June 16, 2012

Jangan Langgar Sempadan Agama

Assalamualaikum dan selamat petang semua

Sebenarnya dah lama aku nak berkongsi sedutan teks TITAH Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah sempena istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ke-12 di Ipoh, Perak.

Teksnya sangat-sangat panjang tapi aku tertarik dengan salah satu perenggan ni..disebabkan aku ada sedikit masa percuma  free arini, dengan berbesar hatinya nak share dengan korang semua..chekidauttttt!

Kebelakangan ini, garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan mula dilanggar. Malah ada dikalangan bukan Islam yang semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat, memperkecilkan akidah umat Islam, kini dipersoalkan - dipertikaikan - diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.

Perbuatan tersebut nyata melanggar sempadan, malanggar adat resam beragama secara aman dan damai. Tatasusila menghormati agama lain, tatasusila tidak memperkecilkan agama lain, tatasusila untuk tidak mencampuri urusan agama lain adalah tatasusila yang wajib dipatuhi, selaras dengan maksud yang terkandung dalam ayat tiga hingga ayat enam Surah Al Kaafiruun:

Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan, secara terbuka dibimbangkan, berkemungkinan menjadi punca - mencetuskan berlakunya tragedi buruk. Oleh itu, perbuatan sedemikian wajib dihentikan dan secara tegas, dicegah dari dibenarkan berlaku.

Peringatan Beta! Bara Keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri - kelak nanti terhangus negeri.
"Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak pernah (pula) menyembah Tuhan yang aku sembah, Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku"
Sumber: Utusan Malaysia m/s 10; Rabu 4 April 2012


Peringatan Beta! Bara Keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri - kelak nanti terhangus negeri



Jangan Sebar Aib Sesiapa

Assalamualaikum dan selamat malam semua


Erm....camne ye nak start ye....

Sebenarnya semalam housemate aku tetiba tanya pasal citer tanah kubur... pastu die citer la pasal si polan bin si polan ni yg baru meninggal dan ada 1 kejadian yang berlaku kat tanah perkuburan tu..Aku jadi agak kurang senang...then aku tanya la.... "tau dari mana?" pastu die cakap ada someone kat ofis yang citer..aku tanya lagi "die tu pegi ke masa tu?"..Housemate aku jawab "taklah..ade orang yang citer"...

Aku terdiam kejap..pastu aku cakap la "sepatutnya apa saje yang berlaku masa tu tak perlu diheboh-hebohkan kat orang..kira abes kat situ sudah la..kalo dah heboh-hebohkan maksudnya dah sebarkan aib si mati".. Housemate aku pun setuju gak dengan apa yang aku cakap tu..Aku pun dah tak komen lebih-lebih..kira setakat tu je la...

Nasihat aku tidak semua perkara perlu kita ceritakan...jadikanlah itu sebagai satu pengajaran jika kita melihat peristiwa yang berlaku.. tak salah kalau nak bercerita untuk dijadikan satu pengajaran tapi elok lah kiranya siapa arwah dirahsiakan... Ni terang-terangan bagitau sape die...kesian arwah & keluarga... sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah utk arwah..

June 6, 2012

Di Sebalik Tabir Majlis Kawen | Joe & Ina

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..selesai sudah majlis perkahwinan adik aku....Penat masih lagi belum hilang... Penat jugak jadi wedding planner tak terlatih ni...patut la orang amek bayaran mahal kan..huhuhu....

Tugas aku sebenarnya takde la banyak sangat..cuma kena siapkan pelamin,bilik pengantin, meja makan beradap, barang hantaran dan bunga telur..Walaupun tak banyak tapi stress tetap ade sebab nak kena layan permintaan pengantin kan..Adik aku ni lelaki..kiranya pelamin just simple2 je la sebab sambut menantu....mula2 tak nak buat pelamin..just dlm bilik dgn tempat makan beradap je...so, senang la keje aku..alih2, last minit cakap nak buat pelamin plak..adess...sabo je laaa....

Kat bawah ni sedikit gambar yang dapat dikongsikan..next entry aku akan bagitau berapa bajet yang diperlukan...zasss...layannnnnn







Pelamin takde kerusi...huhuhu...ni kira tempat utk amek gambar shj bukan utk bersanding..sekian, terima kasih

***ehem2...takde upah ke buat sume ni?

May 28, 2012

Proses Merealisasikan Impian

Assalamualaikum dan Selamat Malam 

Dah nak masuk bulan 6...dah boleh nak buat preparation sikit-sikit kata orang..errr....rasa macam lambat je lagi... Tapi dalam diam-diam sebenarnya aku dah usha-usha..dah buat planning sikit..dah booking ape yang patut..huhuhu....tak lah buat preparation last minit, nanti kelam kabut..

Actually dalam duk usha-usha dan planning tu masih berkira-kira takut tak cukup bajet..Risau gak sebab tak penah lalui kan..kalau penah lalui tu senang la kan nk buat preparation..Hehehe... Setakat ni yang dah booking Photographer merangkap En.Kazen..So, senanglah nak kauntim ape yang nak ape yang tak nak.. Lagi satu baju t-shirt rewang pun dah tempah (punya lah lama cari tempat yang boleh bagi harga murah). eHEM..ehEM...aku bukannnya kedekut cuma berusaha untuk mengelakkan pembaziran disamping berjaga-jaga supaya tidak OverNite Over budget....Satu lagi benda yang sangat-sangat penting tak booking lagi---> BRIDAL la...tak tahu kat mana nak usha-usha area Kelantan ni...Any Suggestion?

SANGAT BERBESAR HATI  KALAU ADA SAPE2 YANG BOLEH SPONSOR

Hikhikhikhik..berangan je lebih..kalau retis takpe la kan..ade la yang nak sponsor

Dan ada satu lagi MASALAH TERBESAR aku ialah TAK TAHU NAK KALER APE!! Kalau sedara-sedara tanya tu, aku selalu je jawab "WARNA WARNI DI AIDILFITRI" hAHAHAHA..Ops..rileks2..jangan membebel dulu ye semua...meh nak stori sket Majlis Impianku....jeng..jeng...jeng.....


Kalau tengok kepada jawapan aku kat atas tu, agak-agak apa yang terlintas dalam fikiran korang? cuba share sikit..mana tau boleh dijadikan idea..betul tak?

Kalau aku sendiri, aku nak kan suasana segar,,,ade banyak bunga...kaler basic kaler putih, krim..lain-lain kaler mesti kaler pastel..So, nak kaler ape ye??? Help Me!! Help Me!! Serius tak tahu nak kaler ape yang nak selit-selit dalam kaler putih & krim tu

Akhir kata HELP ME!!!



***Psttt...Kan Best Kalau Ade Yang Murah Hati Nak Sponsor...hikhikhik


1 like = 1 Sokongan & Doa Utk Kami ^__^ tenkiu

March 31, 2012

Cover Timeline Facebook

Assalamualaikum dan selamat petang semua...selamat berhujung minggu

tak keluar jenjalan ke? Aku macam biasa la "lepaking" kat umah mengadap skrin ni haa...

Pagi tadi online facebook tengok sume page dah bertukar jadi timeline...hehehe...ramai jugak yang duk komplen tak best tapi bagi aku ok la..senang nak check aktiviti yang berlaku kat page. Dan yang aku paling suke Auto appear ape2 je yang dah update sebelum ni..tak payah susah-susah nak share banyak-banyak kali..fans dah boleh tahu ape-ape yang sebelum ni..

Dengan pantasnya aku create cover untuk page aku...takde la cantik sangat tapi boleh la untuk dijadikan cover kedai-kedai aku tu



Jemput la jenguk-jenguk kedai-kedai kat atas ^__^ mana tahu ada yang dicari dan berkenan dihati