November 1, 2017

Team Building : Felda Residence Tekam, Pahang

Salam dan good morning semuaaaa....

Cerita minggu lepas :)

Perjalanan ke Felda Residence Tekam dari Cyberjaya ambil masa 5 jam. Ya, 5 jam sebab campur dengan jem, berhenti isi minyak dan berhenti makan.

Kalau korang nak tahu Felda Residence Tekam ni terletak di Jerantut, Pahang.


Yeayyy dah sampai !

Kat sini kami dibahagikan 2 orang 1 chalet. Tapi dalam 1 chalet tu ada 1 katil Queen dan 2 katil single. Kiranya 1 chalet ni boleh memuatkan 4 orang sebenarnya. Tapi untuk keselesaan, kami duduk 2 orang je :)

 Ruang atas ada 2 katil single

 Ruang bawah ada 1 katil queen

Kat sini ada macam-macam aktiviti boleh dibuat untuk program team building.

Jungle Trekking dan Jelajah Gua Batu Gelanggi

 Kabus pagi dengan udara segar. Sedut puas-puas

Ada banyak gua sebenarnya tapi kami cuma jelajah 6 gua sahaja iaitu gua sanding, gua angin, gua potret dan 3 lagi lupa nama..hahaha. Korang kena rasai sendiri keajaiban dan pengalaman jelajah gua ni. Nurr tak amek gambar banyak sangat dalam gua sebab lighting kurang sket. So, pic jadi tak clear. Al-maklum la guna kamera handphone je.



Tips jelajah gua : Bawa lampu suluh/ headlamp, pakai kasut yang sesuai, botol air kecil dan kalau boleh kurangkan beban beg.


Bersedia untuk basah dan kotor ye korang sebab ada part kena melalui ruang yang sempit. Masa kitorg pegi ni pun tanah basah sebab hujan. Hutan kat sini memang dorang tak jaga dan bersihkan sebab nak kekalkan pertumbuhan ratusan tahun dan biar nampak semulajadi. Tak nak ganggu proses tu.

Flying Fox


 Kali pertama buat aktiviti ni..hahaha.. Memang la nervous sebab tinggi kan. Tapi kalau tak join rugiiii... Ntah bila plak la dapat buat kan.

Berakit


Sebelum naik korang kena bina dulu dari PVC dan tong kaler biru tu. Make sure kukuh ye! Kang karam pulak..hahaha. Rakit kami Alhamdulillah tak karam walaupun ada tali yang dah terburai.


Kena bina --> Angkat pegi tasik --> Dayung --> Angkat simpan

Hahahaha... Aktiviti ni agak penat sket la.. Berat kot nak angkat benda tuh. Yang mendayung lagi la tough. Nurr jadi pengimbang je kat tengah. Tak nak join mendayung sebab dah ada pengalaman mendayung berkilo KM di taman negara dedulu. Well, sapa yang penah mendayung, tahu la nape nurr mengelat. Hahahaha.

So, far aktiviti yang sini best. Kat sini selain chalet, ada bilik-bilik macam hotel tu. Yang tu dekat lobi utama dan dekat swimming pool. Harga pun berpatutan. 

Itu je nak sharing dengan korang.. byeeeee

October 31, 2017

Luxe Slim Eyebrow by RiRe

Gud morningggg semua.

Excited semalam sebab terima parcel dari Seoul, Korea. Hahaha... beli barang dengan Althea. Ingatkan nk tunggu gaji dulu. Just add to basket je.. Pastu Althea ada buat promosi Buy 2 free shipping. OMG!

Shipping mahal uols.. RM18. Terus je iols purchased 2 barang. Actually eyebrow ni tambahan untuk cukupkan 2 barang je. Kihkihkihkih. Barang yang i add to basket tu terus je removed sbb tak gaji lagi. Just beli yg penting. Nanti i review 1 lagi barang tu.


Eyebrow ni slim je. Sesuai sgt untuk beginner. Lukis elok2 pastu cantikkan dengan berus.

Colour yang nurr pilih ni natural. Sebenarnya nurr tak penah guna calour grey brown ni. Biasa guna dark brown. Colour ni sesuai utk sesiapa yang tak nak nampak over sangat lukis kening sebab natural. Mcm nurr lagi prefer dark brown sbb nampak lagi natural. Alahhh kalo korang peminat citer korea, korang akan perasan dorg guna kaler ni nampak natural gitu.

Luxe Slim Eyebrow ni ada 3 jenis kaler : Grey Brown, Deep Brown dan Light Brown


Harga asal : RM73 
Promo : RM12

Kalau korang nak tahu, kat Althea ni ada macam-macam jenis skincare, mekap dan lain-lain beauty product dari Korea. Harga pun berpatutan.

Boleh beli kat sini -----> Althea


August 25, 2017

Clinelle Whiten Up Skincare

Salam semua..

Ingat tak bulan lepas nurr beritahu pasal produk yang duk hunting. Nurr hunting yg jenis ni sebab sesuai guna cleanser brand ni tapi yg jenis untuk oily dan blemish prone skin. Saje la nak try untuk memutihkan pulak. Bila dah nama perempuan, putih jugak yg nak. Ini semua salah lelaki! Ehh..tetiba.. LOL. Baik korg ngaku korang mmg suka gegirl putih kannnn..

Nurr beli yang starter kit je sebab nak try dulu samada sesuai ke tak. Starter kit ni jumpa kat Guardian. Tu pun ada 2 pek je yang tinggal.


Bila dah try ni tak tahu la nak suka ke nak nangis. Nanti nurr up pic ye!


Cleanser : nurr tak guna sebab guna jenis oily dan blemish prone skin dari brand yg sama juga. Dah 5 tiub guna. Kira serasi la tu kan.
Daily moisture cream : sesuai sebagai mekap base tapi a bit oily.
Night cream : a bit oily. Nurr tak suka bila bangun pagi muka rasa berminyak. Possibility untuk naik jerawat tu sangat tinggi sebab kulit nurr mmg dah jenis oily. Walaupun dah tahu oily, still gigih jugak pakai dengan harapan yang tinggi. Never give up katanya...


Lastly...see.. What should I do? :(

Maksudnya moisturizer jenis ni tak sesuai dengan nurr... Arghhh stress still tak jumpa moisturizer yang sesuai.
Nak cari yang untuk hilangkan parut, hilangkan jerawat, kecilkan pori, mencerahkan, sihatkan kulit, boleh jadi mekap base. Ada tak yang complete camni?

August 7, 2017

Nutox Moisture Emulsion SPF25 PA++

Salam
Good morning korang :D


Citer pasal moisturizer lagi... Sebenarnya dah berbulan duk hunting moisturizer yang lain tapi takde stok je.. Jenuh keluar masuk Watson's, Guardian dan farmasi. Sebab dah desperate sangat dan ditambah pula dengan review daripada MIL, maka terbeli lah nutox. Iols memang mudah terpengaruh...huahuahua.. Sebelum beli pon ada juga blogwalking review produk ni.

Moisturizer Emulsion ni rasa sejuk je bila pakai kat muka. Tekstur dia watery dan cepat serap dalam kulit. Bau dia bau bunga  ( Sori terlupa nama bunga tu :p )



Nurr beli sebab produk ni takde chemical yang berbahaya. No Paraben, No Mineral Oil dan No Colourant. 

2 weeks juga la duk tengeh kat muka. Balik kampung weekend aritu baru dapat tengok betul-betul kulit muka sebab kalau kat kampung memang jarang tempek mekap kalau nak keluar.

Seminggu pakai naik jerawat 2,3 ketul. Masih positif maybe healing proses. After 2 weeks, Omaigadd! Rasa nak nangis tengok pipi. Naik jeragat + pori-pori jadi besar. Terus rasa down. Maybe moisturizer ni tak sesuai dengan nurr. Bab jerawat 2,3 ketul boleh toleransi lagi..tapi kalo bab jeragat atau pori-pori oh tidak!

Nurr bagi kat ma. Harap sesuai la dengan kulit muka ma.. Walaupun sedih dengan moisturizer ni tapi hasrat nak guna serum nutox tu masih ada.

Semalam pegi guardian dah ada dah moisturizer yang duk hunting tu. Beli yang trial set dulu takut tak sesuai. Selama ni nurr duk guna pencuci muka dan toner brand tu. Pencuci tu memang dah banyak tiub guna. Alhamdulillah sesuai. Nanti nurr share review ye.
Byeeee

July 4, 2017

Nyumnyum : Pak Anjang Bariani Johore, Shah Alam

Halluuuu... Selamat Hari Raya semua

Baru nak up review berbuka puasa..hahaha. Bukan review berhari raya ye. Ampunnnn...baru ada masa nak review.

Masa En.KetuaUmah dah balik umah hari tu ( Dah habis projek ), dia ajak berbuka puasa kat luar... Nyiru nurr tadah kan. Al-maklum la sepanjang bulan puasa memang masak kat rumah sebab dia takde. Ke PARAM pun tak pegi sampai la penghujung puasa sebab dah malas nak masak.

Ok sambung....

Dia ajak makan nasi beriani. Macam biasa la tanya pakcik Google. Ok set!
Restoran Pak Anjang Bariani Johore, seksyen 13 Shah Alam. Waze je nanti jumpa. Restoren die kat belakang sikit. Kitorg pegi awal sebab nak booking meja takut penuh. Sebenarnya boleh juga call untuk booking.


Menu pilihan : Beriani Gam Ayam, Beriani Gam Kambing, rojak petis, tauhu bakar, sirap bandung muar, air laici.

Nasi beriani dia memang umphhhh! Dari suapan pertama. Portion die ok sedang-sedang. Nurr tak habis pun makan sebab bulan puasa memang rasa cepat full. Membazir je rasa. Makanan yang lain pun sedap.

Harga nasi beriani: RM12 - RM15 (ikut jenis).

Recommended!

En.KetuaUmah cakap memang betul-betul macam beriani Batu Pahat. Nurr tau makan je.. Asal sedap jalan..hehehe.

Ok tu je nak share. Ikut selera tekak masing-masing. Bagi nurr makanan kat sini sedap!