May 3, 2011

Sebab Kenapa Kematian Osama Dipertikai

Assalamualaikum dan Selamat malam semua pembaca. 

Seperti biasa malam ni aku on duty lagi..Esok habis pagi pastu cuti 2 hari dan lepas tu kursus 5 hari. Suka Sangat sebab boleh ambil peluang tu untuk bercuti setelah sebulan bekerja Non-stop!

Malam ni nak citer pasal Osama bin Laden yang dikatakan telah meninggal. Dan yang pasti semua yang kat luar sana masih tak percaya dan anggap ni semua hanyalah propaganda US. Hari ni pulak macam-macam pertikaian yang dibuat.

Ok kat bawah ni pendapat aku tau. Kalau korang tak sependapat pun aku tak kisah

Gambar Superimpose


Wah magik! tengok keadaan gigi dan bukaan mulut dia..takkan sama macam gambar yang masih hidupkan. Tapi mesti korang pelik nape pic yang kat tengah tu tak sama dalam paper kan? kan? kan? Angguk cepat! Hahaha..aku kidnap kat google pic ni. Maybe dah ade orang yang dah tahu pic tu hanya teknik superimpose

Kebumikan di tengah Laut
Ni salah satu sebab yang tak boleh diterima dan tak lojik akal. US bagi alasan jenazah dikebumikan kat laut sebab tak cukup masa nak cari negara mana yang sanggup terima jenazah Osama aka pengganas dunia untuk disemadikan. Takde negara yang nak terima ke atau takut orang tuntut nak tengok mayat??? Pastu cakap dalma masa 24jam nak kebumi sebab tak baik biar mayat lama-lama. Tahu ke US ni tak boleh biar mayat lama-lama? Pastu mayat dikebumikan mengikut agama Islam. Sape yang buat? US tahu ke? 

Gambar sebenar ada dalam simpanan US
Gambar yang terpampang kat akhbar tu dikatakan penah keluar pada tahun 2009. Kenapa nak simpan dan sembunyikan gambar yang sebenar? (Kalau betul la Osama tu dah meninggal)

Sebab kematian yang berbeza
Aku duk baca paper, ada yang duk kata Osama meninggal sebab helikopter yang terhempas. Pastu ada yang kata sebab kena tembak kat kepala. Mana satu yang betul ni? 

Tak tunjuk jenazah
Last but not list, ni yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat kat dunia ni. Mana mayat Osama? Kenapa tak tunjuk? Kenapa terus semadikan macam tu je? Kenapa dan kenapa?

Pssttt: Korang rasa dengan kematian Osama, dunia akan aman ke? Aku rasa tidak selagi US dan Israel duk serang negara-negara Islam, selagi tu la dunia takkan aman. Dan dorang memang takkan berhenti sebab dalam Al-Quran pun ada cakap kan Islam akan sentiasa dimusuhi Yahudi.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka)  :"Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan dapat peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu (al-Baqarah:120)

2 berani bersuara:

YUZI said...

yup aku langsung tak percaya mengenai kesahihan kematian Osama. ini semua propaganda Amerika!

nurr said...

tu r pasal...sama r cam aku pon

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons