February 24, 2012

Semoga Tabah & Kuat Menghadapi Dunia Akhir Zaman

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan yang penuh ranjau yang berliku-liku ini.. Syukur alhamdulillah juga sebab aku masih berpeluang untuk kembali menjadi diri aku yang dulu..

3x aku taip entry ni..tapi entah kenapa aku asyik padam je..tak pasti patut ke publish..erm...

Aku doakan semua yang dekat luar sana diberi hidayah dan kekuatan untuk menempuh zaman yang serba mencabar ini..

Janganlah menjadi salah seorang daripada orang-orang jahiliah moden..jangan menghalalkan apa yang haram. Jangan mempersendakan hukum..sedangkan kita tahu hukum hakam tersebut..

Jagalah diri...... Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua..amin

December 5, 2011

Masalah Sebelum Starting Window & Slow

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Fuhhhh lama bebeno rasanya aku tak jenguk-jenguk sini.... beberapa minggu yang lepas Asus kesayangan aku ni  sakit sikit..tak tahu la kenapa... Bila on je kuar macam gambar kat bawah ni...


Tanya-tanya orang, ade cakap kena virus laa...ada cakap guna OS(operation system) lebih laa...macam-macam..Solution? Rata-rata suruh aku format balik..Tapi aku tak nak..kalau format tu jalan terakhir la...Cari solution lain..dan last skali member aku kat fb ajar kan aku camni..die cakap tak perlu format pun..cuma ada masalah system je..

kalau korang pun mengalami masalah yang sama cuba try cara ni

My computer --> Properties --> Advance System Setting --> system properties --> Advanced --> Start up & Recovery --> Setting


Tukarkan second kat system start up tu ke 0...dua-dua ok tukar ke 0...Pastu tick kat yang ke-2..Pastu klik OK..try restart...

Asus aku dah kembali pulih seperti biasa dan yang penting laju je sebelum dan selepas Starting Window..tak payah tunggu lama-lama dah... ^_^v

selamat mencuba!

November 9, 2011

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab...


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub


Samsung Galaxy Tab II... Gadget yang menjadi idaman semua orang termasuklah saya sendiri.. Siapa tak nak weh! Punya la canggih..Marvelous! Tertarik dan memang DaboMMM la..

Saya nak Samsung Galaxy II sebab......

Sebab pertama saya teringin jugak nak pakai gadget-gadget canggih dan terkini. Sekurang-kurangnya mengikuti perkembangan zaman bak kata orang...kan...kan...kan... Tengok kawan-kawan dan orang sekeliling duk pakai gadget canggih, saya ni telan "air liur" je..
Sebab yang kedua...saya suka sangat dengan design dan ciri-ciri yang ada pada Samsung Galaxy S II ni.
Dah la skrin besar 4.3" pastu nipis pulak tu. Saya memang suka handphone yang nipis..Lepas tu Samsung Galaxy S II ni menggunakan sistem operasi Android Gingerbread dan menggunakan pemprosesan Dual-Core. Sesuai sangatlah untuk saya yang merupakan pengguna internet yang hardcore. Nak Facebook, twitter, melayari website, tengok youtube dan lain-lain lagi mesti laju lah!
Dan sebab yang paling utama aku nak tukar handphone yang sudah berzaman saya guna ni ha...rasanya dah 5 tahun guna handphone Samsung ni.


 Samsung SGH-C450

Kalau boleh nak transform jugak la ke gadget yang canggih manggih macam Samsung Galaxy S II ni


Kalau dapat Samsung Galaxy S II boleh la berlagak dengan kawan-kawan..hehe

October 31, 2011

Ragut...Ragut..Ragut..

Assalamualaikum dan selamat malam

Entry untuk malam ni ringkas je
Tadi kawan aku diragut dan hampir ditikam...nasib baik die lepaskan purse die..kalau tak tak tau la ape jadi...Lokasi: Kajang
Nasihat aku untuk semua..Hati-hatilah walau kat mana je..kalau boleh barang-barang penting letak dalam poket..Jangan pegang wallet/purse kat tangan.

Jangan bergelut dengan peragut. Ini untuk mengelakkan kecederaan kepada sape-sape yang kena ragut.

Ingat! Barang yang hilang boleh dicari, Nyawa yang hilang tiada ganti



October 14, 2011

Bagaimana Bila Dia Tidak Setia?

Assalamualaikum dan selamat malam

Apa khabar semua? Malam ni just nak share serba sedikit tips yang aku harap mungkin dapat meringankan beban masalah korang berkaitan dengan pasangan yang mungkin berlaku CURANG

Curang....Erm....satu benda yang paling sukar untuk diterima kan? Paling sukar untuk dimaafkan dan dilupakan..betul tak? Dan yang paling menyakitkan..Proses penyembuhan akan mengambil masa yang agak lama..

Lalu bagaimana caranya kita menjalinkan hubungan selepas kejadian itu?

Berhenti Menghubunginya
Bagi pasangan yag dikhianati, akan merasa tidak tenteram bila pasangannya berhubungan lagi dengan yang bersangkutan. Segala hubungan baik melalui telefon atau dunia maya sebaiknya dihentikan. Bukan soal memutuskan silaturrahim, tetapi menyelamatkan masalah yang lebih besar.

Jika kebetulan bertemu dengan bekas kekasih gelapnya,  dia harus berkomitmen untuk bersikap wajar dan menceritakannya kepada pasangan secara terperinci sebelum ditanyakan. Termasuk ketika kekasih gelapnya masih menghubungi.

Jawab semua pertanyaan pasangan
Hubungan akan semakin erat apabila pasangan yang curang menjawab semua pertanyaan yang dikhianati. Satu kajian terhadap 1,083 pasangan suami isteri yang terlibat dalam kecurangan mengaku lebih damai ketika mendengar jawapan jujur daripada pasangan masing-masing ( Damai ke? bergantung kepada individu )

Peggy Vaughan, Pengarang ' The Monogamy Myth: A Personal Handbook for Recovering from Affairs' mengatakan memang awalnya sangat menyakitkan apabila mendengar pengakuan pasangan. Tetapi pada titik tertentu membicarakan hal tersebut adalah suatu proses penyembuhan.

Tujuan utama menjawab semua pertanyaan berkenaan kecurangan adalah untuk membangunkan kembali kepercayaan di antara pasangan. Jangan menyembunyi apapun, kerana apabila di kemudian hari hal ini terungkap, pasangan akan merasa dikhianati.

Penyesalan
Hubungan biasanya boleh bertahan apabila pasangan yang melakukan pngkhianatan menunjukkan penyesalan yang mendalam atas sikapnya. Pasangan yang curang harus menyedari bahawa kelakuannya menyakiti hati pasangan.

Ikuti Proses
Proses penyembuhan pasangan yang terlibat dalam kecurangan tidak boleh dipercepatkan. Mereka yang melakukan kecurangan harus sabar dan selalu menjawab pertanyaan berkenaan dengan peristiwa 'pahit' itu pada bila-bila masa sahaja. Cukup sekadar mendengar tanpa rasa marah atau emosi berlebihan.

Bertanggungjawab
Menyalahkan pasangan atas kecurangan yang terjadi tidak akan memberikan hasil apapun. Mereka yang berselingkuh harus benar-benar menunjukkan ketulusan dengan meminta maaf dan bersumpa tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Namun ingat, sumpah tidak menjamin pasangan yang dikhianati mempercayainya dengan begitu mudah. Dalam hatinya boleh tersimpan kebimbangan hal yang sama akan berulang kembali. Satu-satunya cara adalah memperbaharui komitmen rumahtangga.

Sabar
Mereka yang melakukan kecurangan harus sabar bagi mendapatkan kembali kepercayaan penuh daripada pasangannya. Hormatilah proses untuk menyembuhkan luka di hati. Bersabarlah....