May 19, 2011

Pertahankan Hak Kita Dan Bertindak Sekarang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Handphone aku masih lagi kat ICU. So, aku curi masa 5 minit kat ofis untuk masukkan entry ni. Rasanya aku dah tak boleh nak hold lagi entry yang penting macam ni.

Sejak kebelakangan ni banyak betul isu yang timbul kat negara kita ni..sampai aku pun naik risau. Kalau sebelum ni aku buat tak tahu je lebih-lebih lagi yang melibatkan hal politik. Tapi bila banyak sangat-sangat isu yang meyentuh pasal perlembagaan negara, agama, perkauman dan pelbagai lagi yang menjadi isu penting dalam kesejahteraan Negara. Aku rasa sebagai generasi muda tak boleh berdiam diri saja sambil buat tak tahu (duk facebook,main games sampai lebam)

Sebelum tu aku nak bagitau ENTRY INI BUKAN UNTUK MENYENTUH MANA-MANA SENSITIVITI TAPI HANYA UNTUK KESEDARAN BERSAMA. . Pembaca-pembaca jangan pula salah faham. Baca dulu sampai habis. Kang tak pasal-pasal pulak yang berkenaan cari aku..huhu

Sejak meningkat umur ni ( belum tua cuma meningkat umur je) aku agak rajin membaca surat khabar dan tengok berita pasal isu-isu semasa. Aku dah berubah ok! Kalau dulu, surat khabar aku tak baca, berita pun aku tak tengok. Sampai tahap yang paling teruk aku tak tahu pun pasal Najib jadi PM. Sangat teruk bukan? Tapi itu 4 tahun yang lepas…

PRU dah semakin hampir. PRU la…takkan tak tahu…aduyaii…ni yang geram ni.. Pilihanraya Umum (PRU). Soalan pertama aku nak tanya korang semua, ADAKAH ANDA SUDAH DAFTAR SEBAGAI PEMILIH? Haa….ada lagi yang tak daftar! Aku tahu sangat! Nak-nak kalau yang golongan muda. Nak singgah kat booth SPR pun malas kan? Dah-dah tak payah bagi alasan.. Hari tu aku ada baca dalam surat khabar (tapi lupa utusan ke BH) bangsa melayu adalah paling ramai yang tidak mendaftar pengundi. Dalam 90% kalau tak silap. Korang semua perlu ingat tanpa 1 undian korang negara akan rugi. Tak Mustahil minoriti akan menang kalau majoriti tak buat apa-apa. Masa tu korang nak menangis air mata darah sekali pun dah tak guna. Aku dulu pun macam korang jugak tapi sekarang aku dah sedar! Aku nasihatkan korang sedar lah juga! Bangkit dan pertahankan hak kita! Rasanya dah lama kita berdiam diri dan mengalah. Korang nak ke tanah pusaka dan warisan kita jatuh ke tangan orang lain? Korang nak ke perlembagaan Negara kita berubah? Aku tak nakkkkkk!!!!!!! Kenapa aku tak nak? Korang rasa? Tepuk dada Tanya selera..Aku tak nak nanti Malaysia akan jadi macam negara-negara jiran kita.

Ye betul! Korang bosan dengan permainan politik yang ntah apa-apa kat Malaysia sekarang ni. Sama jugak macam aku! Korang tak payah la nak kisah kan permainan politik tu semua sebab politik tu memang kotor. Yang penting sekarang ni korang tunaikan tanggungjawab korang terhadap Negara dan pertahankan apa saja hak kita! Aku menyeru sangat-sangat kat semua golongan muda-mudi kat luar sana tunaikan tanggungjawab. Jangan nak harapkan golongan tua sahaja. Mereka memerlukan kita dan Negara memerlukan kita. Jangan sampai suatu hari nanti kita mengemis di tanah sendiri. Buka mata,buka la telinga dan bukalah minda..tengok sekeliling kita dan fikirkan sejenak..kenapa perlu semua ni berlaku? Jadikan apa yang berlaku sebagai satu pelajaran untuk kita berfikir dan bertindak.


Korang ingat lagi tak RUKUN NEGARA?

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan


Korang ingat rukun Negara tu saja-saja je ke dibuat? Ianya ditulis mengikut turutan kepentingan.. korang kena tahu tu. Ada yang ikut tak? Ke dah lupa? Agama jadi bahan mainan dan sekarang ada yang dah tak hormat Sultan dan institusi beraja. Kalau dulu-dulu orang takut kat Sultan. Takut kena tulah. Tapi sekarang? Terang-terangan hina Sultan kan. Lepas tu isu hina Negara (Lagu Negaraku), terbaru pasal perlembagaan. Semalam keluar lagi pasal isu agama. Sampai bila nak macam ni? Aku dah bosan! Aku dah bosan! Hati aku memberontak! Kenapa kita tidak bersikap dalam kesederhanaan dan saling hormat menghormati serta hidup dalam aman damai?

Penah dengar lagu WARISAN?

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Korang ingat lagu ni pun saja-saja orang reka ke? Sebab nak isi masa lapang? TAK! Sebab nak mengingatkan korang semua supaya tak mudah lupa! Korang baca, fahamkan dan terjemahkan dalam kehidupan sekarang. Agak-agak sama tak dengan yang berlaku sekarang? Habis apa tindakan yang korang buat? Kalau korang betul-betul hayati korang akan sedar apa yang aku cuba sampaikan.

Kita, masyarakat sekarang sudah lupa.. Dengan kemajuan dan kemodenan Negara, kita menjadi lupa dan alpa. Benarlah kata Mantan PM kita Dr. M “Melayu mudah lupa”. Kita lupa apa yang sudah berlaku dalam lipatan sejarah yang lampau. Betul kita tidak melalui keperitan masa tu tapi kenapa kita tak pertahankankan kesejahteraan yang kita ada sekarang? Ataupun memang tak nak pertahankan sebab nak cuba rasa keperitan dulu? Hahahahaa…mengarut! Korang rasa korang mampu ke nak harungi keperitan tu nanti? Tidakk!!! Sebab aku rasa masyarakat sekarang sangat manja dan tak kuat macam orang dulu-dulu. Yang sanggup pertahankan dan berjuang demi tanahair,harta dan warisan mereka. Masyarakat sekarang sanggup bertelagah sesama sendiri semata-mata untuk kepentingan masing-masing.

Panjang pulak entry aku kali ni..cukup la kot aku membebel..terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca entry ini. Apa yang aku nak mintak tolong korang semua, sama-samalah kita bangkit dan bersatu. Aku tak mampu nak lakukan sorang-sorang. Aku perlukan bantuan korang semua. Tak susah pun bantuan yang aku mintak..Cuma daftarlah sebagai pemilih kat mana-mana pusat yang berdekatan..yang paling senang dekat PEJABAT POS la.  Dan sama-samalah kita turun mengundi masa PRU nanti. Jangan daftar saja sebab tak guna kalau tak take action.

SEMAK DAFTAR PEMILIH ---> Kat Sini




0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons