December 20, 2014

TTC Part 1

Assalamualaikum semua :)

2 tahun lebih usia perkahwinan nurr. Mungkin masih belum rezeki dan kami masih berdua. Alhamdulillah walaupun belum ada rezeki anak, kami diberi rezeki yang lain... Keep positive dan sentiasa berharap.

Setahun yg lepas kalo lewat sket miss P mesti nk wt UPT. Kadang2 false alarm.. Nurr ada juga baca kalau kita terlalu fikirkan psl pregnant, nanti kita akan alami keadaan dimana kita akan rasa seperti pregnant. Macam miss P lambat, muntah2, sakit kepala, perut kembung dll. Itu sangat tak bagus utk mental & fizikal.

Masuk tahun ke-2 nurr dah tak nak fikirkan sangat dah pasal ni. Walaupun kadang2 hati terasa bila tgk org2 sekeliling yang pregnant. Lagi terasa bila ada yang mula tnya "bila lagi". Kuatkan semangat... Mungkin belum rezeki. Kadang-kadang nurr pernah gak jawab balik "ingat boleh beli?". Plezz hormati dan fahami hati kami.

Korang macam mana? Ada yang senasib ngn nurr tak? Apa ikhtiar yang korang buat? Jom share. Ingat nak pegi jumpa O&G tapi tak tahu macam mana prosedur dan kat mana nak buat.

XOXO

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons