Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

February 3, 2014

Bantuan Baucer Harian RM35

Salam semua dan selamat tengahari

Oke harini banyak betul pertanyaan mengenai baucer harian RM35 tu.

Harap semua bertendang bertenang semua. Member sebelah ni baru je call Jobs Malaysia di talian 03-8320 2713/4/5

Bantuan ini akan diberikan kepada miskin tegar bandar

Apa yang anda perlu lakukan? Tak Perlu lakukan apa-apa. Duk diam-diam je
Tiada permohonan perlu dibuat. Tiada borang perlu di isi.

Pemilihan akan dilakukan terus oleh pihak Jobs Malaysia dan jika anda layak pihak Jobs Malaysia akan hubungi anda terus. Apa yang penting nama anda sudah berdaftar dengan eKasih dan gaji di bawah RM3000.

Macam mana nak daftar dengan eKasih? boleh ke Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri masing-masing

Ahaa...jangan ingat semua orang layak mendaftar dengan eKasih. Hanya yang betul-betul miskin dan menepati syarat je yang lepas.

Semak diri sendiri, kalau dah tiap minggu mampu makan KFC, McD, tengok wayang tu, jadi paham-paham sendiri la ye...huhuhu..berilah peluang kepada orang yang betul-betul yang memerlukan.

Maklumat lanjut terus je call Jobs Malaysia. Ni je serba sedikit info yang nurr tahu

Peace yawwww~~ v



May 2, 2011

Kekasih Merajuk Mati Terjun Kondo

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Breaking news nih. Sebab merajuk je terus terjun kondo. Apa ingat nyawa tu ada spare part ke? Kalau mati boleh guna nyawa spare part lain takpe. Ni berita yang aku dapat dari myMetro


KUALA LUMPUR: Gara-gara merajuk dengan teman lelaki berusia lewat 30-an, seorang wanita maut selepas terjun dari tingkat lima sebuah kondominium di Sentul, di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 28 tahun itu merajuk dengan teman lelakinya kerana lewat pulang ke rumah hingga terlepas sambutan ulang tahun percintaan mereka yang dirancang sejak beberapa bulan lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, berkata ketika kejadian, teman lelaki mangsa berada kurang 30 meter dari balkoni tempat mangsa terjun.
“Teman lelaki mangsa mendakwa berada di kaki lima depan pintu utama rumah mereka, malah lelaki itu mendakwa cuba menghalang mangsa daripada terjun. Namun, disebabkan kejadian berlaku terlalu pantas, dia gagal menghalang mangsa daripada berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, mangsa dilaporkan terjatuh atas bumbung sebuah Perodua Kancil milik penghuni lain di tempat letak kereta kondominium berkenaan. 
“Tersentak dengan perbuatan itu, lelaki terbabit bergegas turun sebelum mendapati teman wanitanya itu masih bernyawa. Dia segera menghubungi hospital dan polis memaklumkan kejadian berkenaan. 
“Ambulans tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian sebelum mangsa dikejarkan ke HS.
“Mangsa yang parah di kepala dan badan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam,” katanya.
Katanya, setakat ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Berdosa besar bunuh diri. Sebelum buat keputusan bunuh diri tu istifar la banyak-banyak. Jangan ingat bunuh diri tu boleh selesai masalah. Ye betul masalah kat dunia ni selesai! Tapi masalah masa hari pembalasan nanti macam mana? Sanggup ke pikul? Wallahualam. Semoga kita dijauhkan dari semua ni.