June 2, 2011

Nora Elena - Wajib Tonton

Assalamualaikum dan Selamat petang

Actually aku still lagi pening-pening lalat masa duk taip entry ni...hehehe..tapi semangat punya pasal..kehkehkeh


Sekarang ni ada drama bersiri slot Akasia kat TV3 iaitu NORA ELENA. Setiap minggu dari hari isnin sampai khamis aku tak penah miss. Mesti ade depan TV sebab nak tengok citer ni. Actually citer ni adaptasi dari sebuah novel Kasih Yang Suci.



Mula-mula aku tengok citer ni sebab hero dan heroin handsome dan cute.. Ciss...gedik! Hahahaaha...Bila hari-hari dah follow melekat pulak..

Sinopsis Nora Elena
Nora Elena ( Siti Saleha ) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalani kehidupan normal dan bakal mengahwini Idham ( Zul Ariffin ). Namun, keadaan telah berubah setelah bertemu Seth Tan ( Aaron Aziz).
Idham bercadang untuk membatalkan perkahwinan setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan diri untuk menjadi Pak Sanggup untuk menggantikan tempat Idham di dalam perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.
Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora mendapat tahu Seth Tan adalah lelaki yang menodainya 10 tahun yang lalu. Malangnya Nora Elena ketika itu mengandung anak Seth Tan.
Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?

Nak cari novel ke tak nak? Kalau dah beli nanti tak best la sebab dah tahu ending macam mana kan...Takpe2..kita tengok sampai habis dulu citer tu. Lepas tu baru beli buat koleksi


0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons