaan. 
“Ambulans tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian sebelum mangsa dikejarkan ke HS.
“Mangsa yang parah di kepala dan badan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam,” katanya.
Katanya, setakat ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Berdosa besar bunuh diri. Sebelum buat keputusan bunuh diri tu istifar la banyak-banyak. Jangan ingat bunuh diri tu boleh selesai masalah. Ye betul masalah kat dunia ni selesai! Tapi masalah masa hari pembalasan nanti macam mana? Sanggup ke pikul? Wallahualam. Semoga kita dijauhkan dari semua ni.


Check Saman

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Tengah best tido tadi tetiba dapat call...ehem3x..tune suara biar tak nampak cam tengah tidur..hehehe..

"kat mana? Dah check belum?"

Aku cepat-cepat bangun sebab semalam ada orang suruh tolong check kan saman. Terus call member mintak tolong check kan. Tapi bila dah dapat, result keluar nama lain & tempat tu macam jauh pulak. Tapi aku tak tanya apa2 sebab semalam yang mintak tolong tu cuma bagi no plat kete. Bila aku tanya kete tu atas nama sape dengan no ic, die reply sms "Check je la". Aku diam je la...Yela aku kan tak tahu ape-ape sebab tu bukan keje aku. Huhh! Sabar je laa.....

Moral of the story : Kalau orang mintak bagi je la. Orang mintak tu bersebab bukan saje2 mintak. Kadang-kadang ada error masa check tu.Yela..sistem komputer kan. Sebab tu nak kena pastikan nama, no ic & plat kete tu orang yang sama. Lagi 1 saman ni boleh di trace melalui plat kete dan no ic. Tapi better guna no ic la kan sebab takde duplicate macam plat kenderaan. Yela kadang-kadang plat yang sama tapi kenderaan yang berbeza. Dan lagi 1 "SAYA YANG KEJE SITU KE AWAK YG KEJE SITU?"

"Dah dapat result tu tak reti2 ke nak cakap TERIMA KASIH? Bukan berharap sangat pun dan bukan susah pun sekadar ucap 2 patah perkataan tu"

May 1, 2011

Andai Lelaki Tahu.....

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua pembaca.. Entah kenapa malam ni mood agak touching sikit. Dari petang tadi duk layan blues..

Dedicated to someone : 

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.  


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.  


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.  


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.  


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.   


CREDIT :  Halimatun Ima


LIVE LIKE A MILLIONAIRE


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons