July 4, 2017

Review : Pak Anjang Bariani Johore, Shah Alam

Halluuuu... Selamat Hari Raya semua

Baru nak up review berbuka puasa..hahaha. Bukan review berhari raya ye. Ampunnnn...baru ada masa nak review.

Masa En.KetuaUmah dah balik umah hari tu ( Dah habis projek ), dia ajak berbuka puasa kat luar... Nyiru nurr tadah kan. Al-maklum la sepanjang bulan puasa memang masak kat rumah sebab dia takde. Ke PARAM pun tak pegi sampai la penghujung puasa sebab dah malas nak masak.

Ok sambung....

Dia ajak makan nasi beriani. Macam biasa la tanya pakcik Google. Ok set!
Restoran Pak Anjang Bariani Johore, seksyen 13 Shah Alam. Waze je nanti jumpa. Restoren die kat belakang sikit. Kitorg pegi awal sebab nak booking meja takut penuh. Sebenarnya boleh juga call untuk booking.


Menu pilihan : Beriani Gam Ayam, Beriani Gam Kambing, rojak petis, tauhu bakar, sirap bandung muar, air laici.

Nasi beriani dia memang umphhhh! Dari suapan pertama. Portion die ok sedang-sedang. Nurr tak habis pun makan sebab bulan puasa memang rasa cepat full. Membazir je rasa. Makanan yang lain pun sedap.

Harga nasi beriani: RM12 - RM15 (ikut jenis).

Recommended!

En.KetuaUmah cakap memang betul-betul macam beriani Batu Pahat. Nurr tau makan je.. Asal sedap jalan..hehehe.

Ok tu je nak share. Ikut selera tekak masing-masing. Bagi nurr makanan kat sini sedap!

0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons