July 19, 2013

Birthday Gift dari Zalora

Assalamualaikum & selamat pagi

Gedix je kan pagi-pagi nak update masuk birthday gift dari Zalora...eh ade orang kesah ke?? huahuahuahua

Ni diaaaa...!!


zuppppp...!! dengan sepantas kilat (pantas ke?) terus ke website zalora..window 7 shopping dulu (ni baru betul window shopping). Nak beli apa ek??? dulu penah beli heels..rujuk entry ni --> Zalora

citer pasal zalora ni masing-masing takut nk shopping kat situ kan... bagi sape2 yang dah ade bad history tu rasanya memang dah serik la kan..huhu...tapi aku nk try gak beli kali ni..gamble...tapi kali ni nak try untuk COD. Sebelum ni by pos je..alang-alang dah stay kat Selangor ni nak try COD la...tapi tak check lagi coverage COD dia sampai mana..kehkehkehkeh..tape2 nanti check okeng!

Nak beli ape ek???


July 18, 2013

Apakah Rahsia Kunci Syurga yang disimpan Paderi?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua umat manusia di muka bumi ini.

Hari ke-3 nurr baca 1 blog yang sangat-sangat menarik perhatian. Setiap entry yang dibaca akan membuatkan nurr akan terus baca entry lain-lain lagi

Kat sini nurr nak share sedikit kandungan di dalam blog SEBUAH KEHIDUPAN

APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?

Untuk menjawab persoalan Ini, saya kongsi dengan anda satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi Katolik.Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar.Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican.Dan apakah fungsi AlQuran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican. Kisah ni saya petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah.


Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Saudara islamku sekalian!

Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

DUA KUNCI SYURGA YG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.


Miftahul Jannah. Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu.Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yg tidak dapat menerima kehadiran sorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab. Junjungan besar kita.. Nabi Muhammad s.a.w.



July 17, 2013

Edisi Jom Tutup Aurat

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Selamat berpuasa untuk yang berpuasa

Entry hari ini nak ajak semua tutup aurat.. Mesti ada yang akan cakap..ek elehhhh macam la dia tu tutup aurat sempurna sangat.

Mungkin hari ini kita semua sudah menutup aurat tetapi belum cukup sempurna. Jadi mari lah kita sama-sama belajar dan upgrade diri kita ke arah yang lebih baik. Macam nurr sendiri, nurr mulakan dengan "labuhkan tudung dan tutup lah dada". Setiap kali sebelum keluar pegi keje atau keluar jalan-jalan, berdiri dengan cermin dan tanya ok ke tak ok ni. tengok baju dah bawah punggung tak. Tudung kat depan dah labuh ke?

Sejak umur makin meningkat ni, rasa malu tu datang sendiri kalau pakaian yang kita pakai tak tutup dengan sempurna. Walau apa pun, nurr masih berusaha untuk jadi lebih baik sekarang.

JOM KAWAN-KAWAN KITA BERUSAHA TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA



Ok, ni nurr share tips untuk  menutup aurat (kredit kepada: HARIAN ISLAM)


TIPS MENUTUP AURAT

1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.
2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”
5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.
Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??
    Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]


July 15, 2013

EDISI RAMADHAN | JOM BERAMAL


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua

kruk..krak...kruk..krakkkk.....kihkihkihkih..tengahari kannnnn....paham-paham la sume ye

untuk mengelakkan rasa lapar, nurr ada surprise  untuk korang sume!!!

PROMOSI SEMPENA RAMADHAN

tetapi sehingga 21 JULAI 2013 SAHAJA







Semua pesanan boleh hantar ke ---> Nurrstyle


STOK ADALAH TERHAD








July 14, 2013

Betul ke format dan cara hasilkan resume itu penting??










 Assalamualaikum dan selamat petang semua

petang-petang sebelum berbuka ni nurr nak share info mengenai resume

Macam mana korang semua buat resume? format pulak macam mana?

Ok! back to the topic.

Siapa cakap resume itu tak penting pun cara dihasilkan asalkan ada butir-butir yang diperlukan cukuplah. Siapa cakap? Pernah tak korang terfikir berapa banyak resume yang diterima oleh bakal majikan untuk setiap jawatan kosong? Berapa lama masa yang diperlukan untuk bakal majikan tu akan tengok resume kita? Adakah resume kita menarik perhatian untuk dia tengok?

Masa nurr blaja dulu-dulu, lecturer selalu je pesan. Antaranya ialah:-

1. bezakan resuma kita (kalau post la ye) dengan warna sampul surat.
2. format resume dan cara untuk menarik perhatian majikan untuk terus membaca (Ini paling penting)

Bagi yang tidak tahu bagaimana cara untuk buat atau tidak ada masa untuk update resume, sekarang ada cara yang mudah. Ada resume yang boleh ditempah atau senang citer kita upah orang je yang tolong buat resume. Contohnya kat sini ---> SERVIS KERJAYA

Sekarang ni dah tak macam dulu. Resume semua kena buat sendiri. Kalau sesiapa yang ada masa boleh beli e-book dan baca cara-cara nak buat resume yang boleh menarik perhatian dan kalau nak senang just upah je. tup..tup..resume dah tersedia..tinggal nak print je. Mudahkan?

itu saje nak share

Selamat berbuka semuaaaaa....bukan sekarang taw! nanti tunggu azan maghrib




July 10, 2013

Menu Bersahur | 1 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA

Pagi tadi bangun just panas kan apa yang dimasak semalam. Awal tau ai bangun. Kul 4 pagi uollsss.. Bangun awal sebab nak sambung tido balik..hahahahhaa....En.somi plak komplen sebab awal bebeno katanya. Esok suh bangun kul 5...baiklahh...xde can la nak tido esok :p



Nasi minyak tetapi terlebih kaler..hehehe...dengan ayam kerutub..nyum3x...Bersahur biasanya satu dugaan la jugak kan. Nape nurr cakap dugaan? 

1. Sebab kena bangun time tengah sedap2 tido
2. takde selera nak telan sume makanan tu

Dulu nurr pun macam tu jugak. Tapi sebenarnya atas mentality kita masing-masing. Macam mana kita set kan dalam otak kita.

Dulu nurr memang tak selera nak makan pagi-pagi. Sampai la nurr ubah mentaliti dan cakap kat diri sendiri "SEDAPNYA MAKANAN NI". Lepas tu cuba makan dengan penuh berselera. Sama juga kalau minum air putih / air masak. Macam tu jugak.

Cubalah buat apa yang nurr amalkan untuk diri sendiri ni. I'Allah dapat makan dan minum dengan berselera semasa bersahur ^__^v





July 8, 2013

Karnival Kerjaya 2013 | KL Convention Centre

Assalamualaikum semua

6/7/2013 aritu, pegi kat Karnival Kerjaya di KL Convention Centre. Beria je bangun pagi2, naik komuter bagai dari kajang dengan harapan ada la peluang cerah yang menanti. At least pun ade sesi interview kat situ jugak. Tapi.....impian tinggal impian..hampehhhh..sia-sia je pegi..tak padan dengan letih sampai nak tecabut kaki ni haaa!

yang untungnya dapat goodies bag ni je

Kecik je event tuuuu.....pastu aku rasa, kitorg duk round tempat yang sama entah bape kali tak tahu laa dengan orang yang ramai dh macam sardin dah. Patut la aku tengok ramai yang dah kuar daripada hall, sedangkan baru je pukul 12.30 tengahari.. event plak baru je start kul 12.

Nape aku cakap rugi? nape aku cakap tak berbaloi?

Dah nama pun karnival kerjaya kan.. pegi sana opkos la tanya macam mana nak apply keje. Mungkin ada peluang nak drop resume ke ape kan. Tapi rata-rata company yang beso akan cakap "encik boleh apply kat website kami bla..bla..bla". Puihhhh....kalo setakat nak apply online, tak payah la kitorg susah-susah nak datang sejauh ni daripada kajang. Ntah pape

Kesian dowh ade yang bawak fail tebal-tebal. aku agak sampai ke sijil tadika dibawaknya sekali. Pastu bila tanya mesti cakap " Sorry untuk fresh graduate shj". Choyyy!! kat situ tulis fresh graduate with experience 2 years bla bla bla... kalo dah graduate macam mana plak nak bleh ade experience ber year2 tuh. Aku tengok ade jugak yang experience datang untuk upgrade kerjaya sama macam laki aku ni haa..tapi hampaa laaa..

Aku pun tak pasti samada event ni memang untuk pencari kerja atau semata-mata untuk meramaikan orang sempena launching program CEO Apprentice.  Tapi apa yang aku cakap ialah memang tak berbaloi.





White House Down Best Ke??

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaaa!

Ni last week punye citer tapi baru terhegeh-hegeh nak hapdet

Macam biasa nak tengok citer lain, last2 tengok citer lain..ngeh ngeh ngeh. Ingat nak tengok monster university tapi lambat la pulekkksss... So, macam biasa citer aksi la yang jadi pilihan

 beli tiket dulu 
bukan seat depan skrin patah leher nak tengok ye


Lepas tu amek pic dulu
Konon-konon nak usha hero tu tapi x clear la pulop sbb flash camera
&
kalau cameraman bertenang mesti pic ni clear..kan...kan..kan

layan games dulu sebab banyak masa lagi sebelum layan movie

Banyak la plak nak tunjukkan..okeng okeng! Direct to the topic.

Citer ni mengisahkan White House yang cuba dilumpuhkan oleh orang dalam White House ni jugak. Senang citer, dia nak gulingkan Presiden.Citer ni best jugak! Not bad..tapi takde la mendebarkan macam citer World War sebelum ni. Ending macam biasa la, hero yang menang. Citer ni menarik juga untuk ditonton. Presiden berjaya diselamatkan oleh......oleh HERO laaaa....haaa...nak tau lebih lanjut boleh ke pawagam yang berdekatan


rating: 4/5

 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons