Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

February 10, 2014

Perkahwinan Jarak Jauh ( PJJ )

Assalamualaikum dan selamat pagi semua penduduk bumi

PJJ oh PJJ

Sadis..sedih..perit...semua ada

PJJ sekarang ni nurr rasa dah jadi macam kebiasaan pulak kat semua pasangan yang baru kahwin.. eh yang dah lama kawen pun ada juga yang PJJ. Semuanya faktor ekonomi dan taraf hidup. Isteri tak dapat nak jadi suri rumah sepenuh masa. Setuju tak? Kalau yang dah ada anak tu lagi laaa...kompem2 la si isteri je yg uruskan.

Ada yang jadi pasangan hujung minggu / bulan / tahun....oh peritnyaaaaaaa

Untuk pasangan PJJ, ada beberapa perkara yang anda perlu ada

  • Setia ( INI SANGAT PENTING!)
  • Jujur (YANG NI PUN PENTING!)
  • Sabar ( Yang ni terpaksa la )
  • Berfikiran Positif ( Yang ni pon satu hal jugak. Susah sangat nak buat )

Semalam dapat call daripada en.somi yang jauh nun di sana.
En. Somi : Boleh tak nak pergi Sabah? Ada job 2 tahun kat sana. Start 1 Mac
Nurr: Sabah? awal bulan depan? ............ (speechless)
pic ni sedih giler (curi dari google)

Perkara yang mula-mula terlintas kat fikiran --> ANAK
Kitorang bukannya ada anak lagi..sedang berusaha nak dapatkan anak penyambung warisan agama. Kalau duk jauh macam mana?? Arghhh stressss!!!
Pangggg!! (Lempang pipi sendiri). Jangan fikir macam takde agama cik puan nurr oiii...
Tuhan tu perancang yang hebat. KUN FA YA KUN
Beriman kepada Qada' & Qadar dan hadap je semua yang berlaku tu. Biaq pi la orang nak kata apa  pun (err..tetiba cakap kedah)

Baiklah..baiklah...fikir secara positif dan beriman. Bersyukur tuhan masih bagi rezeki T___T
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Chaiyokkk! Chaiyokk!! Saya Kuat!


October 14, 2011

Bagaimana Bila Dia Tidak Setia?

Assalamualaikum dan selamat malam

Apa khabar semua? Malam ni just nak share serba sedikit tips yang aku harap mungkin dapat meringankan beban masalah korang berkaitan dengan pasangan yang mungkin berlaku CURANG

Curang....Erm....satu benda yang paling sukar untuk diterima kan? Paling sukar untuk dimaafkan dan dilupakan..betul tak? Dan yang paling menyakitkan..Proses penyembuhan akan mengambil masa yang agak lama..

Lalu bagaimana caranya kita menjalinkan hubungan selepas kejadian itu?

Berhenti Menghubunginya
Bagi pasangan yag dikhianati, akan merasa tidak tenteram bila pasangannya berhubungan lagi dengan yang bersangkutan. Segala hubungan baik melalui telefon atau dunia maya sebaiknya dihentikan. Bukan soal memutuskan silaturrahim, tetapi menyelamatkan masalah yang lebih besar.

Jika kebetulan bertemu dengan bekas kekasih gelapnya,  dia harus berkomitmen untuk bersikap wajar dan menceritakannya kepada pasangan secara terperinci sebelum ditanyakan. Termasuk ketika kekasih gelapnya masih menghubungi.

Jawab semua pertanyaan pasangan
Hubungan akan semakin erat apabila pasangan yang curang menjawab semua pertanyaan yang dikhianati. Satu kajian terhadap 1,083 pasangan suami isteri yang terlibat dalam kecurangan mengaku lebih damai ketika mendengar jawapan jujur daripada pasangan masing-masing ( Damai ke? bergantung kepada individu )

Peggy Vaughan, Pengarang ' The Monogamy Myth: A Personal Handbook for Recovering from Affairs' mengatakan memang awalnya sangat menyakitkan apabila mendengar pengakuan pasangan. Tetapi pada titik tertentu membicarakan hal tersebut adalah suatu proses penyembuhan.

Tujuan utama menjawab semua pertanyaan berkenaan kecurangan adalah untuk membangunkan kembali kepercayaan di antara pasangan. Jangan menyembunyi apapun, kerana apabila di kemudian hari hal ini terungkap, pasangan akan merasa dikhianati.

Penyesalan
Hubungan biasanya boleh bertahan apabila pasangan yang melakukan pngkhianatan menunjukkan penyesalan yang mendalam atas sikapnya. Pasangan yang curang harus menyedari bahawa kelakuannya menyakiti hati pasangan.

Ikuti Proses
Proses penyembuhan pasangan yang terlibat dalam kecurangan tidak boleh dipercepatkan. Mereka yang melakukan kecurangan harus sabar dan selalu menjawab pertanyaan berkenaan dengan peristiwa 'pahit' itu pada bila-bila masa sahaja. Cukup sekadar mendengar tanpa rasa marah atau emosi berlebihan.

Bertanggungjawab
Menyalahkan pasangan atas kecurangan yang terjadi tidak akan memberikan hasil apapun. Mereka yang berselingkuh harus benar-benar menunjukkan ketulusan dengan meminta maaf dan bersumpa tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Namun ingat, sumpah tidak menjamin pasangan yang dikhianati mempercayainya dengan begitu mudah. Dalam hatinya boleh tersimpan kebimbangan hal yang sama akan berulang kembali. Satu-satunya cara adalah memperbaharui komitmen rumahtangga.

Sabar
Mereka yang melakukan kecurangan harus sabar bagi mendapatkan kembali kepercayaan penuh daripada pasangannya. Hormatilah proses untuk menyembuhkan luka di hati. Bersabarlah....

August 5, 2011

Cinta Oh Cinta

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Dah Lama rasanya Nurr tak update blog ni...Sibuk sikit  dengan kerja...Rasanya belum terlambat nak ucapkan SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT.

Hari ni nak komen sikit pasal CINTA

Sebenarnya takde kena mengena pun dengan aku buat masa sekarang ni...Eh..eh...Bulan puasa pun nak citer pasal CINTA....hehehe....saje nak amek mood

CINTA OH CINTA

Cinta kadang-kadang membuat kita gembira

Kadang-kadang membuat kita terluka....kecewa.....sedih....

Aku pasti bermacam-macam persepsi pasal cinta dalam kepala korang semua...Tapi sejauh manakah cinta korang? Adakah benar-benar ikhlas atau tulus? Atau hanya sekadar untuk mengisi kekosongan di kala kebosanan?

Cintai lah apa yang ada di depan mata kita....Cintai lah apa yang telah menjadi milik kita.... Jangan biarkan apa yang  ada terlepas hanya kerana cinta kepada bukan milik kita. Hargailah apa yang kita ada....Cintailah sepenuh hati jika mahu kan orang yang kita cinta itu juga mencintai kita sepenuh hati.. Tepuk dada tanya hati "Adakah Aku Mencintai Sepenuh Hati?".

Cinta itu indah jika kita benar-benar menghargainya...Tapi jangan mengharapkan keindahan itu jika kita tidak memberi. Kita harus memberi sebelum menerima.....