Showing posts with label hot tiket. Show all posts
Showing posts with label hot tiket. Show all posts

July 1, 2011

Maxis@Hotlink & Services

Hari ni hari ke-3 aku top up hot tiket internet tapi still tak masuk-masuk…bengang tak payah nak cakap laa…samalam dah 3x aku call customer services tapi still x settle gak! Aku ni kira pelanggan setia la hot tiket internet tu..bila dah jadi macam ni aku rasa macam nak maki-maki je..Actually dah banyak kali jadi camni Cuma aku x amek port sangat. Kali ni aku rasa tak puas hati la sebab tu Hot tiket untuk limit 7 hari..sape tak marah der! Memang SUCK la!


Citer pasal customer service

Panggilan Pertama

Aku     : Saya dah top up sejak semalam lagi tapi still tak masuk-masuk. Masa top up tu dah bagitau berjaya tapi mesej pengesahan tak sampai-sampai
Maxis : habis tu cik nak kami buat ape?

Bodoh punya soalan atau ko yang bodoh? Dah sah-sah la aku call ni sebab nak claim balik aku punye kredit tu!

Panggilan Ke-2

Aku       : (cerita panjang lebar mcm panggilan 1)
Maxis   :  Sebentar saya check dalam system dulu..
Aku      : Ok
Maxis : Daripada system kami, cik tak dapat nak buat langganan baru sebab internet yang cik langgan sebelum ni iaitu utk sejam masih lagi aktif.
Aku     : Oh yeke? Bila tu?
Maxis : September 2010
Aku    : Aik! Macam tak logik je!

Hadoiiiiiii!!!!! Dah sah-sah la tak logik! Macam mana pulak boleh cakap September 2010, pastu sejam plak tu? Sedangkan aku ni setiap seminggu sekali atau 2 minggu sekali mesti top up Hot Tiket Internet tu sejak tahun 2011 ni

Panggilan 3

Aku     : Saya dah call banyak kali dah ni………… (citer punye citer)
Maxis : Ok cik saya akan buat semakan dan dalam masa 15 minit lagi saya call cik balik

Beberapa minit kemudian…..

Maxis : Ok cik, top up tu sudah masuk ke dalam akaun cik. Tapi cik mesti tukar daripada Hotlink Profile ke Broadband Profile. Lepas tu cik boleh guna internet macam biasa.
Aku    : ????? ( tak banyak Tanya just  cakap OK je)

Lepas tu baru aku terfikir..ape kena mengena tukar plan plak ni? Hot Tiket tak kena tukar plan pun sebab dia ada bahagian dia sendiri…Selama ni aku guna OK je tak payah tukar-tukar. Setahu aku kalau Broadband profile tu yg langgan guna kredit biasa bukan pakai Hot Tiket.

Korang tahu tak sampai ke hari ni asal aku tekan *100# masuk je kebahagian internet terus jadi camni >>>> SERVICES CURRENTLY NOT AVAILABLE. PLEASE TRY LATER. Sejak dari semalam lagi…Dah Jenuh aku duk tekan keypad aku tu sampai ke arini. So, macam mana nak nak try buat macam yang panggilan ke-3 tu suruh buat? Rasa macam nak cabut simcard maxis tu patah2 kan je.. Dan 1 lagi CUSTOMER SERVICES ni tahu ke tak pasal produk2 atau servis yang ditawarkan Maxis@Hotlink ni? Ntah-ntah dorang tak pakai pun Maxis..!!!! HuHHHHHHH!!!!!!!!! Kalau sehari 1000 orang kena macam aku, KAYALAH MAXIS!



April 23, 2011

Surf Internet tapi tak guna broadband

Semua orang ingat aku guna broadband..siap tanya bulan-bulan berapa..Ops..aku tak guna broadband la..hehehe...Aku cuma top up handphone pastu bluetooth kat netbook...Betul laa....tak tipu!


Tu bukti...aku guna Hot Tiket Internet. Orang tanya nape tak langgan yang biasa-biasa pakai modem..Sebab aku tak nak ada komitmen..bulan-bulan nak kena bayar..Kalau pakai top up tak de la terasa sangat. Pastu kalau pakai top up ni aku ada 2 pilihan nak surf internet

Pilihan 1

Aku boleh terus surfing internet terus dengan telefon..Yela bukan aku bukan selalu bawak netbook aku g mana-mana pun. Tapi kalau handphone betul aku akan selalu bawak pegi mana-mana.

Pilihan 2

Kalau aku kat umah @ ofis, aku guna handphone aku jadi modem pastu sambungkan ke netbook aku.

Bagi aku tu lagi senang kot...hehe...dan aku takde niat nak pakai yang langgan bulan-bulan buat masa ni. Kecuali....haa....ada kecuali tau..kalau kat sini boleh UNIFI memang aku akan langgan bulan-bulan..

Dulu aku penah pakai broadband celcom..Puas hati la..tiap-tiap bulan RM89/5G tapi masa aku terminate tetiba kena bayar RM300++..what the? Padahal aku dah cukup kot tempoh kontrak tu..Arghh lantak laa...malas nak amek port...Yang penting sekarang aku guna HOT TIKET INTERNET