June 21, 2014

Menu Hari Ini : Masak Lemak Tempoyak




Salam semua.. Selamat berhujung minggu :)

Ok menu utama untuk hari ini atas permintaan En. Suami

Tadaaaa.....

Ikan Masak Lemak Tempoyak

 
Kalau makan siap tambah lagi tu maknanya sedap la tuuu....ok puji diri sendiri :p
Ni nurr guna ikan nyonyok ( Actually 1st time dengar nama ikan nih ) ... Sebab kat Kelantan tak penah dengar plak nama ikan ni...hehehe... panggilan lain-lain kot. Nurr tak kenal sangat nama-nama ikan ni..opsss...kantoi

Nurr kongsikan resepi dengan korang semua ye.. resepi ni untuk 2 orang makan

Bahan-bahan
 
Ikan 2 ketul
4 ulas bawang merah
3 ulas Bawang Putih
1 batang Serai
10 biji cili Padi 
Kunyit ( Nurr guna serbuk kunyit je )
2 keping asam
2 sudu besar tempoyak
Santan
Bendi ( boleh digantikan dengan lain-lain yang korang suka )
Garam + gula secukup rasa ( Nurr tak guna ajinomoto )

Cara memasak
 
1. Tumbuk / kisar bawang merah+putih, cili padi, serai & kunyit
2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk / dikisar tadi sehingga naik bau
3. Masukkan santan dan sedikit air. Tunggu sehingga menggelegak sedikit
4. Masukkan tempoyak, garam & gula secukup rasa serta asam keping
5. Masukkan bendi & ikan
6. Tunggu ianya masak dan siap untuk dimakan. 

Yeay! senang kan?

Selamat mencuba & menjamu selera




June 18, 2014

June 15, 2014

Review : Nn Easy Slen


Salam semua :)

Kali ni nurr nak review produk pelangsingan baru dari cosway.



Dalam 1 kotak tu ada 10 botol yang mengandungi 50ml. Rasa dia memang sedap sebab rasa mangga. Masa mula-mula keluar, semua kawan-kawan nurr excited nak rasa produk ni. Apa yang bestnya semua cakap "Woww!". Bayangkan tak sampai seminggu dah rasa saiz pinggang seluar longgar sikit....bestkan..hehehe...opkos la best! Tu baru seminggu..kalo 10 minggu? OMG! tak sabar nak tunggu bukan?

Easy Slen ni dirumus unik berasaskan bahan semulajadi --> Mangga Afrika , Garcinia Cambogia ( Beri Brindall ) & Teh Ungu.

Apa yang best lagi? produk ni tiada penambahan gula, tiada bahan pengawet & pewarna tiruan. Produk ni juga sesuai untuk vegetarian.

Maaf ye testimoni bergambar nurr takde lagi sebab produk masih baru.. Sesiapa yang nak sahut cabaran untuk jadi  langsing? Jom sama-sama jadi langsing dan cantik :)

Kalau sesiapa sahaja berminat cepat serbu cosway yang berhampiran.
Boleh guna ID nurr MY615309 NURUL ASNIRA