July 18, 2014
July 9, 2014
July 5, 2014
Review : Badan Rasa Segar dengan Liquid Chlorophyll Plus
Selamat malam semua..
Belum terlambat kalau nurr nak ucapkan selamat berpuasa...luang masa 10 minit sebab nak share sesuatu yang sangat-sangat bagus.
Tadaaaa....
Setiap malam sebelum nurr memang akan pastikan untuk minum klorofil ni..sebabnya esoknya nak kena bangun awal pagi. Bila minum klorofil ni, nurr rasa badan rasa segar. Suami nurr pun akan minta gak bancuhkan klorofil ni setiap malam. Klorofil ni takde rasa..jangan risau..kecuali la kalo korang letak terlampau banyak dia akan rasa kelat-kelat sikit...hehe
warna hijau macam warna sayur hijau
Bancuh dengan air
Haaa....lepas dah dengar testimoni akak tu, terus je nurr continue minum klorofil ni. Daripada duk dalam peti tu, baik minum kannn
Fungsi Klorofil ni untuk mengoksigenkan & mengalkalikan badan kita.
- Mempertingkatkan tahap oksigen di dalam badan
- Menyingkirkan bahan buangan daripada badan dengan lembut
- Mengurangkan kepanasan badan
- Mengharumkan nafas & badan dari dalam ke luar
- Mengalkalikan badan
- Menggalakkan kulit yang sihat dan bersih
Harga Ahli Liquid Chlorophyll Pluss : RM38 sahaja ( Tahan 2-3 bulan )
Kalau time ada promosi lagi murah tau
Boleh beli kat mana-mana Outlet Cosway
uolss boleh guna ID nurr.
MY615309 NURUL ASNIRA
XOXO,
June 21, 2014
Menu Hari Ini : Masak Lemak Tempoyak
Salam semua.. Selamat berhujung minggu :)
Ok menu utama untuk hari ini atas permintaan En. Suami
Tadaaaa.....
Ikan Masak Lemak Tempoyak
Kalau makan siap tambah lagi tu maknanya sedap la tuuu....ok puji diri sendiri :p
Ni nurr guna ikan nyonyok ( Actually 1st time dengar nama ikan nih ) ... Sebab kat Kelantan tak penah dengar plak nama ikan ni...hehehe... panggilan lain-lain kot. Nurr tak kenal sangat nama-nama ikan ni..opsss...kantoi
Nurr kongsikan resepi dengan korang semua ye.. resepi ni untuk 2 orang makan
Bahan-bahan
Ikan 2 ketul
4 ulas bawang merah
3 ulas Bawang Putih
1 batang Serai
10 biji cili Padi
Kunyit ( Nurr guna serbuk kunyit je )
2 keping asam
2 sudu besar tempoyak
Santan
Bendi ( boleh digantikan dengan lain-lain yang korang suka )
Garam + gula secukup rasa ( Nurr tak guna ajinomoto )
Cara memasak
1. Tumbuk / kisar bawang merah+putih, cili padi, serai & kunyit
2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk / dikisar tadi sehingga naik bau
3. Masukkan santan dan sedikit air. Tunggu sehingga menggelegak sedikit
4. Masukkan tempoyak, garam & gula secukup rasa serta asam keping
5. Masukkan bendi & ikan
6. Tunggu ianya masak dan siap untuk dimakan.
Yeay! senang kan?
Selamat mencuba & menjamu selera
June 18, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)







