March 22, 2017

Cara OFF TV Sony dalam Mode Demo

Selamat malam koranggg...

Balik keje td adoii stress betul rsnya.. Duk belakang kete bawak 30km/j. Time lalu kat bonggol tu mmg mcm berhenti terus laa... Nurr dlm kete memang membebel.. "Baik tak payah drive kalau macam tu. Park kete kat tepi jln kaki la".

Sampai umah biasa la on TV dulu.. Nk release stress katanya. Tapi....tv pulak buat hal. Adoiii.. Makin stress mak nak! TV jadi Demo mode. Asyik duk kuar benda ape ntah atas bawah.. Mengganggu betul.. Mula2 tu ingatkan kenapa. Off la TV sume. Bila on still sama. Guna remote plak tekan2 tak berfungsi pulak dahhh. Cuba nak tukar bateri, nak buka penutup bateri tu pun tak boleh! Ketat plak dahhh! Memang hampir hilang sabar dah masa ni. Ambil masa juga la tapi nasib baik boleh buka penutup tu.

Ok dh tukar bateri sume, cuba try buat cara ni :-

1. Tekan HOME --> setting --> tapi cari2 initial setting takde pulak ( FAILED )

2. Cuba tekan input di remote & tunggu blinking 10 saat sampai keluar demo mode off tapi.... Tak jadi juga ( FAILED )

Pastu give up kejap... Sambil tengok TV sambil tekan OK OK tak nak bagi yang atas bawah tu kuar. Sambil-sambil tu juga, Google cari cara. Finally! Jumpa cara ni :-

Tekan INPUT di belakang TV sampai keluar mode off di skrin. Yeah!! berjaya! Korang boleh cuba cara ni kalau cara 2 kat atas tu tak dapat nak off kan.

Selamat mencuba :) byeeee

0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons