June 24, 2013

Review World War Z

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaaa...!!!

Dah Lunch lum? Nurr puasa hari ini....dekat hujung-hujung ni baru nak puasa ganti kan? Ish..ish..ish.. Tapi takpe bleh puasa sempena nisfu syaaban sekali arini. Ok dah..dah...entry ni bukan nak citer pasal puasa tapi pasal citer semalam

Mula-mula nak tengok Man of Steel tapi fast selling..yang awal sume seat depan skrin..patah leher nanti kalo tengok citer tu..ok pilihan ke-2 citer War World Z. Itu pun agak dekat jugak la dengan skrin walaupun duduk kat tengah-tengah.

REVIEW WAR WORLD Z


Citer ni mengenai manusia yang dijangkiti sejenis virus sehingga menjadi zombie. Cerita yang penuh mendebarkan dengan sound system yang buat kita tak senang duduk. Berapa kali nurr terkejut..hahahhaa....nasib baik gelapkan..so, takde la orang nampak. Citer ni sangat-sangat cemas bila part yang nak kena fight untuk selamatkan diri daripada zombie. Sakit jantung tengok citer ni...nervous tak payah nak cakap laa..

Sape yang tak tengok bleh pegi tengok sebab citer ni pon fast selling gak



rating star: 5 star


June 23, 2013

Tips Bagaimana hilangkan kulit kusam dan Berjerawat?


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua

hari ni nurr nak hilangkan tips bagaimana untuk hilangkan kulit kusam dan berjerawat. Apa perasaan korang semua bila muka tetiba ditumbuhi toing toing toing jururawat jerawat yang besar-besar akibat daripada salah guna produk?? Stress giler kan? Nurr aritu penah salah gune salah satu produk skin care..tetiba kuar plak kat paper produk tu mengandungi racun..ohhhhh ::pengsan::

stress sangat2..nurr penah tempek foundation yang korea tuhhh...alahhh lupe lak nama ape...tapi bekas kaler coklat nk oren gitu..yang ala-ala mekap artis tuuu....hahhhh amek ko! gara-gara nak tutup jerawat & parut, jerawat tu makin naik dengan rancaknya!! stress gilerr!!


Lepas tu nurr sabar / buat hati kering dan guna la 1 produk ni...mula2 beli 1 je..tu pon share ngn member..bukan apa takut tak jadi ke kan. Kena testing dulu! Alhamdulillah berkat kesabaran dan penggunaan secara konsisten..jerawat dan parut kat muka nurr makin kurang dan kulit pun makin lembut dan licin. takde lagi kulit kusam ^___^

Mana nak beli? PM je kat sini --> FB Pages atau Personal FB

Apa yang penting ialah penggunaan yang konsisten, cuci muka 3x sehari, banyakkan minum air masak dan rehatkan kulit muka daripada pakai apa-apa krim selama seminggu/2 minggu (supaya kulit muka bebas daripada bahan kimia)

***nanti nurr share kan pic kulit nurr ok tapi yang berjerawat tu tak snap pon sbb jerawat kan..buat ape nak snap kan..kan..kan

Yang paling best nya bila aunty nurr yang mula2 beli 1 ketul nak testing tetiba pm kt fb nk 2 ketul lagi sebab menjadi katanya...die siap buat mandi lagi..kulit kaki dh cerah katanya..Alhamdulillah


ni la sabun yang nurr guna tu
SABUN VITAMIN A, C & E
 
 
 
HARGA 1 KETUL RM39 SHJ!
2 KETUL = RM75
 
FREE POSTAGE YE KAWAN2
 

Kat bawah ni antara testimoni pengguna sabun vitamin ACE









June 10, 2013

Hutang ~ Tapi Liat Nak Bayar

Assalamualaikum dan selamat pagi


ermm.....erm......dan ermmmm lagi sekali...
Ape lah nasib...orang dah berhutang tapi tak bayo2...sedih hati betul la macam ni

Kita pon bukannya duit bertimbun-timbun....dah hutang tu pandai2 lah bayar..tak perlu lah tunggu orang mintak kan? kita orang yang kne hutang ni plak yang rasa malu nk mintak. abes orang yang berhutang tu tak rasa malu ke? kalo takde pun perasaan bersalah, tolong lah ada sikit perasaan malu.
Kalo setakat 2,3hengget tu nurr tak bape nak kisah sangat. Ni beratus2..oh tolong lah... At least kalo tak dapat bayo pon explain la sikit..say sorry ke ape...ni buat diam je...............

Selalu je macam ni....sume orang yang berhutang dengan nurr, xde pon perasaan nak bayo...
Ermm....sedih la mcm ni..nak2 kalo time terdesak rs macam mengemis duit sendiri je T___T

Really Upset

**Lepas ni tak mo dah bagi pinjam duit kat sape2 dah





May 31, 2013

Tips Temuduga Kerajaan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua

Salam Jumaat semua..semoga mendapat berkat dariNya

Esok dah nak balik kampung, berat hati lak nak tinggal En. Somi kat umah tapi 4/6 (selasa) nak interview untuk jawatan N27..Harap sangat semoga ada rezeki untuk menjawat jawatan tu. Kawan-kawan doakan saya juga ye :)

Dalam duk buat preparation ni, nurr ada jugak cari-cari tips untuk attend interview ni, selain daripada Tanya kawan-kawan yang dah pun selesai interview.

Ok kat bawah ni nurr ada kongsikan sedikit tips dengan korang semua


Tips temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Itulah antara yang berkaitan dengan tugas Penolong Pegawai Tadbir N27 ini. Sebenarnya, soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut.

I) Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunana ayat, dll
ii) Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan
iii) Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak
iv) Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain
v) Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab
vi) Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan


Skop Soalan Temuduga Yang Lazimnya Ditanya Oleh Panel Penemuduga

  • latar belakang & kelayakan calon.
  • berkaitan jawatan yang anda pohon.
  • dasar kerajaan
  • isu semasa


Berikut adalah soalan yang ditanya oleh panel penemuduga berdasarkan pengalaman calon temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27


Calon I

◾Kenapa anda memilih untuk memohon jawatan gred N27, bukan gred E27?
◾Perbezaan ketara disiplin pekerja kerajaan & pekerja swasta?
◾Perbezaan antara MARA & Air Asia?
◾Kenapa anda rasa anda layak menjawat jawatan ini?
◾Apa kelebihan yang anda miliki berbnading calon-calon lain?
◾Boleh jelaskan deskripsi tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27?


P/S : Calon mungkin akan diuji tahap penguasaan bahasa Inggeris semasa seisi temuduga.


Calon II

Seisi Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

◾Perkenalkan diri & latar belakang
◾Perbandingan majikan sekarang dengan sektor awam
◾Pesaing majikan anda
◾Pesaing bagi sektor awam


Seisi temuduga dalam Bahasa Melayu

  • Kenapa ingin menjawat jawatan sektor awam?
  • Dasar kerajaan yang terkini
  • Pembangunan modal insan
 
Yang diatas tu tips yang saya cari dari aktiviti menggoogle. Manakala hasil dari survey daripada kawan-kawan yang telah hadir interview, antara soalan yang ditanya ialah:
 
  • terangkan berkenaan bunga raya iaitu bunga kebangsaan
  • apakah maksud-maksud warna di bendara Malaysia
  • 1MOCC
  • Isu semasa --> Air Asis vs Mara, Tun M vs Barack Obama
 
psssttt: ada member cakap penemuduga tu siap ade ipad kat depan mata untuk menggoogle apa-apa yang ditanya kepada kita. Apa-apa pun kita kena bersedia la dari semua aspek..Gud Luck Guys! Gud Luck for me too






May 30, 2013

Edisi Test Market

Assalamualaikum dan selamat malam semua

Fuhhhh......testing 1 2 3....ehem...ehem...

Kali ni nurr saje je nak test market...nurr jual kasut & tudung murah2..sape2 yang berkenan boleh PM kat pages atau sms kt 0133022074





HARGA TUDUNG RM45 SEHELAI, KALAU BELI 2 HELAI RM40
POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA
COD: CYBERJAYA, PUTRAJAYA, KAJANG

Setiap jenis ade 1 helai je..kira limited edition la ni..hehehe

ok skang kita masuk part KASUT plak

 Saiz: 36 

 Saiz: 38 tapi sama besar dengan saiz 36

Saiz: 38

 Saiz: 36

 Saiz: 37


HARGA MURAH-MURAH JE
SEPASANG RM20 SHJ
POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA
COD: CYBERJAYA, PUTRAJAYA, KAJANG

Berminat?
Boleh order di ---> SINI
Atau SMS 0133022074