May 31, 2013

Tips Temuduga Kerajaan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua

Salam Jumaat semua..semoga mendapat berkat dariNya

Esok dah nak balik kampung, berat hati lak nak tinggal En. Somi kat umah tapi 4/6 (selasa) nak interview untuk jawatan N27..Harap sangat semoga ada rezeki untuk menjawat jawatan tu. Kawan-kawan doakan saya juga ye :)

Dalam duk buat preparation ni, nurr ada jugak cari-cari tips untuk attend interview ni, selain daripada Tanya kawan-kawan yang dah pun selesai interview.

Ok kat bawah ni nurr ada kongsikan sedikit tips dengan korang semua


Tips temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Itulah antara yang berkaitan dengan tugas Penolong Pegawai Tadbir N27 ini. Sebenarnya, soalan berkaitan dengan jawatan ini tidaklah terlalu banyak. Ini kerana soalan teknikal (berkaitan tugas) penilaiannya lebih kurang (30-40%) sahaja. Lebih kurang 60-70% lagi adalah penilaian yang diberikan oleh panel Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang meliputi perkara-perkara berikut.

I) Pertuturan – BM dan BI, kelancaran, susunana ayat, dll
ii) Kejujuran – dari segi usaha, cara menjawab, kesungguhan
iii) Pengetahuan am dan isu semasa – peka atau tidak
iv) Isu kenegaraan – isu dipetik dari rukun Negara – tuhan, sultan/raja, dan lain-lain
v) Kebolehan bekerjasama, bertanggungjawab
vi) Integriti – contoh kes, maksud, pelaksanaan


Skop Soalan Temuduga Yang Lazimnya Ditanya Oleh Panel Penemuduga

  • latar belakang & kelayakan calon.
  • berkaitan jawatan yang anda pohon.
  • dasar kerajaan
  • isu semasa


Berikut adalah soalan yang ditanya oleh panel penemuduga berdasarkan pengalaman calon temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27


Calon I

Kenapa anda memilih untuk memohon jawatan gred N27, bukan gred E27?
Perbezaan ketara disiplin pekerja kerajaan & pekerja swasta?
Perbezaan antara MARA & Air Asia?
Kenapa anda rasa anda layak menjawat jawatan ini?
Apa kelebihan yang anda miliki berbnading calon-calon lain?
Boleh jelaskan deskripsi tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27?


P/S : Calon mungkin akan diuji tahap penguasaan bahasa Inggeris semasa seisi temuduga.


Calon II

Seisi Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

Perkenalkan diri & latar belakang
Perbandingan majikan sekarang dengan sektor awam
Pesaing majikan anda
Pesaing bagi sektor awam


Seisi temuduga dalam Bahasa Melayu

  • Kenapa ingin menjawat jawatan sektor awam?
  • Dasar kerajaan yang terkini
  • Pembangunan modal insan
 
Yang diatas tu tips yang saya cari dari aktiviti menggoogle. Manakala hasil dari survey daripada kawan-kawan yang telah hadir interview, antara soalan yang ditanya ialah:
 
  • terangkan berkenaan bunga raya iaitu bunga kebangsaan
  • apakah maksud-maksud warna di bendara Malaysia
  • 1MOCC
  • Isu semasa --> Air Asis vs Mara, Tun M vs Barack Obama
 
psssttt: ada member cakap penemuduga tu siap ade ipad kat depan mata untuk menggoogle apa-apa yang ditanya kepada kita. Apa-apa pun kita kena bersedia la dari semua aspek..Gud Luck Guys! Gud Luck for me too






0 berani bersuara: