Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

April 24, 2011

Tak Cool OK! Comel Pon Takkkkkk!!!!!!

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua.. Mood tak bape nak OK.


Tak tahu laa...rasa cam nak maki-maki orang je..tapi takde la aku nak maki sesuka hati kan. Meh sini nak citer pasal PEROSAK BAHASA atau bahasa yang digunapakai oleh remaja-remaja zaman sekarang ni. Kalau dulu, zaman aku selalu je keluar isu perosak bahasa sebab banyak sangat shortform..Tapi sekarang masalah yang sama tapi lagi bagus la sebab makin panjang kan perkataan tu... Ish3x... macam mana tu?!

Korang tak paham? Meh aku tunjuk contoh-contoh ayat perosak bahasa zaman sekarang 

Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' 
 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' 
 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew'
Kredit to :  penebukkertas @ i-share.ws


Woii...bahasa planet mana korang tulis nih? Planet Pluto ke ape?

Korang ingat semua orang suka sangat la ko tulis macam tu? Korang bajet comel la tulis macam tu? Korang sedar tak orang-orang kat luar sana tu MENYAMPAH sampai nak muntah tau tak! Gedik! Eee...rasa macam nak lempang-lempang je orang yang gunapakai bahasa macam ni..

Lagi 1 korang ni menyusahkan..tak paham? Meh aku nak terang...dah la bahasa tu gedik cam S*** pastu menyusahkan orang..sebabnya TAK PAHAM! Apa korang tulis nih? Nak kata Bahasa Melayu bukan, Bahasa Inggeris jauh sekali! Korang suka-suka hati nak tambah huruf kasi panjang.. 

Mak bapak hantar pegi sekolah tu, belajar la betul-betul. Tak payah la korang nak buat perubahan bahasa ni semua. Takde faedah laa...Aku menyampah giler korang tau tak...Eeee...tolong laa.... 

Kalau korang semua macam ni, siapa yang nak letakkan martabat Bahasa Melayu kat tempat yang tinggi? Siapa nak yang nak memperjuangkan Bahasa Melayu? Korang nak ke kalau bahasa macam ni digunapakai? Imagine-imagine....Bahasa ni digunapakai kat sekolah, pejabat,urusan rasmi.....wakakakakakakkaa....tak boleh BLAH! Aku rasa aku la orang pertama yang akan buang dalam tong sampah! 

Kat sini aku attach 1 video untuk tontonan korang & percayalah ramai yang menyampah dengan korang!
( kwn aku bg link video ni lepas dia tengok aku publish entry ni..thanks..memang terbaik la! )

Actually video ni ade sedikit salah...sebab pada pendapat aku, bahasa ni diguna pakai oleh remaja-remaja atau budak sekolah dan bukannya oleh mat rempit.. So. mat-mat rempit jangan sentap plak ok..Aku tak nak la korang tengok entry aku ni besar kecik besar kecik je..ehe



Korang fikir-fikir lah...gunalah bahasa sebaik mungkin...jangan la sesekali rosakkan bahasa sedia ada yang jauh lebih cantik dan bagus.. 


BERBANGGA LAH DENGAN BAHASA KEBANGSAAN KITA!


April 13, 2011

Masalah Bahasa

Selamat Petang semua.. Apa khabar hari ni? Hope semua ceria-ceria selalu secerah cuaca di luar sana.. Hari ni aku nak sharing dengan korang semua pasal bahasa. Actually aku bukannya perfect sangat dalam berbahasa ni tapi aku seboleh-bolehnya akan cuba elakkan daripada masalah bahasa ni.

Masalah bahasa ni ada macam-macam. Contohnya:

Orang yang nak berbahasa inggeris tapi kurang fasih dan ada kesalahan yang membuatkan bahasa mereka janggal. Kadang-kadang ada juga orang yang keluarkan statement mcm ni :

Alaa...suka hati aku la nak cakap macam mana pun asalkan orang tu faham
Ye betul aku akui orang berusaha untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun dia agak kurang fasih adalah seorang yang berani. Walaubagaimana pun, seseorang itu harus peka terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dan jangan sampai timbulnya salah faham. Ni antara benda-benda simple yang perlu kita ambil perhatian juga walaupun ianya cuma penyambung ayat " is, on, was, a" dan banyak lagi.

Tidak salah kiranya kalau kita selak-selak buku atau tanya orang yang lebih mahir. Macam aku sendiri pun kalau terlupa atau tak tahu memang aku akan tanya sesiapa saja atau aku selak kamus lebih-lebih lagi kalau masalah ejaan atau cara sebutan. Tak salahkan dan buat apa nak malu sebab ini adalah "learning process"


Dulu aku pernah masuk kelas bahasa dan cikgu aku ada pesan jangan guna atau bercakap dengan style ni :
"Wanna be........" tolong cakap dengan bahasa yang betul iaitu "want to be....... ". Nak tahu sebabnya? sebab ianya adalah Bahasa Inggeris kelas bawahan. "Baikkkkkk cikgu! tak cakap dengan bahasa bawahan lagi"

Bahasa Rojak

Kalau untuk komunikasi harian aku rasa takde masalah untuk berbahasa rojak tapi kalau untuk syarikat-syarikat atau jabatan-jabatan yang profesional adalah kurang profesional rasanya kalau berbahasa rojak. Contohnya aku ada buat panggilan ke sebuah bank dan aku agak kurang gemar cara orang tu menjawab telefon

Hello, Good Morning P***** Bank. Boleh saya bantu
Lebih bagus kiranya orang yang menjawab itu buat keputusan samada ingin menjawab dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu dan jangan sesekali "merojakkan" kedua-dua bahasa. Sebab ini akan membuatkan kita nampak tidak profesional terutamanya jika berhubung dengan pelanggan.

Aku bukannya nak cerewet atau saja nak tunjuk pandai atau kutuk sesiapa cuma ini 1 peringatan untuk diri sendiri dan semua. Sama-samalah kita belajar tapi yang penting jangan letakkan Bahasa Ibunda kita di kelas ke-2. Fikir-fikirkan lah..