March 27, 2017

Penjagaan Peribadi Dan Keperluan

Selamat Malam koranggg

Tadi pegi Watson's Kajang.. Niat di hati nak beli 2 benda je. 1 pencuci muka & berus gigi yang tertinggal kat kampung je. Haa.. Jangan nak mengata dulu. Sampai dari kampung pagi tadi nurr gosok gigi ye. Guna berus gigi hotel..hahaha. Selalu kalau g travel mana-mana memang bawak balik berus gigi hotel yang tak guna tu.  Dah bayar kan kenalah bawak balik..hahaha.

Tapi......bila masuk Watson's tu ehh ade pulak la benda yang tak tersenarai terbeli sekali.

1. Olay total effect RM29.80 - Dah 2 minggu habis sebenarnya. Tunggu gaji je nak beli sambil duk terfikir nak tukar moisturizer lain yg natural. Tp bila tengok harga yg lain.. Ermm... Beli olay je la.

2. Deodorant Total Image RM16.80 - finally beli juga. Dah lama berkira2 nak beli yang ni. Beli ni pon sebab tak suka bau Nivea yg beli last week. Review banyak cakap bagus brand ni. Natural product juga.

3. Women Razor RM2.90 - haaa...paling murah beli. Brand Watson's saje. Zaman skang nak beli apa-apa kena berkira.

Yg wajib nak beli..

1. Clinelle Purifying Cleanser RM25.16 (after less 30%) - Tube ke-4 termasuk yang tertinggal kat kampung. Kalo dah tube ke-4, maknanya serasi lah. Biasa kalo x suka, 1 tube pon tak habis. Yang ni pun product natural.

2. Berus gigi Oral-B RM10.80

TOTAL di Watson's : RM85.46
Hmm...banyak jugak

Keluar dari Watson's lalu elianto pulak dahhh.. Singgah. Terbeli la pula 2 benda

1. In-Matte Lipstick RM26.91 ( harga asal RM29.90 ) - suka tekstur lipstick ni! Tak sangka elianto ada lipstick berkualiti macam ni dengan harga murah. Next time boleh beli lagi. Tadi beli code : 108 truffle. Colour macam wife Randy pakai dalam citer Urusan Hati Cik Drama Queen tu. Dapat jugak kaler tu.
(Tips : beli lipstick kne try pakai kat bibir jangan calit kat tangan. Baru tahu sesuai atau tak dengan kita)

2. Perfumes Blossom Body Mist RM19.90

GRAND TOTAL : RM132.27

OK banyak dah beli untuk bulan ni. So, untuk bulan ni duk diam-diam jangan shopping lagi tau! Adoii baru teringat kete tak service lagi! Mati la nakkkk!

0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons