June 2, 2011

Jangan jadi Bodoh Sombong

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Hari ni aku stress sangat-sangat sampai nak muntah! Serius ok..aku tak main-main... Keje tak bape nak stress tapi bila kena dengan partner yang berlagak pandai dan bodoh sombong, tu yang buat aku jadi stress..

Cerita 1

Kau : Mana handphone ni.. Rasanya letak kat sini ( sambil cari-cari henfon )
Aku : tu kat situ ( sambil tunjuk kat satu sudut )
Kau : Macam mana boleh ade kat situ. Saya letak kat sini
Aku : Lupa kot. Salah letak
Kau : Mana boleh. Memang letak kat sini! ( confident je dengan muka berlagak )

**Abes tu kau ingat henfon tu jalan sendiri ? Ke ko cakap aku yang amek henfon ko letak tempat lain? Taw la keje 2 orang je..takde masa aku nak sentuh barang ko


Cerita 2

Jam 5.30 petang

Kau : Saya nak keluar kejap beli pen
Aku : Ok

** Pukul 7 lebih baru kau balik ofis...@#%$&*. Ko beli pen ke buat pen? Cuba kalau aku buat macam tu? Memang ko bising la kan

Cerita 3

Dia : Dengar cerita nanti ade kerani pengambilan baru. Lepas ni senang la keje
Kau : Masalahnya buat keje ke? Ntah2 semua keje kita yang buat
Aku : ......................

**Der....ko nak mengata pun agak2 laa...Ko ingat aku ni tak buat keje ke? Ko ingat aku datang keje tengok TV ke? Goyang kaki? Tolong la jangan pertikai keje orang...ko bajet ko macam bagus je

Cerita 4

Pukul 1.30 tengahari

Kau : saya balik dulu ye..ade hal
Aku : k

**Aku tak kesah pun ko nak balik awal. Tapi tulis la buku log serah tugas tu jangan nak harapkan aku sebab tu bukan keje aku..keje ko kan..Kalau orang lain tak tulis ko bising-bising, hempas-hempas barang. Tapi bila kau? Huh!

Citer lain-lain
  • Ko tak bape nak celik IT tapi ko tak mengaku kan...kan..kan...Ape salahnya kalau tak tahu tanya..tak jatuhnya kredibiliti kau tu. Dah la menaip pun macam siput..pelik aku..
  • Hari tu ko tengok ikon kat desktop pc belakang besau giler kan..pastu ko tak berani nak guna PC tu kan? Hahahaha..kelakar la ko ni
  • Dulu ko penah tanya kawan aku "BM masa SPM boleh berapa?" pastu ko tanya macam dia tu tak reti tulis BM. Penah ko uji aku ejaan perkataan dalam BI..ish3x...der...der.... Ape motif ko? Setahu aku la kan...aku, ko dan kawan aku tu..ko sorang je lepasan SPM. Ko buat kitorang macam kitorang ni bodoh der...ko sedar tak? ish3x..
  • Ko nak buat carta organisasi tapi ko nak pakai software yang dah lapuk. Aku pun tak penah dengar.. Ko pegi tanya kat clerk lelaki yang sorang lagi tu mana nak download software. Then clerk tu tanya balik kat ko " nape tak tanya aku & nape tak buat pakai word je". Ko nak tanya aku? Aci gigit jari laa..Der...der.....kadang-kadang jangan kita fikir kita yang terbaik. Kalau kita asyik berlagak nanti diri sendiri yang malu...
  • Kadang-kadang aku malas la nak layan orang bodoh sombong macam ni..buat sakit hati je..tapi bila dh depan mata tak boleh buat tak tahu kan..

Psssttttt : "Kau" dalam cerita ini adalah seorang LELAKI


2 berani bersuara:

tz-mlt said...

urm...si 'kau' tu laki ke pmpuan??

nurr said...

si "kau" tu lelaki

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons